Monday, May 28, 2012

25 May 2012 - Concert U-KISS Di Hari Belia Negara 2012, Putrajaya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Lama tak update semenjak modem wifi kena petir lepas tu tukar yang baru dan ada hal pula line wifi kat laptop. Sekejap dapat sekejap line hilang walaupun masih dalam keadaan connection.

Ini nak cerita pasal hari Sabtu bersamaan 25 Mei 2012, saya bersama Mira, Kimmy, Amira dan Syahirah pergi tengok konsert U-KISS dekat Presint 4 sebab Hari Belia Negara 2012 punya aktiviti. Sampai dalam lingkungan pukul 4.30 petang sebab jalan kaki dari Masjid Putrajaya sampai la ke Wisma Tani. Jauh tahu.....

Sebelum U-KISS buat persembahan, ada kumpulan MAX 24/7  yang buat persembahan. Ini gambar teaser pada hari tersebut. Yang lain gambar, fancam dan lain-lain bakal diupload nanti.

Amira, Mira, Syahirah dan saya.

-to be continued-

Wednesday, May 23, 2012

Merancang Dan Mengajak Lebih Awal.


Perancangan lebih awal kan bagus untuk semua orang. Ajakan secara tiba-tiba ataupun beberapa jam sebelum keluar tu sangat tidak bagus. Sebab apa? Sebab kita kena tahu juga dia ada duit ke tak, ada rancangan lain ke, kerja ke, sibuk ke dan yang penting dia boleh bersedia lebih awal. Sebagai pelajar, kena minta kebenaran ibu bapa lagi dan duit belanja untuk keluar kena juga ada.

Lagi satu kalau nak ajak orang kena ajak secara formal. Tujukan dekat orang tu sendiri atau cakap dekat dia sendiri jadi tak lah macam ajak-ajak tahi ayam. Kalau susah sangat nak cakap face to face, telefon sahaja kalau nak jimat kredit lagi hantar mesej tapi kalau dah nazak sangat mention orang tu dekat social network yang sekarang semua pakat guna. Tak sampai beberapa saat orang tu dah boleh baca. Senang kan?

Sebenarnya tak susah pun tapi kita yang buatkan perkara itu jadi susah. Maaflah kalau ada yang terasa dengan entri kali ini. Sebenarnya perkara ini general untuk semua orang.

Tuesday, May 22, 2012

Kokurikulum di UiTM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pertanyaan daripada Azyan : "Salam akak :D Tadi google pasal UiTM Arau then keluar blog akak. Nak tanya kalau koko dekat UiTM Arau ni, kita boleh pilih sendiri ka kena ikut fakulti? Nak masuk band kalau boleh"

First of all, saya nak ucapkan selamat datang dan tahniah kepada sesiapa yang berjaya masuk ke UiTM tidak kira cawangan mana pun dan juga sesiapa yang berjaya masuk ke universiti lain. Sebenarnya bukan alasan tempat mana korang kena campak ataupun universiti mana yang korang masuk yang penting semangat dan niat korang nak menuntut ilmu dan belajar sampai habis pengajian.

Terima kasih kepada adik Azyan kerana bertanya. Okay saya terangkan secara ringkas lagipun baru setahun masuk UiTM ni. Kalau ada salah sila betulkan, harap maaf.

Soalan pertama : Kokurikulum dekat UiTM

Untuk junior yang baru masuk, nanti ada dalam jadual pendaftaran kokurikulum masa Minggu Destini Siswa (MDS). Selalunya kokurikulum ini hanya untuk 3 Semester sahaja kecuali PALAPES dan KOMANDER. Antara pilihan kokurikulum ialah : -

Unit kokurikulum :

