Thursday, December 6, 2012

Hello Semester 4!

Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk Semester 4. Gelak ketawa suka ria tak sedar sudah masuk 19 tahun. Sila percaya saya dah 19 tahun. Okay, dah tua dan tahun depan nak masuk 20 tahun. Dah takde dah belasan-belasan tahun selepas ni puluh-puluh pula.

Tinggal lagi dua semester lagi dekat UiTM Perlis ni. 3 Disember yang lepas dah start kelas. Minggu pertama ni kebanyakannya kelas takde sebab tu la boleh update blog ni. Lepas ni memang harapan la nak terupdate sendiri. Owh lagi satu, semester ni dapat bilik yang sama juga. Roomate pun sama daripada sem lepas. Lynda dah tiga semester dengan saya, Syikin pula dah dua semester, ex-roomate saya, Zaty dah dua semester dan tak lupa juga Zarith ex-roomate masa Sem 1. Empat semester juga bernasib baik dapat katil single. Best taw katil single ni, angin sentiasa dapat dan takde tragedi kepala terhantuk dengan katil atas ataupun tergolek jatuh dari katil atas ke bawah.

Walaupun bilik ni panas sebab menghadap matahari. Sekarang ni pun menaip dekat meja study sambil kena panahan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap. Mata pun dah terlebih kecik daripada biasa sebab silau. Kalau sidai baju ni gerenti sekejap je dah kering. Laptop ni pun dah terover terang nak bagi nampak screen dan hp kepanasan kena jemur atas meja. Bilik ni tingkat satu, sebelah surau, atas lobi, dekat dengan tangga jadi apa-apa pun sangatlah strategik cuma tandas je hujung dunia sana. Disebabkan tandas jauh sampaikan nak pergi tandas pun malas, bukan apa malas nak jalan sebenarnya. Dekat meja study ni boleh nampak kenderaan keluar masuk ke Dahlia. Okay best what. Malas nak naik ke bilik boleh jerit je dekat bawah, kalau tak pakai headphone ataupun sibuk dengar lagu ataupun tengok cerita bolehlah dengar jeritan tu.

Cuaca dekat Perlis ni bahang dan panas. Tak hujan macam dekat Selangor. Selangor panas pagi, tengah hari dan petang tu dah start hujan. Pergi kelas pun berpeluh-peluh macam marathon 50km. Muka pun dah naik ruam. Hajat nak update pasal pergi MAHA2012 hari tu. Nanti la.

Goodluck kepada kawan-kawan saya yang dah start kelas tu.
Semoga berjaya dunia dan akhirat.
Amin.

0 comments: