Saturday, May 19, 2012

18 May 2012


Hari ini hari yang mulia iaitu hari Jumaat. Tengok tarikh hari ini 18 hari bulan sudah. Semenjak cuti dah lama nak sampai dua bulan, saya sampai tak ingat hari dan tarikh. Tengok-tengok dah 18.

Sebenarnya nak cakap yang lagi beberapa minggu je lagi cuti semester nak habis. Rasa sekejap pula cuti. Tak puas lagi nak bersuka ria dan berjimba-jimba dengan kawan. Nasib Love Rain pun habis sebelum saya masuk UiTM Arau balik. Sempat tengok Jang Geun Suk dengan Yoona SNSD. JGS tunggu saya suruh saya habis tengok dari episod awal sampai akhir. Hahaha.

Inifnite pun buat comeback minggu ni dengan lagu The Chaser. Saya suka tengok performance Infinite lagu Only Tears sebab Sungjong main piano dan L main gitar. So sweet. Sungjong, please marry me. Sobs sobs. Tak lupa juga dekat Woohyun yang tough lagi suara serak-serak basah tu. Dalmatian pun comeback selepas lama menghilang dengan lagu E.R, semua badan ketul-ketul dan handsome nampak kejantanan untuk comeback kali ini. Manly gitu lagi-lagi dalam MV E.R diorang half-naked tak pakai baju.

Saya dengan Kimmy bayangkan kalau Dalmatian perform lagu E.R half naked mesti habis semua peminat serbu menjerit-jerit terkeluar anak tekak tercampak depan Dalmatian. Paling tak boleh blah, tiba-tiba ada saya pula yang kerumun dekat Dalmatian sambil peluk-peluk. Tahu merepek ini semua tapi apa salahnya berangan. Saya memang suka berangan macam ni, ye la orang single macam saya ni berangan artis Korea je la. Nak mengutuk pasal saya tergila-gilakan KPOP? Dah boleh tekan tanda 'X' kat atas tu dan tak payah baca. Janji saya tak kacau korang. Hak masing-masing.

Cuti ni layan drama Korea, Jepun, Taiwan, Thailand dengan Filipina 'Endless Love' dekat TV3 tu. Sebab ada Dindong Dantes dengan Marian Rivera. Sampai sini sahaja.

*Blog ni bakal diubah di masa akan datang, dalam masa yang terdekat. Saja testing guna theme macam ni*

Assalamualaikum dan bye!

0 comments: