Monday, February 6, 2012

Pages 36 of 366 - Mandi Sungai di Bukit Ayer dan Makan Steamboat!

5 Februari 2012 (Ahad)

Pagi ada TEST 2 MAT183, harapan untuk bangun pukul 5 pagi memang tinggal harapan sebab dikejut tapi tidak dilayan kejutan tersebut. Nasib bangun pukul 7 pagi. Alhamdulillah selesai TEST 2. Quiz 3 MAT183 pula bakal menyusul mungkin petang Rabu ini.

Hari ini ada trip pergi picnic dan makan steamboat pada waktu malam. Pukul11 pergi rumah Biha buat sandwich,masak nugget dan buat air oren untuk makan masa berkelah nanti. janji pukul 12 nak kumpul alih-alih nak dekat pukul 1 baru nak gerak. Kalau tak sempat masak nasi goreng untuk korang.

Dari Arau -> Gua Kelam -> Bukit Ayer -> Kangar -> Arau
Di Gua Kelam. Cetek takat betis lelaki je. -.-
Gerak ke Gua Kelam dengan harapan dapat mandi dalam gua tapi tutup pula. Makan dulu dekat Gua Kelam tu sebelum tukar haluan ke Bukit Ayer. Sampai Bukit Ayer dalam pukul 3 petang, 5 orang perempuan iaitu saya, biha, mira, nurul dan aida seronok mandi dekat bahagian atas sebab takde lumut dan tak berbau macam dekat bahagian bawah macam budak-budak laki mandi kat bahagian bawah tu.

Port sungai tu macam dikhaskan untuk kitorang mandi sesuka hati. Lelaki bersyampu dan bersabun, yang xde keje cuci muka guna pencuci muka Safi Balqis. Cerita selanjutnya akan disambung pada entri seterusnya. Gambar tak dapat lagi.

Singgah masjid dekat dengan sungai tersebut untuk sembahyang Asar dan singgah masjid dekat Kangar untuk sembahyang Maghrib sebab dekat sikit dengan tempat steamboat. Kitorang berlima satu kereta gerak dulu ke tempat makan dan yang lain sampai lewat sikit. Lagi satu kereta perempuan balik dulu sebab ada problem yang kitorang berlima tak tahu. Just enjoy okay. Walaupun ada manusia yang hilang gigi, kulit berbirat, kena cucuk dengan wayar dan tergesel tangan dengan batu.

Sekarang penat dan kenyang makan banyak sangat makanan steamboat. Perut penuh dengan ayam dan daging. Terima kasih kepada Coki yang telah belanja saya makan. =D

Tapi memang seronok yang teramat sangat walaupun penat. Esok pula ada OPKIM, kena bangun awal lagi. CSD2Af dan CSD2Bf memang terbaik dan termasuk Yusof Firdaus dan Syauqi yang ikut sekali. Yang lain-lain tu silalah sporting lagi. Kita tinggal lagi 3 sem je lagi untuk bersama macam ini, lepas ni dah takde dah pengalaman macam ini. Inilah masanya bagi korang yang tak pernah sampai Perlis dan utara ini jelajah tempat-tempat kat sini. Macam aku ni, ada juga tempat yang aku tak pergi lagi dekat Perlis ini walaupun kampung aku dekat Kedah je. Gua Kelam ada antara keluarga aku pernah pergi dan aku tak dapat pergi sebab malas nak ikut diorang pergi jalan-jalan.

0 comments: