Wednesday, May 23, 2012

Merancang Dan Mengajak Lebih Awal.


Perancangan lebih awal kan bagus untuk semua orang. Ajakan secara tiba-tiba ataupun beberapa jam sebelum keluar tu sangat tidak bagus. Sebab apa? Sebab kita kena tahu juga dia ada duit ke tak, ada rancangan lain ke, kerja ke, sibuk ke dan yang penting dia boleh bersedia lebih awal. Sebagai pelajar, kena minta kebenaran ibu bapa lagi dan duit belanja untuk keluar kena juga ada.

Lagi satu kalau nak ajak orang kena ajak secara formal. Tujukan dekat orang tu sendiri atau cakap dekat dia sendiri jadi tak lah macam ajak-ajak tahi ayam. Kalau susah sangat nak cakap face to face, telefon sahaja kalau nak jimat kredit lagi hantar mesej tapi kalau dah nazak sangat mention orang tu dekat social network yang sekarang semua pakat guna. Tak sampai beberapa saat orang tu dah boleh baca. Senang kan?

Sebenarnya tak susah pun tapi kita yang buatkan perkara itu jadi susah. Maaflah kalau ada yang terasa dengan entri kali ini. Sebenarnya perkara ini general untuk semua orang.

1 comments:

Mr Swat said... [Reply to comment]

oooo.... g ngan saper??? x nmpk pon.. ":{