Monday, December 10, 2012

Pulau Pinang Saya Datang : PART 1 - Queensbay

Seperti yang telah diketahui dientri sebelum ini, saya bersama seorang roomate dan dua kawan dia pergi Pulau Pinang hari Ahad iaitu semalam.

Petang tu dalam bilik, saya dan roomate rasa bosan dan berfikir nak gerak keluar pergi tempat jauh. Bincang punya bincang sampailah satu ketika terfikir nak pergi Pulau Pinang disebabkan sekarang kan tengah sibuk diperkatakan pasal Pesta Pulau Pinang 2012 tu. Okay set terus telefon telefon kereta sewa.Malam tu bersiap semua barang yang patut dibawa ala-ala backpack holiday. Jalan keluar ke Gate B UiTM Perlis jalan menuju ke Anjung depan Matrikulasi Perlis tu. Makan dekat kedai situ tapi kedai bernama Anjung tu tak buka la kan.

Pukul 11 malam dapat sudah kereta sewa, selesai isi borang semua kitorang pun bergerak ke Pulau Pinang. Dipendekkan cerita, kitorang sesat ke Sintok masa nak masuk ke highway sebab terlepas simpang keluar ke Changlun. Sesat sampai lalu depan UUM dan terus ke jalan kecil dalam yang menghala ke Akademi Binaan rasanya. Seram takde orang pun lalu jalan tu dan gelap. Patah balik, telefon tanya jalan dan akhirnya jumpa pun Changlun.

Linda, Ida, Saya dan Amir
(Muka lega dah jumpa jalan keluar)

Selepas beberapa jam sampailah kitorang di jambatan Pulau Pinang. Saya dah ketiduran di belakang sambil beralaskan bantal kecil. Boleh dikatakan laju juga si Linda bawa kereta. Bangun bangun je dah masuk Penang. Diorang dekat depan sibuk berborak nasib ada headphone terus lena.


Disebabkan sampai nak pukul 2 pagi jadi Linda bawa pergi ke Queensbay. Orang mesti ingat "Kau pergi Queensbay buat apa? Mall dia kan dah tutup." Okay ini bukan pasal mall dia tapi nama tempat dia memang Queensbay. Queensbay Mall tu adalah pusat membeli-belah di Queensbay, Pulau Pinang. Takkan nak translatekan ke Bahasa Melayu kot Queensbay tu apa mungkin "Teluk Permaisuri" disebabkan dia terletak di bahagian teluk jadi nama dia pun Queensbay la. Bay dalam BM kan teluk.

Inilah di persisiran teluk berhadapan Pulau Jerejak.
Banyak sampah pula tu dekat tengah sana. Berderet-deret sambil mengalir ke laut.


Ada lori-lori jual makanan dan belilah yong tau fu untuk mengalas perut. Ramai juga yang datang lepak dekat sini malam-malam. Disebabkan dah lewat sangat, saya pun makin mengantuk dan mahu tidur. Jadi saya pun tidur la dekat seat belakang baring sambil beralaskan bantal kecil yang saya bawa. Okay nikmatnya dapat baring bertemankan Ida dekat depan. Bangun-bangun je dah pukul 4 lebih. Sunyi sepi dan lengang dekat luar. Diorang semua dekat luar baru sampai dekat kereta. Saya je yang tidur lebih. Maaf. Kalau dah tertidur tu memang payah la nak bangun balik, tunggulah sampai saya tersedar.

Maka pagi itu bergerak ke masjid yang agak-agak dekat iaitu Masjid Kapitan Keling. Tunggulah azan Subuh disitu sambil buat apa-apa yang patut.


Sudah pagi pukul 7 sementara menunggu si Amir tu pergi solat disebabkan dia tidur di dalam kereta. Kitorang sudah transform, baju pun dah tukar dan muka pun dah segar. Selepas ini destinasi kitorang ke Bukit Bendera pula, dah lama tak pergi sini dulu pun masa ntah tahun bila ntah. Masa tu masih guna kereta api yang lama sebelum yang terbaru ni ada. 


Inilah Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang.

Ini pula Gereja St. George, Pulau Pinang.

- to be continue -

Entri selepas ini :-
Pulau Pinang Aku Datang : Part 1, Part 2, Part 3

0 comments: