Wednesday, December 26, 2012

Big Bad Wolf 2012, MIECC

Seperti yang tertera dekat title di atas, saya berkesempatan pergi ke Big Bad Wolf 2012 di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Big Bad Wolf ini berakhir pada 23 Disember 2012. Hari terakhir tersebut juga yang saya pergi. Kita selang cerita dulu tapi pada hari yang sama.

Tengah hari itu gerak pergi Bandar Bukit Mahkota sebab ada kenduri kecil-kecilan dekat rumah Pak Long Onn. Baru hari Sabtu petang sampai, esoknya dah keluar berjalan.
 
Yes, dengan berbaju kurung kitorang pergi Big Bad Wolf The Biggest Book Sale. Ayah hantar dekat tepi jalan seberang The Mines sebab tersalah masuk jalan. Sepatutnya masuk dekat The Mines 2 tu tapi disebabkan sesak ayah malas nak pusing balik. Jadi berjalan la tiga beradik ni lalu terowong bawah jalan. Ayah pula pergi hantar emak ke tempat kerja.


Sebelum masuk ke dalam book fair, bahagian luar dia ada tunjuk beberapa buah kereta Lamborghini. Bukan senang nak berdiri dekat dengan kereta mahal macam ni lagi-lagi orang yang sederhana macam saya. Uhuk uhuk...


Macam kereta superhero kegemaran saya iaitu Batman.

Jualan buku English berharga RM8 - RM30. Ada juga atas daripada itu tapi TIDAK MELEBIHI RM100. Semuanya UNDER RM100. Jadi rugi kalau lepaskan peluang macam ini. For sure seseorang yang menggilai buku dan gemar membaca kaan pergi sini. You can bring your own luggage, trolley or bag. Ada je yang bawa bagasi besar untuk isi buku-buku yang dia beli.

Suasana di dalam dan saya yang sibuk tengok buku.

Sebelah kanan pintu masuk buku berkaitan Fiction, Young Fiction, Non-Fiction, Novel, Graphic Novel and Children Book. Sebelah kiri pula ada buku Architecture, Interior Design, Travel, Magazine, Games, and others. Tak cukup masa berada dalam ini, patut datang pagi sampai malam baru puas belek-belek buku yang ada, mata ini kena laju melihat buku-buku yang ada sebab saya nak cari buku The Vampire Diaries. Ada makcik ni cari buku Twilight.

I like architecture because it's look amazing and awesome.
Tak dapat beli buku-buku tersebut. iSoSad :'(

Berada di dalam tu dari pukul 6 petang mungkin sampailah pukul 8 malam sebab dia tutup pukul 9 malam untuk hari terakhir. Sebelum nak pergi duduk untuk check buku yang diambil, terjumpa satu buku ini. Masa berdiri berhampiran buku tersebut tengok buku tu biasa je, apabila ada seorang lelaki ni berkata "Inilah buku yang aku cari selama ini." maka berlakulah conversation antara dia dan kawan dia lagi sorang. Kawan dia tanya "Kau ambil buku tu?" sebab nampak kawan dia masukkan buku tu dalam kotak.

So this is the book that i mention above.
"Man Up! 367 Classic Skills For The Modern Guy" by Paul O'Donnell

Apa yang ada dalam buku tu? Macam-macam skill ada dari yang senang sampailah skill kepada perempuan untuk lelaki-lekaki di luar sana. Cara pecah telur ada, memasak, tukar tayar kereta, cara ngorat perempuan, propose, and macam-macam lagi. Patutlah lelaki tersebut tercari-cari buku ini. Apa yang lagi menarik buku ini berharga RM8.00, sangatlah berbaloi dengan buku yang tebal ini. Buku ini memang tebal kalau tak ada book sale ini mungkin harga dia berpuluh-puluh ringgit.


Masa untuk check buku yang diambil sebelum bayar. Sebelum nak bayar tu check la buku tu kot kot la ada terkoyak ke rabak sana sini ke ada yang tak berkenan di hati keadaan fizikal dia. Dikelilingi buku tersangatlah best. Yang panjang berderet dekat belakang tu ialah kaunter pembayaran. Makcik dengan pakcik dekat belakang saya tu beli buku empat ke lima kotak ntah buku untuk anak-anak diorang. Banyak tak banyak. Hebat betul!

Akhirnya sudah sampai ke akhir entri. Nampak tak saya beli buku berkisahkan TITANIC dengan harga RM20, murahkan? Tebal pual tu cover dia pun keras. Buku The Vampire Diaries pun dapat satu buah je. Sodih tak sodih. Tapi dapat jimat beberapa ringgit untuk sebuah buku.



Design Your Self - RM10
Ripley Believe It Or Not - RM20
The Vampire Diaries - RM8

ADDITION :
Masa nak balik tu singgah Popilla sebab nampak masa datang tadi jadi fikir masa balik je beli. Saya punya beria nak makan taco. TAPI.... ada tapinya juga. POPILLA DEKAT THE MINES SERVICE DIA TERSANGATLAH LAMBAT.  Nak merasa ala-ala Mexican sikit tapi itulah kenyataan dia saya bertukar pergi beli Hot & Roll sebab saya nak cepat dan terdapat dua kotak buku kena angkat untuk dibawa. Yang bawanya kakak dan adik saya.


Red Bull untuk minuman tenaga di waktu pagi. Crispy Chicken and Cheese without garlic untuk makan malam. Ice Cream Local Fruit, Ice Room di Prima Gombak untuk dessert makan malam.

0 comments: