Thursday, November 17, 2011

15 November 2011 - Teater Badai Semalam di Istana Budaya


Semalam kami sekeluarga pergi menonton Teater Badai Semalam di Istana Budaya. Sebenarnya, bukan 1 keluarga pun sebab ayah pergi kerja jadi kawan kakak, Fai pun turut serta. Ya saya tahu saya rajin pakai baju kurung, disebabkan kami semua pakai baju kurung Jasmin Hamid kata "Gadia melayu terakhir semua ni".

TERIMA KASIH KEPADA KAKAK SEBAB BELANJA TENGOK TEATER INI. =D


Tempat duduk kitorang belah kanan pentas M1-M5. Harga tiket RM50. Harga dia tukar mengikut hari. Duduk tepi antara 1-4 tidak nampak set dapur dekat belah kanan pentas.

Gambar di bawah ini gambar selepas berakhirnya pementasan Badai Semalam. Selepas berakhirnya pementasan, dekat bahagian luar ada disediakan tempat untuk pelakon-pelakon teater Badai semalam tanda tangan bersama peminat.

Dari kiri - Iqbal Taufik. Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Khairunazwan Rodzy (Pengarah), Aaron Aziz, Erra Fazira, Umie Aida, Ziela Jalil, Jasmin Hamid

Emelda Rosmila, Iqbal Taufik, Jasmin Hamid, Ziela Jalil, Umie Aida, Erra Fazira, Fizz Fairuz, Aaron Aziz (hujung sekali)

Emelda Rosmila sempat tanya lagi "Best tak cerita ni? Sedih tak?". Kitorang pun jawab la "Best, sedih". Emelda tanya lagi "Tak nangis pun, nampak gembira je. Ke gembira sebab nak jumpa Aaron Aziz?". Kami senyum-senyum sahaja dengar soalan itu, memang kenyataan pun tapi kakak hendak tengok Erra Fazira, artis kesayangan dia dan saya bersama adik hendak tengok Aaron Aziz.

Gambar bersama Aaron Aziz. Nasib dia duduk tepi senang sikit hendak tangkap gambar. Fizz Fairuz di sebelah kanan Aaron Aziz. Abang dekat belakang itu suruh cepat-cepat sebab masa hendak habis.

Impian sudah menjadi kenyataan.


Fai(kawan kakak), Fatihah (adik), Ashiqin(kakak), Mak

Sekeluarga tidak termasuk ayah sebab ayah kerja.

Itu sahaja entri untuk kali ini. Gambar yang dimasukkan sedikit sahaja. Review untuk teater Badai Semalam ini akan dibuat pada entri akan datang. Bye!

Sunday, November 13, 2011

Kenangan di SKSTB 1

Masa Darjah 1, aku masuk kelas ketiga iaitu Lily. Kalau nak tahu, masa aku tadika setiap kali peperiksaan sahaja markah yang aku dapat mesti teruk terutamanya Matematik. Tiba-tiba masuk pasal tadika pula. Kembali kepada kenyataan.

Bangunan kelas aku ini bangunan separuh kayu separuh batu dipanggil "Berlian". Bangunan ini satu sahaja tidak ada tingkat-tingkat. Tingkap dia besar empat segi, kau boleh panjat keluar masuk ikut tingkap pun boleh, nak duduk dekat atas tingkap macam orang tengah melayan cinta sambil tengok bulan dekat langit. (meleret-leret pula) Kelas dekat bangunan ini juga lalu lintas pelajar dekat bangunan sebelah untuk seberang pergi kantin, kira macam jalan singkat la. Main lalu sahaja pintu belakang pergi kantin dekat sebelah lagi satu. (Aku pun pernah buat juga, tengok cikgu tengah tulis dekat papan hitam apalagi cabut lari lintas kelas tersebut). Memang pelik dan unik pun sekolah kitorang ini, tapi sekolah ini sekolah kebanggaan aku. Untuk pengetahuan, bangunan ini sudah pun dirobohkan dan telah dibina bangunan 3 tingkat. Aku tidak sempat tangkap gambar bangunan kelas yang paling lama ini.

Pintu ada empat, depan dua belakang pun dua kiri dan kanan. Satu papan hitam. Penyapu dan penyodok dekat kelas ini paling senang hendak hilang. Kadang-kadang kena cari dekat kelas lain, kalau kelas lain tidak ada cari dekat kelas bangunan sebelah. Kalau tidak salah ada enam kelas sahaja dekat situ dan satu kedai buku. Kalau murid petang hendak tunggu murid pagi balik memang bising la dekat luar kelas. Yela, tingkap dah la besar terbuka luas, diorang pula terjenguk-jenguk tengok dalam. Kadang-kadang separuh badan sudah masuk dalam kelas. Cikgu kadang-kadang suruh tutup tingkap supaya tidak diganggu.

Kedai buku merupakan tempat paling best hendak merayau. Cakap hendak pergi kedai buku tapi melepak dekat situ punyalah lama macam kedai buku jauh sangat dari kelas padahal sederet sahaja. Sempit dan kecik, kalau masa rehat memang berebut-rebut dan macam sardin dalam itu. Barang yang aku suka beli merupakan pemadam. Sebab apa pemadam? Sebab aku suka main lawan-lawan pemadam. Disebabkan pemadam ini juga. aku pernah kena marah dengan Nenek Bedah dekat sekolah agama. Kenangan ini tidak pernah terpadam, bila sudah besar macam ini terasa hendak balik semula masa kecik. Seronok, bergembira dengan kawan-kawan, tidak pening kepala hendak fikir itu ini dan masa tersebut tidak dapat diulang lagi.

Budak-budak sekarang permainan diorang hanyalah PSP, PS3, Nintendo, PC, Ipad dan sebagainya. Budak zaman dulu, main dekat luar tidak kenal lagi komputer tu apa, tidak wujud lagi benda-benda alah itu lagi.

to be continued...

Wednesday, November 9, 2011

SK Sungai Tua Baharu.

Kenapa aku tulis pasal sekolah ini? Kerana aku merupakan bekas pelajar SK Sungai Tua Baharu tahun 1999-2000. Banyak kenangan dekat sekolah ini.

Sejarah SK Sungai Tua Baharu:-

Sekolah Melayu Sungai Tua telah ditubuhkan oleh masyarakat kampong pada 01.06.1931 di Kampung Sungai Tua (Empangan Batu). Pada 15.05.1951 sekolah ini telah berpindah ke kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai kampong Sungai Tua Baharu. Pada 06.01.1952 bangunan baru sekolah yang dibina oleh kerajaan pada hujung 1951, telah digunakan sepenuhnya dan dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU hingga sekarang.

Pertambahan muridnya begitu ketara daripada 30 orang (1931) kepada 1980 (1995). Kawasan sekolah seluas 1.75 ekar, yang pada mulanya hanya terdapat sebuah bangunan kayu yang beratap nipah dan 2 buah rumah guru (bangunan kayu beratap nipah dan berdinding separuh). Kini telah diisi dengan tiga blok bangunan batu dan satu blok bangunan separuh batu dan kayu.

Blok “Berlian” adalah satu-satunya blok separuh kayu dan batu yang tinggal iaitu dibina pada tahun 1968 yang menempatkan murid-murid tahun 4 pada sesi pagi dan Tahun 1 pada sesi petang. Sekarang (2010) blok "Berlian" yang lama sudah dirobohkan dan dibina bangunan batu yang baru setinggi 3 tingkat. Manakala blok “Intan” merupakan blok tiga tingkat dan blok pentadbiran yang meletakkan bilik guru, pusat sumber, bilik media, bilik kaunseling, bilik pemulihan dan pejabat. Blok ini siap dibina pada tahun 1989 yang juga menempatkan murid-murid Tahun 5 pada sesi pagi dan Tahun 3 pada sesi petang. Dua blok yang lain pula iaitu blok “Nilam” dan “Delima” masing-masing mempunyai tiga dan dua tingkat. Blok “Delima” yang siap dibina pada tahun 1976 pula menempatkan sebuah dewan serta bilik muzik. Manakala blok “Nilam” yang siap dibina pada 2000 yang menempatkan makmal sains dan makmal computer serta menempatkan murid-murid Tahun 6.

Pada tahun 1931, bilangan tenaga pengajar hanyalah seorang berbanding 81 orang pada tahun 2007, diketuai oleh seorang Guru Besar, 3 orang Penolong Kanan dan seorang Penyelia Petang.

Dengan penuh bangga, inilah lencana sekolah berserta lagu sekolah.


Dengan ikrar sejati
Mencapai hasrat murni
Inspirasi guru2
Menyampai wadah ilmu

Menuju ke wawasan
Cemerlang pendidikan
Sekolah yg kami cintai
Kan kami tabur bakti

Berperibadi mulia
Disiplin jadi etika
Ingin berjaya dalam segala
Mari berganding tenaga

Pada sekolah kita
Kami akan berjasa
Majulah maju mari bersatu
SK Sungai Tua Baharu

Sekolah Kebangsaan Sg Tua Baharu,
Jalan Melati, Kg Sg Tua Baharu,
Selangor, Malaysia.

Friday, November 4, 2011

Semalam, Hari Ini dan Esok..

Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda,
Esok adalah khayalan yang belum nyata.
Hari adalah kenyataan dan penentu siapa kita.