Thursday, October 13, 2011

My Happiest Moment


Saat paling gembira selepas memasuki IPTA ialah Annual Grand Dinner COSMITS yang berlangsung pada awal bulan Julai 2011. Ini merupakan pengalaman pertama pergi majlis macam ini yang ala-ala prom night dan tema dia ialah MASQUERADE. Ini dapat mengeratkan hubungan pelajar dalam satu jurusan yang sama tidak kira junior ataupun senior. Tengah hari sebelum berlangsungnya AGM ini, semua sepakat bergotong-royong menghias dewan untuk majlis pada malam tersebut.

Malam itu pensyarah-pensyarah yang mengajar jurusan Diploma Sains Komputer turut hadir memriahkan majlis. Terdapat pelbagai persembahan diadakan seperti drama pendek dan nyanyian daripada pelajar dan juga pensyarah. Memang seronok suasana malam tersebut, semua pelajar memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan majlis tersebut. Manakan tidak, setelah penat belajar ini pula satu ruang untuk bergembira bersama keluarga COSMITS.

Pertandingan mencari Prom King & Prom Queen untuk semester Mei-Oktober 2011 turut diadakan seperti semester-semester yang sebelumnya. Setelah 4 jam majlis berlangsung maka tamatlah ia diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi majlis dan acara tangkap gambar beramai-ramai untuk kenangan. Ini merupakan acara fotografi kegembiraan untuk kenangan semester ini kerana ada yang sudah pindah ke tempat lain.

Kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.
"Kenangan yang terindah tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata tetapi dapat dilihat melalui sinar mata ataupun riak wajah seseorang pun kita sudah mengetahuinya walaupun dia menyembunyikannya. Jadi hargailah setiap perkara yang anda lakukan mungkin suatu saat nanti baru kita sedari bahawa perkara tersebut merupakan kenangan terindah bagi kita."

0 comments: