Friday, June 3, 2011

Hari Pertama di UiTM Arau, Perlis dan Minggu Destini Siswa/Siswi

Kita sajikan dulu intro dengan gambar.


Hari pertama kumpulan 1 mendaftar iaitu pada 21 Mei 2011. Kebanyakkan apabila ditanya ambil jurusan apa pada hari pendaftaran ialah Diploma Sains Komputer (CS 110), Diploma Sains Kuantatif (CS 113), dan Diploma Sains Geomatik. Itu apa yang sempat ditanya dekat orang sekeliling masa Minggu Orientasi bermula pada pukul4 petang.

Masuk saja pintu besar UiTM, sudah diberi kunci bilik. Amat sistematik dan tidak perlu beratur, apa yang perlu dibuat hanya pergi ke kolej kediaman dan masuk ke bilik yang tertera dekat kunci tersebut. Sesudah meletakkan barang-barang dalam bilik, borang pendaftaran kolej perlu diisi dan dihantar dekat akak OC yang bertugas. X-ray pun dihantar di kaunter yang disediakan.

Pelajar boleh keluar bersama keluarga selepas urusan tersebut selesai. Saya bersama keluarga dan keluarga Mak Ngah pergi rumah Tok Long makan-makan dekat sana. Dapat makan ikan keli bakar, air asam, sambal belacan, ikan temenung a.k.a ikan kembung dan nasi. Sempat lagi tidur selepas makan sebab mengantuk yang teramat sangat, tahu nanti mula orientasi tidak sempat lagi hendak tidur.

Pukul3 petang balik semula ke kolej kediaman, bahagian ini tidak boleh nak habaq la macam mana kelam kabut nye bersiap. Sebab pukul3.30 sudah kena beratur dekat bawah. Nasib baik mak, kakak, adik dan kak ain tolong kemaskan bilik masa saya tengah bersiap-siap. Masa turun bawah salam ayah, mak, kakak dan adik. Sekejap je rasa macam hendak menangis sebab ayah hendak balik dah. Sudah berbye-bye semua terus masuk barisan dan bermulalah Minggu Destini Siswa/Siswi bagi Semester 1 Mei-Nov.

Selepas merantau ke Dewan Sri Semarak dan Pusat Islam (PI). Pukul12 balik ke kolej kediaman untuk berkumpul sebelum masuk ke bilik. Akak-akak OC beri ucapan di hadapan, barang-barang yang dihantar oleh ibubapa pelajar diberikan waktu ini, dan acara makan roti bersama air mineral. Pukul1 lebih baru boleh naik bilik dan berebut-rebut semua hendak ke bilik air. Fana pun basuhlah baju, mandi dan sidai baju, semua selesai dalam pukul2 pagi. jadi hendak dijadikan cerita minggu orientasi memang tidak cukup tidur dan sama-sama berbau badan yang semulajadi.

Kita akhiri dengan gambar lagi.