1. Kesatria Negara
    - Kesatria Negara (Hanya untuk SATU SEMESTER tapi kalau nak sambung lagi ambil pertahanan diri ke apa ntah. Kalau tak nak masuk Kesatria Negara selepas semester satu, boleh masuk persatuan atau sukan)
    - Kembara (3 SEMESTER)
    - Komander (SAMPAI HABIS. Semester pertama anda akan digelar sebagai BAKAL KOMANDER a.k.a BK)
2. Brass Band (3 SEMESTER)
3. Pertahanan Awam (3 SEMESTER)
4. Kadet Bomba (3 SEMESTER)
5. Badan Pertolongan Cemas (3 atau 2 SEMESTER ntah)
6. PALAPES (SAMPAI HABIS)

Untuk maklumat lanjut : Unit Kokurikulum dan Badan Beruniform


p/s : Untuk PALAPES ada sesetengah UiTM cawangan lain tidak ada tapi di UiTM Arau tempat saya belajar ada PALAPES ini dan ada juga UiTM negeri lain yang ada.

Soalan kedua : Pilihan sendiri atau kena ikut fakulti?

Kokurikulum ini dengan pilihan sendiri tak ikut fakulti. Terpulang kepada masing-masing nak masuk unit beruniform apa.

Pengalaman masa MDS, YANG TIDAK TERHAD jumlah ahli dalam sesebuah unit beruniform hanyalah Kesatria Negara, Komander dan PALAPES. Yang lain ada jumlah terhad tersendiri. Jadi bersiap sedialah korang untuk berkejar-kejar untuk masuk ke unit beruniform apa yang korang nak. Kalau sudah melebihi had ahli korang akan diarahkan keluar dan masuk unit beruniform lain.

Itu sahajalah yang saya boleh terangkan. Harap maaf kalau ada kesilapan dan kesalahan maklumat.

Kepada adik Azyan, SELAMAT DATANG KE UITM ARAU, PERLIS.

Saturday, May 19, 2012

18 May 2012


Hari ini hari yang mulia iaitu hari Jumaat. Tengok tarikh hari ini 18 hari bulan sudah. Semenjak cuti dah lama nak sampai dua bulan, saya sampai tak ingat hari dan tarikh. Tengok-tengok dah 18.

Sebenarnya nak cakap yang lagi beberapa minggu je lagi cuti semester nak habis. Rasa sekejap pula cuti. Tak puas lagi nak bersuka ria dan berjimba-jimba dengan kawan. Nasib Love Rain pun habis sebelum saya masuk UiTM Arau balik. Sempat tengok Jang Geun Suk dengan Yoona SNSD. JGS tunggu saya suruh saya habis tengok dari episod awal sampai akhir. Hahaha.

Inifnite pun buat comeback minggu ni dengan lagu The Chaser. Saya suka tengok performance Infinite lagu Only Tears sebab Sungjong main piano dan L main gitar. So sweet. Sungjong, please marry me. Sobs sobs. Tak lupa juga dekat Woohyun yang tough lagi suara serak-serak basah tu. Dalmatian pun comeback selepas lama menghilang dengan lagu E.R, semua badan ketul-ketul dan handsome nampak kejantanan untuk comeback kali ini. Manly gitu lagi-lagi dalam MV E.R diorang half-naked tak pakai baju.

Saya dengan Kimmy bayangkan kalau Dalmatian perform lagu E.R half naked mesti habis semua peminat serbu menjerit-jerit terkeluar anak tekak tercampak depan Dalmatian. Paling tak boleh blah, tiba-tiba ada saya pula yang kerumun dekat Dalmatian sambil peluk-peluk. Tahu merepek ini semua tapi apa salahnya berangan. Saya memang suka berangan macam ni, ye la orang single macam saya ni berangan artis Korea je la. Nak mengutuk pasal saya tergila-gilakan KPOP? Dah boleh tekan tanda 'X' kat atas tu dan tak payah baca. Janji saya tak kacau korang. Hak masing-masing.

Cuti ni layan drama Korea, Jepun, Taiwan, Thailand dengan Filipina 'Endless Love' dekat TV3 tu. Sebab ada Dindong Dantes dengan Marian Rivera. Sampai sini sahaja.

