Monday, June 27, 2011

AGM COSMITS UiTM Perlis


Date;
16 Jun 2011

Persatuan Sains Komputer a.k.a COSMITS telah mengadakan AGM (Annual Grand Meeting) di LT3. Pelajar-pelajar Part 1 dikehendaki memakai pakaian seperti Hari Perasmian. Siswi memakai baju kurung putih dan berkain hitam manakala siswa memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam.

Malam Kecemerlangan COSMITS akan diadakan pada 9 Julai 2011 (Sabtu) malam. Tema dia ialah MASQUERADE. Sukaneka COSMITS pula terpaksa ditunda dari 2 Julai 2011 ke tarikh yang belum ditentukan lagi kerana kitorang ada Test 1 MATH210.


Friday, June 24, 2011

Outing ke C-Mart, KFC dan KTM Arau, Perlis.


18 JUN 2011 (SABTU)

Dekat perlis ini tempat popular untuk budak-budak U pergi seperti di C-Mart, Arau dan The Store, Kangar. Kalau Fana keluar pun just nak pergi beli barang keperluan dan makan di KFC kalau ada duit lebih.

Fana keluar bersam Kim(Hidayah), Izzati, Zulaikha dan Zop. Keluar nak pergi beli barang dan makan di KFC. Sebulan sekali keluar dari UiTM sebab duit pun kena jimat untuk keluar atau beli barang. Inilah kehidupan budak-budak U terpaksa berdikari.

Selepas pergi C-Mart, kitorang selain Zop pergi Stesen KTM Arau untuk beli tiket KTM balik ke KL bulan Julai ini. Sambil-sambil menunggu kaunter pembelian tiket dibuka, kitorang sempat lagi menangkap gambar di stesen KTM yang unik lagi antik ini. Tidak pernah jumpa stesen keretapi yang macam ni, yang boleh memberi perasaan balik ke kampung.

KTM ARAU

Monday, June 20, 2011

Sesi Fotografi CSD1Af


9 SISWA, 15 SISWI

Inilah gambar candid yang ditangkap pada hari fotografi.
(Sebenarnya ada seorang siswa dari kumpulan lain yang sesat dekat dalam gambar ini)


Date;
17 Jun 2011

Friday, June 10, 2011

Tutorial Pertama CSC128

Kitorang pelajar CS100 (Diploma in Computer Science) Part 1 group CSD1Af dan CSD1Bf kena buat tutorial CSC128 malam semalam. Tutorial tersebut ada 3 soalan dan kena buat sendiri. Download dari e-learning dan salin soalan tersebut. Kena hantar hari ini, 10 Jun 2011 jadi malam semalam baru dapat soalan tutorial ini.

Disebabkan ada soalan yang tidak faham, kitorang berbincang menggunakan Facebook. Apa yang hendak dipelikkan sebab kolej lelaki dengan kolej perempuan memang jauh dan hari pun sudah agak lewat. Jadi semua pakat berbincang dekat Facebook. Saya yang tidak faham-faham selalu bertanya berkali-kali sampailah saya faham dekat diorang. Memang kelakar habislah sebab mungkin ada orang lain akan berasa pelik.

Ini merupakan pengalaman pertama bincang tutorial bersama-sama di Facebook. Bestlah korang dan baru maju sikit.

Friday, June 3, 2011

Hari Pertama di UiTM Arau, Perlis dan Minggu Destini Siswa/Siswi

Kita sajikan dulu intro dengan gambar.


Hari pertama kumpulan 1 mendaftar iaitu pada 21 Mei 2011. Kebanyakkan apabila ditanya ambil jurusan apa pada hari pendaftaran ialah Diploma Sains Komputer (CS 110), Diploma Sains Kuantatif (CS 113), dan Diploma Sains Geomatik. Itu apa yang sempat ditanya dekat orang sekeliling masa Minggu Orientasi bermula pada pukul4 petang.

Masuk saja pintu besar UiTM, sudah diberi kunci bilik. Amat sistematik dan tidak perlu beratur, apa yang perlu dibuat hanya pergi ke kolej kediaman dan masuk ke bilik yang tertera dekat kunci tersebut. Sesudah meletakkan barang-barang dalam bilik, borang pendaftaran kolej perlu diisi dan dihantar dekat akak OC yang bertugas. X-ray pun dihantar di kaunter yang disediakan.

Pelajar boleh keluar bersama keluarga selepas urusan tersebut selesai. Saya bersama keluarga dan keluarga Mak Ngah pergi rumah Tok Long makan-makan dekat sana. Dapat makan ikan keli bakar, air asam, sambal belacan, ikan temenung a.k.a ikan kembung dan nasi. Sempat lagi tidur selepas makan sebab mengantuk yang teramat sangat, tahu nanti mula orientasi tidak sempat lagi hendak tidur.

Pukul3 petang balik semula ke kolej kediaman, bahagian ini tidak boleh nak habaq la macam mana kelam kabut nye bersiap. Sebab pukul3.30 sudah kena beratur dekat bawah. Nasib baik mak, kakak, adik dan kak ain tolong kemaskan bilik masa saya tengah bersiap-siap. Masa turun bawah salam ayah, mak, kakak dan adik. Sekejap je rasa macam hendak menangis sebab ayah hendak balik dah. Sudah berbye-bye semua terus masuk barisan dan bermulalah Minggu Destini Siswa/Siswi bagi Semester 1 Mei-Nov.

Selepas merantau ke Dewan Sri Semarak dan Pusat Islam (PI). Pukul12 balik ke kolej kediaman untuk berkumpul sebelum masuk ke bilik. Akak-akak OC beri ucapan di hadapan, barang-barang yang dihantar oleh ibubapa pelajar diberikan waktu ini, dan acara makan roti bersama air mineral. Pukul1 lebih baru boleh naik bilik dan berebut-rebut semua hendak ke bilik air. Fana pun basuhlah baju, mandi dan sidai baju, semua selesai dalam pukul2 pagi. jadi hendak dijadikan cerita minggu orientasi memang tidak cukup tidur dan sama-sama berbau badan yang semulajadi.

Kita akhiri dengan gambar lagi.


Thursday, June 2, 2011

SAYA SUDAH BERADA DI ARAUSTRALIA, PERTHLIS.

Disebabkan line wifi pada waktu ini lancar maka saya pun bolehlah mengupdatekan blog yang sudah seminggu lebih ditinggalkan.

Ini hanya untuk memberitahu bahawa saya sudah tinggal di sini iaitu di UiTM Arau, Perlis selama 12 hari bermula 21 Mei 2011 hingga 1 Jun 2011. Hari orientasi untuk kemasukan 21 Mei 2011 bermula pada pukul4.00 petang. Hari orientasi di sini dinamakan MINGGU DESTINI SISWA/SISWI.

Pengalaman di Minggu Destini Siswa/Siswi akan disambung pada entri yang akan datang. Apabila ada masa lapang dan line wifi lancar seperti sekarang.

JUMPA LAGI!