Wednesday, November 9, 2011

SK Sungai Tua Baharu.

Kenapa aku tulis pasal sekolah ini? Kerana aku merupakan bekas pelajar SK Sungai Tua Baharu tahun 1999-2000. Banyak kenangan dekat sekolah ini.

Sejarah SK Sungai Tua Baharu:-

Sekolah Melayu Sungai Tua telah ditubuhkan oleh masyarakat kampong pada 01.06.1931 di Kampung Sungai Tua (Empangan Batu). Pada 15.05.1951 sekolah ini telah berpindah ke kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai kampong Sungai Tua Baharu. Pada 06.01.1952 bangunan baru sekolah yang dibina oleh kerajaan pada hujung 1951, telah digunakan sepenuhnya dan dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU hingga sekarang.

Pertambahan muridnya begitu ketara daripada 30 orang (1931) kepada 1980 (1995). Kawasan sekolah seluas 1.75 ekar, yang pada mulanya hanya terdapat sebuah bangunan kayu yang beratap nipah dan 2 buah rumah guru (bangunan kayu beratap nipah dan berdinding separuh). Kini telah diisi dengan tiga blok bangunan batu dan satu blok bangunan separuh batu dan kayu.

Blok “Berlian” adalah satu-satunya blok separuh kayu dan batu yang tinggal iaitu dibina pada tahun 1968 yang menempatkan murid-murid tahun 4 pada sesi pagi dan Tahun 1 pada sesi petang. Sekarang (2010) blok "Berlian" yang lama sudah dirobohkan dan dibina bangunan batu yang baru setinggi 3 tingkat. Manakala blok “Intan” merupakan blok tiga tingkat dan blok pentadbiran yang meletakkan bilik guru, pusat sumber, bilik media, bilik kaunseling, bilik pemulihan dan pejabat. Blok ini siap dibina pada tahun 1989 yang juga menempatkan murid-murid Tahun 5 pada sesi pagi dan Tahun 3 pada sesi petang. Dua blok yang lain pula iaitu blok “Nilam” dan “Delima” masing-masing mempunyai tiga dan dua tingkat. Blok “Delima” yang siap dibina pada tahun 1976 pula menempatkan sebuah dewan serta bilik muzik. Manakala blok “Nilam” yang siap dibina pada 2000 yang menempatkan makmal sains dan makmal computer serta menempatkan murid-murid Tahun 6.

Pada tahun 1931, bilangan tenaga pengajar hanyalah seorang berbanding 81 orang pada tahun 2007, diketuai oleh seorang Guru Besar, 3 orang Penolong Kanan dan seorang Penyelia Petang.

Dengan penuh bangga, inilah lencana sekolah berserta lagu sekolah.


Dengan ikrar sejati
Mencapai hasrat murni
Inspirasi guru2
Menyampai wadah ilmu

Menuju ke wawasan
Cemerlang pendidikan
Sekolah yg kami cintai
Kan kami tabur bakti

Berperibadi mulia
Disiplin jadi etika
Ingin berjaya dalam segala
Mari berganding tenaga

Pada sekolah kita
Kami akan berjasa
Majulah maju mari bersatu
SK Sungai Tua Baharu

Sekolah Kebangsaan Sg Tua Baharu,
Jalan Melati, Kg Sg Tua Baharu,
Selangor, Malaysia.

1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Rajin awak cari sejarah sekolah ni. Akak pun ex sg tua tapi super senior sangat. 1980 - 1985. Good luck yer adik - kak marini jamlus