*Blog ni bakal diubah di masa akan datang, dalam masa yang terdekat. Saja testing guna theme macam ni*

Assalamualaikum dan bye!

Friday, May 18, 2012

6 May 2012 - Lumut dan Pulau Pangkor


Assalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka kata,

Dah lama juga nak post pasal ni tapi banyak hal pula. Seperti tarik di atas, 6 Mei bersamaan hari Ahad saya dengan family pergi ke Lumut. Dah alang-alang tu ayah ajak pergi Pulau Pangkor. Satu tiket pergi balik untuk dewasa RM10 (kalau tak silap la, dah lupa).

Di Jeti Lumut, sebelum masuk ke bahagian jeti dekat belah kanan berdekatan dengan jalan raya ada tempat pembelian tiket feri untuk korang beli kalau hendak ke Pulau Pangkor dan juga penduduk di Sungai Pinang. Motor-motor pun ada diorang bawa sekali dekat bahagian depan bot. Bayaran bawa motor kira dengan orang yang dekat feri tu rasanya.

1. Mesra Feri Sdn. Bhd.
2. Pan Silver
3. Duta Pangkor


Saya gerak ke Pulau Pangkor naik Mesra Feri. Kapal angkut orang ni dua tingkat, bahagian nak ambil angin buat gaya Titanic semua kat tingkat dua bahagian belakang. Tapi aircond dia perlahan dan bau kurang menyenangkan. Nak tengok laut semua tingkat dua nampak semua. Sebenarnya tak kira la kau beli tiket dari syarikat mana pun tapi masa kau nak naik kapal, mana-mana kapal yang sampai dulu kau naik je tak kira syarikat lain ke apa. Ini pun orang yang jaga situ bagitahu.

Terminal Sungai Pinang. Terminal pertengahan.

Sesiapa yang kali pertama nak pergi Pulau Pangkor kena tahu terminal ini diorang akan berhenti sebelum sampai Pulau Pangkor dan sebelum sampai Lumut kalau ke Jeti Lumut. Kalau dah nak dekat Pulau Pangkor akan nampak tiang macam 1 Malaysia tulis Pangkor belah kanan. Bila nampak patung Buddha putih tu maka dah sampai la Pangkor.


Dekat sini van-van warna pink inilah kereta sewa yang bawa korang jalan-jalan dekat Pulau Pangkor ni. Macam teksi cuma dia tak pakai meter. Kenderaan paling majoriti dan kebanyakkan orang pakai ialah motor. Jadi tak pelik kalau kereta yang lalu dekat pekan tu sikit je, banyak orang guna motor sebab jalan dia pun kecik je. Merata-rata mesti nampak motor.

Kota Belanda pun ada. Pantai dia sebelah sana. Sini baru pekan.

Mi Su Ah. Banyak dijual di sini.
Tidak ketinggalan juga, segala jenis ikan kering. Sotong udang kering pun ada.

Dekat Jeti Pulau Pangkor ada dua bahagian, belah kiri ke Jeti Lumut dan belah kanan ke Marina Island.

Masa balik kena beratur dan naik je mana kapal yang sampai sebab ramai sangat orang. Balik pula kena naik Pan Silver. Walaupun setingkat dan rendah je, tingkap dia pun tinggi tak nampak permandangan tapi Pan Silver serius aircond dia sejuk sampai boleh tertidur selesa pun selesa. Tempat nak tengok permandangan kat luar pun kat bahagian luar dekat belakang.


Who's that?

Dah smapai Jeti Lumut, keluar je kat jalan nak pergi dekat kereta nampak pula sekumpulan lelaki berbaju kemeja dan berkepala botak. Rupa-rupanya budak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Badan diorang ada yang tough-tough. Okay, tak nak cakap.

Sekian, terima kasih.

Thursday, May 17, 2012

Happy Teacher's Day


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Saya, Nurul Farhana binti Rosli ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru, cikgu, tenaga pengajar dan pensyarah di luar sana. Tidak ketinggalan juga yang pernah mengajar saya selama ini.

1. Tadika Islam Kg.Nakhoda : 6 Tahun
2. SK Sungai Tua Baharu (SKSTB) : Darjah 1-6
3. KAFA Integrasi Kg.Nakhoda : Darjah 1-6
4. Cikgu dan Nenek yang mengajar mengaji dekat Nakhoda Kiri : 6-12 Tahun
5. SMK Taman Selayang : Form 1-5
6. Cikgu-cikgu di Pusat Tuisyen Akedemik Maju : Form 3
7. Cikgu-cikgu di Pusat Tuisyen Didik Jaya : Form 5
8. UiTM Arau, Perlis

Jasa guru, cikgu, ustaz, ustazah dan pensyarah yang mengajar akan dikenang sampai bila-bila. :D

Monday, May 14, 2012

First Mini Album BTOB - Born to Beat


Finally the album arrived at my house Friday's evening.
Tadaa...


BTOB


- Eunkwang, Minhyuk, Changsub, Hyunsik, Peniel, Ilhoon, Sungjae-
Photobook.

Sunday, May 13, 2012

Muzik Komersial 1 - Kokurikulum Semester 2, UiTM Perlis


Walaupun sudah sebulan lebih tamat Semester 2 tapi saja hendak post entri mengenai kokurikulum Semester 2 kitorang. Muzik Komersial pilihan kokurikulum untuk Semester 2. Saya belajar tentang note-note muzik yang basic. Ada juga belajar main gitar, bass, drum dan keyboard. Hanya ada satu group sahaja dan waktu kitorang malam. Jadi hari Jumaat saya free lepas tengah hari sampai la Ahad malam kalau Sabtu Ahad tidak ada kelas ganti atau kuiz test semua. Muzik komersial juga kena buat folio dan test pada last kelas.

Ini merupakan aktiviti terakhir kitorang sebelum habis aktiviti kokurikulum dalam Muzik Komersial ini. Persembahan undangan di Pertandingan Muzik Extravaganza yang diadakan di Dewan Sri Semarak, UiTM Arau, Perlis.

Sebelum:



Selepas:
Pemain bass band jemputan.
Agak segan nak minta tangkap gambar sekali.
Akhirnya beranikan diri juga, inilah hasilnya.


Tapi inilah ahli-ahli Muzik Komersial. Ada yang repeater juga.
Gambar atas ni kualiti kurang baik sebab tangkap guna kamera handphone je.

Semoga kita berjumpa lagi di Semester 3.

Thursday, May 3, 2012

[PV] Still Love You - AAA w/ japanese + romanization + translation



Japanese :

Tell me why このままじゃ Tell me why いられないの?
Tell me why 二人では Tell me why ダメだというの?

I said 離したくない 引き止めたいよ
You said ごめんだけじゃ もどかしすぎる
We did 疑いもなく 信じ合えたよ
We laid 同じ明日を 夢見ていた筈さ

何故そんなに黙り込むの? 何故遠く見つめてるの?
まだこんなに愛せるのに
Will you say goodbye

欺けない 偽れない 捨てきれない 堪えきれず Still love you
痛いほど もがくほど 叫ぶほど 震える想い Still love you

Tell me why もう一度 Tell me why 始めたいよ 
Tell me why まっさらな Tell me why 二人になって

I said 間違いじゃない 駆け抜けた日々 
You said ありがとうじゃ 終わりにはできない
色褪せないほど過去は儚い
Flashlight 思い出が瞬き
輝いたあの日達が未だ終わらない
まだ眩しすぎて目が開かない

輝いてたあの頃へと 何故ふたり戻れないの?
抱きしめてよ 壊れるほど
Never say goodbye

投げ出せない 消しされない 鳴り止まない 拭いきれず Still love you
切りがなく 止め処なく 限りなく 溢れる想い Still love you 

Tell me why このままじゃ Tell me why いられないの?
Tell me why 二人では Tell me why ダメだというの?

止められないよMissing you
張り裂けそうな鼓動
受け止めてよ全身で 
I'm hugging you

君がいない未来ならいっそ来ないほうがいい
空っぽになった僕の手残ったのは後悔
どうせなら消去して愛しい記憶ごと
行き場ならいい、思いはこの空に

欺けない 偽れない 捨てきれない 堪えきれず Still love you
痛いほど もがくほど 叫ぶほど 震え胸があがらない

投げ出せない 消しされない 鳴り止まない 拭いきれず Still love you
切りがなく 止め処なく 限りなく 溢れる想い Still love you 

Tell me why もう一度 Tell me why 始めたいよ 
Tell me why まっさらな Tell me why 二人になって

Romanization :

nagedasenai keshisarenai
nari yama nai fui kire zu Still love you
kiri ga naku tomedonaku
kagiri naku afureru omoi Still love you

( Tell me why ) kono mama ja
( Tell me why ) i rare nai no?
( Tell me why ) futari de ha
( Tell me why ) dame da toiu no?

I said hanashi taku nai hiki tome tai yo
You said gomen dake ja mo dokashi sugiru
We dead utagai mo naku shinjiae ta yo
With they onaji ashita o yumemi te i ta hazu sa

naze sonnani damarikomu no ? naze tooku mitsume teru no ?
mada konnani aiseru noni . . .

We'll say goodbye

azamukenai niserenai
sutekirenai korae kire zu Still love you
itai hodo mo gaku hodo
sakebu hodo furueru omoi Still love you

( Tell me why ) mouichido
( Tell me why ) hajimetai yo
( Tell me why ) mas ara na
( Tell me why ) futari ni natte

Translation : 

Can't give up, can't erase, doesn't stop ringing, can't wipe it fully and I still love you
It's endless, it's unstoppable, it's eternal, these overflowing emotions, but I still love you

Tell me why, we can't stay, Tell me why, like this?
Tell me why, are you saying the two of us can't, Tell me why, stay like this?

I said, I don't want to let you go, I want you to make you stay
You said, a mere apology is irritating
We did, trust each other without any doubt
We laid, we were supposed to be seeing the same tomorrow
Why do you become so quiet? Why are you staring far away?
I can still love you
Will you say goodbye

Can't betray, can't lie, can't abandon, can't stand it anymore but I still love you
The more I pain, struggle, scream, these feelings shiver, and I still love you

Tell me why, I want to start, Tell me why, once again
Tell me why, as a plain, Tell me why, new couple
I said, the days we ran through weren't a mistake
You said, we can't end it with appreciation

The past is so empty that it doesn't fade
These feelings flash like a flashlight
Those shining days still won't end
So bright that my eyes won't open

Why can't we two return to those days that we shined?
Hug me so much that I get crushed
Never say goodbye
Can't give up, can't erase, doesn't stop ringing, can't wipe it fully and I still love you
It's endless, it's unstoppable, it's eternal, these overflowing emotions, but I still love you

Tell me why, we can't stay, Tell me why, like this?
Tell me why, are you saying the two of us can't, Tell me why, stay like this?
I can't stop this, and I'm missing you
Beating so much that I'm about to burst
Accept me fully 
I'm hugging you

If it's a future without you, then it's better for it not to come
My empty hands, all that's left is regret
Then just erase all the precious memories entirely
I don't need a place to go to, these feelings will go to the sky

Can't betray, can't lie, can't abandon, can't stand it anymore but I still love you
The more I pain, struggle, scream, my heart can't stand it anymore
Can't give up, can't erase, doesn't stop ringing, can't wipe it fully and I still love you
It's endless, it's unstoppable, it's eternal, these overflowing emotions, but I still love you

Tell me why, I want to start, Tell me why, once again
Tell me why, as a plain, Tell me why, new couple

cc :  jpopasia