Sunday, November 13, 2011

Kenangan di SKSTB 1

Masa Darjah 1, aku masuk kelas ketiga iaitu Lily. Kalau nak tahu, masa aku tadika setiap kali peperiksaan sahaja markah yang aku dapat mesti teruk terutamanya Matematik. Tiba-tiba masuk pasal tadika pula. Kembali kepada kenyataan.

Bangunan kelas aku ini bangunan separuh kayu separuh batu dipanggil "Berlian". Bangunan ini satu sahaja tidak ada tingkat-tingkat. Tingkap dia besar empat segi, kau boleh panjat keluar masuk ikut tingkap pun boleh, nak duduk dekat atas tingkap macam orang tengah melayan cinta sambil tengok bulan dekat langit. (meleret-leret pula) Kelas dekat bangunan ini juga lalu lintas pelajar dekat bangunan sebelah untuk seberang pergi kantin, kira macam jalan singkat la. Main lalu sahaja pintu belakang pergi kantin dekat sebelah lagi satu. (Aku pun pernah buat juga, tengok cikgu tengah tulis dekat papan hitam apalagi cabut lari lintas kelas tersebut). Memang pelik dan unik pun sekolah kitorang ini, tapi sekolah ini sekolah kebanggaan aku. Untuk pengetahuan, bangunan ini sudah pun dirobohkan dan telah dibina bangunan 3 tingkat. Aku tidak sempat tangkap gambar bangunan kelas yang paling lama ini.

Pintu ada empat, depan dua belakang pun dua kiri dan kanan. Satu papan hitam. Penyapu dan penyodok dekat kelas ini paling senang hendak hilang. Kadang-kadang kena cari dekat kelas lain, kalau kelas lain tidak ada cari dekat kelas bangunan sebelah. Kalau tidak salah ada enam kelas sahaja dekat situ dan satu kedai buku. Kalau murid petang hendak tunggu murid pagi balik memang bising la dekat luar kelas. Yela, tingkap dah la besar terbuka luas, diorang pula terjenguk-jenguk tengok dalam. Kadang-kadang separuh badan sudah masuk dalam kelas. Cikgu kadang-kadang suruh tutup tingkap supaya tidak diganggu.

Kedai buku merupakan tempat paling best hendak merayau. Cakap hendak pergi kedai buku tapi melepak dekat situ punyalah lama macam kedai buku jauh sangat dari kelas padahal sederet sahaja. Sempit dan kecik, kalau masa rehat memang berebut-rebut dan macam sardin dalam itu. Barang yang aku suka beli merupakan pemadam. Sebab apa pemadam? Sebab aku suka main lawan-lawan pemadam. Disebabkan pemadam ini juga. aku pernah kena marah dengan Nenek Bedah dekat sekolah agama. Kenangan ini tidak pernah terpadam, bila sudah besar macam ini terasa hendak balik semula masa kecik. Seronok, bergembira dengan kawan-kawan, tidak pening kepala hendak fikir itu ini dan masa tersebut tidak dapat diulang lagi.

Budak-budak sekarang permainan diorang hanyalah PSP, PS3, Nintendo, PC, Ipad dan sebagainya. Budak zaman dulu, main dekat luar tidak kenal lagi komputer tu apa, tidak wujud lagi benda-benda alah itu lagi.

to be continued...

3 comments:

Ammar Husaini B. Azmi said... [Reply to comment]

btul2...budak2 msa 2, blik je kt umah, try klua blik...cari kwn...men 2 la..gasing n etc...best giler bila pikir blik

~Geng Gempak~ said... [Reply to comment]

kami pown sekolah kat skstb.mmg banyak perubahan sekarang,makin canggih...!!!

~Geng Gempak~ said... [Reply to comment]

kami pon sekolah kat situ!dah banyak perubahan...mmg best larhh sekolah kat situ!!!