Saturday, October 29, 2011

111027 - Arah Tuju Kali Ini Ke Low Yat

Seperti yang dirancang pukul 8.oo pagi gerak ke KL Sentral dengan menaiki KTM tetapi saya bangun pukul 10 lebih apabila Izzaty telefon. Akhirnya saya orang terakhir yang sampai Low Yat dalam pukul 12 tengah hari.

Di stesen monorel KL Sentral berlaku satu kejadian iaitu saya ditegur oleh seorang mak cik Cina ini. Saya baru sahaja naik ke tempat menunggu tiba-tiba ada seorang mak cik Cina tegur dan cakap bahasa Cina dekat saya. Percakapan mak cik itu seperti ini "........... Bukit Bintang ......". Saya cuma dengar Bukit Bintang mungkin mak cik tu tanya monorel ini pergi Bukit Bintang ke. Jadi saya pun menggangguk kerana ini stesen hujung sekali mestilah akan lalu Bukit Bintang itu nanti. Walaupun tidak faham sangat tetapi tidak mengapa perkara ini sudah biasa berlaku.

Manakala di dalam Times Square sedang tunggu diorang habis sembahyang sambil duduk dekat kerusi depan kedai bersama Kimmy, tiba-tiba saya ditegur oleh seorang budak lelaki dari Sense & Style Academy. Terpegun masa tu sebab muka budak itu macam Sungjong INFINITE. Memang comellah! Mula-mula dia cakap bahasa Cina bila tengok kitorang tercengang dia pun cakap Bahasa Melayu. Budak lelaki cina itu mahu saya jadi model rambut untuk dia sebab dia sedang cari orang berambut panjang untuk dijadikan model rambut selama 1 jam. TETAPI saya terpaksa cakap MAAF dekat budak lelaki itu kerana kawan saya yang pergi sembahyang akan tiba sebentar lagi.

Izzaty beli handphone baru, Muni beli HDD dan saya beli skin laptop menggantikan yang lama. Jadi pukul 5 kitorang berpisah di KL Sentral menuju ke arah masing-masing. Saya naik KTM ke Batu Caves, Kimmy KTM ke Shah Alam, Izzaty dan Farouq ke Rawang dan yang lain LRT ke PJ.

Belakang dari kiri - Kimmy, Apple, Muni, Fatihah
Depan dari kiri - Izzaty, Saya (Farhana)

Saya rasa badan saya berisi sejak cuti sebab duduk rumah kerja makan je. -.-'

Sampai rumah dalam pukul 6 petang, mak dan adik sudah sampai rumah dahulu dari SOGO. Disebabkan kelaparan, ajak mak pergi keluar makan tetapi kena tunggu kakak balik kerja dahulu. Cerita dekat emak pasal kejadian tersebut, mak pun kata "Angah, pergi belajar bahasa cina la. Nanti senang." dan saya pun kata "Mak, lain kali angah dari kecil masukkan angah dekat sekolah cina kan lagi best."

to be continued...

0 comments: