Tuesday, May 22, 2012

Kokurikulum di UiTM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pertanyaan daripada Azyan : "Salam akak :D Tadi google pasal UiTM Arau then keluar blog akak. Nak tanya kalau koko dekat UiTM Arau ni, kita boleh pilih sendiri ka kena ikut fakulti? Nak masuk band kalau boleh"

First of all, saya nak ucapkan selamat datang dan tahniah kepada sesiapa yang berjaya masuk ke UiTM tidak kira cawangan mana pun dan juga sesiapa yang berjaya masuk ke universiti lain. Sebenarnya bukan alasan tempat mana korang kena campak ataupun universiti mana yang korang masuk yang penting semangat dan niat korang nak menuntut ilmu dan belajar sampai habis pengajian.

Terima kasih kepada adik Azyan kerana bertanya. Okay saya terangkan secara ringkas lagipun baru setahun masuk UiTM ni. Kalau ada salah sila betulkan, harap maaf.

Soalan pertama : Kokurikulum dekat UiTM

Untuk junior yang baru masuk, nanti ada dalam jadual pendaftaran kokurikulum masa Minggu Destini Siswa (MDS). Selalunya kokurikulum ini hanya untuk 3 Semester sahaja kecuali PALAPES dan KOMANDER. Antara pilihan kokurikulum ialah : -

Unit kokurikulum :

1. Kesatria Negara
    - Kesatria Negara (Hanya untuk SATU SEMESTER tapi kalau nak sambung lagi ambil pertahanan diri ke apa ntah. Kalau tak nak masuk Kesatria Negara selepas semester satu, boleh masuk persatuan atau sukan)
    - Kembara (3 SEMESTER)
    - Komander (SAMPAI HABIS. Semester pertama anda akan digelar sebagai BAKAL KOMANDER a.k.a BK)
2. Brass Band (3 SEMESTER)
3. Pertahanan Awam (3 SEMESTER)
4. Kadet Bomba (3 SEMESTER)
5. Badan Pertolongan Cemas (3 atau 2 SEMESTER ntah)
6. PALAPES (SAMPAI HABIS)

Untuk maklumat lanjut : Unit Kokurikulum dan Badan Beruniform


p/s : Untuk PALAPES ada sesetengah UiTM cawangan lain tidak ada tapi di UiTM Arau tempat saya belajar ada PALAPES ini dan ada juga UiTM negeri lain yang ada.

Soalan kedua : Pilihan sendiri atau kena ikut fakulti?

Kokurikulum ini dengan pilihan sendiri tak ikut fakulti. Terpulang kepada masing-masing nak masuk unit beruniform apa.

Pengalaman masa MDS, YANG TIDAK TERHAD jumlah ahli dalam sesebuah unit beruniform hanyalah Kesatria Negara, Komander dan PALAPES. Yang lain ada jumlah terhad tersendiri. Jadi bersiap sedialah korang untuk berkejar-kejar untuk masuk ke unit beruniform apa yang korang nak. Kalau sudah melebihi had ahli korang akan diarahkan keluar dan masuk unit beruniform lain.

Itu sahajalah yang saya boleh terangkan. Harap maaf kalau ada kesilapan dan kesalahan maklumat.

Kepada adik Azyan, SELAMAT DATANG KE UITM ARAU, PERLIS.

5 comments:

Azyan said... [Reply to comment]

FANArosli said... [Reply to comment]

Takpe-takpe. Lagipun tak susah sgt, berkongsi je. It's okay.

FANArosli said... [Reply to comment]

Alamak, terdelete pula comment. Sorry~

Anonymous said... [Reply to comment]

assalam sis. nak tny, klu ambil selain koq yang hebat2 mcm kesatria tu kan. still bleh dpt a ke koq kita?

FANArosli said... [Reply to comment]

Senang je. Kadang2 depends kalau cikgu yg ajar tu okay, senang je dapat A.