Wednesday, April 18, 2012

Midnight Movie - Battleship


Layan Trailer Battleship


Movie ni best! Pengarah yang sama untuk Transformer kan.


Menonton Battleship pada 16 April 2012 (Isnin) di GSC One Utama, Damansara Utama sebab dapat tiket free. Boleh pilih cerita apa je jadi kitorang pilih Battleship. Gerak dari rumah pukul9.00 malam, sampai pukul9.20++ macam tu la. Dari New Wing nak gerak ke Old Wing memakan masa yang lama nak cari GSC. 

Kitorang dari hujung New Wing nak gerak ke hujung Old Wing pun boleh sesat. Besarnya mak aih tak terkata. Lama dah tak datang One Utama. Shera yang ada 3 tiket free GSC jadi dia ajak saya dengan Aisyah. Mula-mula nak tengok pukul9.40 malam punya tapi sampai dekat GSC pun pukul 10, lepas tu tinggal 3 baris dekat depan screen. Dah la tiket free takkan nak ambil depan sekali kot, memang tak best la kan. Tak class gitu. Demand lebih.

Terpaksa pukul11 malam punya, midnight movie punya. Nak tunggu pukul11 tu lambat lagi, lepak dekat Kopi Time Express dekat kawasan orang main bowling sambil makan french fries.

Le me.


Aisyah, Shera dan Saya



Masuk pukul11, awal tak awal iklan pun tak start lagi. Yang paling kelakar dalam tu masa iklan tak start lagi, sorang gelak semua nak gelak. "What the heck la semua nak gelak-gelak, baru masuk" Diorang borak apa ntah, ada sorang abang ni gelak kelakar snagat sampai kitorang tergalak sekali. Memang kelakar, macam ada Pentas Maharaja Lawak Mega pula dekat bawah tu.

Wayang habis pukul1 lebih, gerak jalan pergi ke New Wing ambil kereta dari Old Wing mengambil masa dan banyak halangan yang terpaksa ditempuh macam buat filem pula. Nak dekat pukul3 baru selamat sampai rumah.

Alamatnya latihan motor hari ni, tak jadi sebab saya mengantuk sangat. Terjaga pukul8 sbb jam bunyi lepas tu sambung tidur. Pak cik Jan call pukul9 tanya jadi tak, saya kata tak then tidur lagi. Pukul1 terjaga baca mesej kejap dah habis balas. Tidur lagi, pukul2 baru totally awake.

p/s :  Apabila Sandra Azwan sudi menjengah post saya yang lepas. Terharunya.
Stone Hopper (Alexander Skarsgård) handsome dan tinggi ♥ tapi mati pula dia. :'(
The Amazing Spider-Man, The Avengers dan Intruders bakal menanti nanti.
Esok pergi Sunway Pyramid pula.

0 comments: