Sunday, December 16, 2012

Pulau Pinang Saya Datang : PART 2 - Bukit Bendera (Penang Hill)

Sambungan daripada entri Pulau Pinang Saya Datang : PART 1 di Queensbay.
Entri yang banyak gambar untuk pengetahuan semua. So enjoy yourself!


Kali ini kita nak bercerita pula trip ke Bukit Bendera. Masa dalam perjalanan ke sini tersalah masuk jalan sampai termasuk ke satu taman tempat berjogging dan ramai orang Cina dekat sini. Boleh dikatakan kawasan orang Cina. Tapi Alhamdulillah sampai juga akhirnya kitorang ke sini. Dalam pukul 8 lebih macam tu, tak ramai orang lagi. Tiket yang saya beli untuk dua hala bernilai RM4.00 dengan menunjukkan kad pelajar UiTM. Berguna okay kad pelajar jadi jangan lupa untuk bawa ke mana-mana sahaja untuk harga diskaun.

WE ARE HERE!!!!
(Terima kasih dekat sorang pakcik Cina tangkapkan gambar ni. Saya yang pergi minta dekat dia suruh tangkapkan)

Kurang sesak apabila datang diawal pagi. Beratur tak panjang. Jalan je dah sampai kaunter. Sejuk pun sejuk. Udara segar lagi. Duduk atas ni rasa macam boleh putih. Kekekekeke Berangan je. Lihatlah beberapa gambar pemandangan yang saya tangkap dari atas Bukit Bendera ini.


Seperti diketahui untuk naik ke atas naik tren ala-ala macam kat London tu tapi yang ni dia naik atas bukit. Syok wei!!!! Dulu gayat la juga sekarang dah hilanglah sikit gayat tu tapi masih ada lagi rasa gayat tu. Macam mana tu? Belit-belit pula ayat. Maaf. Ada orang duduk dekat lereng-lereng bukit ini. Mesti setiap malam dan pagi suasana dia sejuk lagi lembab sebab ada kabus. Suka!


Destinasi di atas Bukit Bendera (Penang Hill) :
1) Tea Kiosk
2) Pentas (Pavilion)
3) Masjid Bukit Bendera
4) Canopy Walk
5) Bel Retiro
6) Convalescent Bungalow
7) Fernhill Bungalow
8) Tiger Hill 
9) Western Hill

Tidak lupa juga ada tempat buat henna dekat tangan atau nama lain dia lukisan inai dekat tangan. Berdekatan tempat yang ada tulis BUKIT BENDERA tu ada tempat untuk teropong dan untuk pengetahuan anda teropong-teropong dekat sini sangatlah warna-warni. Tak percaya? Sila tengok gambar dekat bawah ni.

Comelkan budak ni.
Gambar empunya diri mesti ada untuk mencuba semua dekat sini.

Diorang datang tepat pada masa saya snap gambar ini.
Warna-warni kan? Comel je! Dah macam kepala robot pula.


Merujuk kepada gambar diatas, anda kena masukkan dua keping 50SEN ke dalam lubang yang disediakan untuk mengunakan teroping tersebut kalau tak anda akan nampak gelap je sebab lens dia tak buka. INGAT TAW SEDIAKAN DUA KEPING 50SEN.

Apalagi yang ada dekat atas Bukit Bendera ini? Mari kita sambung baca lagi. Ini sangat menarik sebab dia merupakan tempat yang baru.

Apa dia tempat yang baru dekat Bukit Bendera ni? Kalau yang dah selalu pergi mesti bukan baru tetapi bagi saya yang dah berkurun tak pergi ni nak anggap juga tempat ini sebagai baru.

WELCOME TO THE OWL MUSEUM!!!!
(Art & Craft Collections)
Duta The Owl Museum.

Buaian yang berbentuk bulat siap ada kepala burung hantu 
sangat menarik perhatian di tepi pintu masuk.

 CLIFF CAFE & THE OWL MUSEUM

Bayaran masuk ke The Owl Museum :
Dewasa - RM10
Warga Tua - RM5
Percuma bagi kanak-kanak berumur 12 tahun je bawah. 

Kami tak masuk pun The Owl Museum itu. Jadi untuk mengetahui apa yang ada di dalam tersebut sila baca di blog ini, http://anumsstory.blogspot.com/2012/12/the-owl-museum.html

Berdekatan dengan Cliff Cafe dan The Owl Museum ada replika kereta api lama. Tanpa membuang masa kitorang pergi tangkap gambar dekat situ. Perkara yang tidak boleh dilepaskan apabila sudah sampai di Bukit Bendera ini.


Lupa nama dia. Bungalow or rumah pengawal.

Masjid Bukit Bendera dan Rumah Tok Imam.

Thirumurugan Temple





 

Dan kabus pun menjelma. Tebal lagi tu berdasarkan gambar di atas. Lepas tu kitorang ambil keputusan untuk turun bawah. Penat nak jalan pergi Canopy Walk dan tersangatlah sejuk dekat atas tu dengan angin dia lagi. Apa pun tak nampak dari atas tu.


Sampai disini sahaja la entri kali ini. Destinasi seterusnya ialah ???? Jeng jeng jeng~
Ini merupakan tempat yang Lynda nak pergi sangat sebab dulu dia tak dapat pergi.

- to be continue -

Kepada yang terlepas entri sebelum ini :-
Pulau Pinang Aku Datang : Part 1

0 comments: