Friday, May 18, 2012

6 May 2012 - Lumut dan Pulau Pangkor


Assalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka kata,

Dah lama juga nak post pasal ni tapi banyak hal pula. Seperti tarik di atas, 6 Mei bersamaan hari Ahad saya dengan family pergi ke Lumut. Dah alang-alang tu ayah ajak pergi Pulau Pangkor. Satu tiket pergi balik untuk dewasa RM10 (kalau tak silap la, dah lupa).

Di Jeti Lumut, sebelum masuk ke bahagian jeti dekat belah kanan berdekatan dengan jalan raya ada tempat pembelian tiket feri untuk korang beli kalau hendak ke Pulau Pangkor dan juga penduduk di Sungai Pinang. Motor-motor pun ada diorang bawa sekali dekat bahagian depan bot. Bayaran bawa motor kira dengan orang yang dekat feri tu rasanya.

1. Mesra Feri Sdn. Bhd.
2. Pan Silver
3. Duta Pangkor


Saya gerak ke Pulau Pangkor naik Mesra Feri. Kapal angkut orang ni dua tingkat, bahagian nak ambil angin buat gaya Titanic semua kat tingkat dua bahagian belakang. Tapi aircond dia perlahan dan bau kurang menyenangkan. Nak tengok laut semua tingkat dua nampak semua. Sebenarnya tak kira la kau beli tiket dari syarikat mana pun tapi masa kau nak naik kapal, mana-mana kapal yang sampai dulu kau naik je tak kira syarikat lain ke apa. Ini pun orang yang jaga situ bagitahu.

Terminal Sungai Pinang. Terminal pertengahan.

Sesiapa yang kali pertama nak pergi Pulau Pangkor kena tahu terminal ini diorang akan berhenti sebelum sampai Pulau Pangkor dan sebelum sampai Lumut kalau ke Jeti Lumut. Kalau dah nak dekat Pulau Pangkor akan nampak tiang macam 1 Malaysia tulis Pangkor belah kanan. Bila nampak patung Buddha putih tu maka dah sampai la Pangkor.


Dekat sini van-van warna pink inilah kereta sewa yang bawa korang jalan-jalan dekat Pulau Pangkor ni. Macam teksi cuma dia tak pakai meter. Kenderaan paling majoriti dan kebanyakkan orang pakai ialah motor. Jadi tak pelik kalau kereta yang lalu dekat pekan tu sikit je, banyak orang guna motor sebab jalan dia pun kecik je. Merata-rata mesti nampak motor.

Kota Belanda pun ada. Pantai dia sebelah sana. Sini baru pekan.

Mi Su Ah. Banyak dijual di sini.
Tidak ketinggalan juga, segala jenis ikan kering. Sotong udang kering pun ada.

Dekat Jeti Pulau Pangkor ada dua bahagian, belah kiri ke Jeti Lumut dan belah kanan ke Marina Island.

Masa balik kena beratur dan naik je mana kapal yang sampai sebab ramai sangat orang. Balik pula kena naik Pan Silver. Walaupun setingkat dan rendah je, tingkap dia pun tinggi tak nampak permandangan tapi Pan Silver serius aircond dia sejuk sampai boleh tertidur selesa pun selesa. Tempat nak tengok permandangan kat luar pun kat bahagian luar dekat belakang.


Who's that?

Dah smapai Jeti Lumut, keluar je kat jalan nak pergi dekat kereta nampak pula sekumpulan lelaki berbaju kemeja dan berkepala botak. Rupa-rupanya budak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Badan diorang ada yang tough-tough. Okay, tak nak cakap.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

sarah mohamad said... [Reply to comment]

Best tak pergi pangkor? Pemandangan cantik tak? Hehehe

Aisya J said... [Reply to comment]

wahhhh!~ bestnyaaaa. never been to pangkor! hopefully soon :D

oh and do visit my blog too! :) I tried making French Macarons :)