Tuesday, December 25, 2012

Pulau Pinang Saya Datang : PART 3 - Tokong Ular

Sambungan daripada entri Pulau Pinang Saya Datang : PART 2 - Bukit Bendera (Penang Hill)
Lama pula cerita ini. Sebelum masuk tidur, jadi tertaip la entri ini. Walaupun kena tidur sebab esok pagi (pagi nanti) nak pergi Cameron Highlands katanya. So, enjoy it.

Selepas pergi Bukit Bendera kitorang pergi ke Tokong Ular pula. Lalu Kampung Melayu rasanya nama tempat itu dan nak tahu apa yang saya jumpa? Tokong paling besar dan gah pernah saya jumpa dekat Malaysia ini. Tokong bukan kuil, kalau kuil paling besar dekat dengan rumah ni je iaitu Batu Caves.

Jadi, inilah tokong paling besar pernah ditemui. Gambar dari jauh tu gambar yang diambil di tempat parking kereta dekat kawasan perumahan selepas turun dari Bukit Bendera. Besarkan? Kalau tengok depan-depan mata lagi besar. Kalau dari jauh pun dah nampak inikan pula depan mata.

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Errkkk...tetiba terkeluar kata-kata hikmah. Rasa macam tak ada kaitan dengan cerita kita sekarang. Dalam perjalanan ke Tokong Ular rasanya tak terkira berapa kali kitorang sesat. Sesat sampailah terjumpa simpang nak pergi Balik Pulau. Masuk kawasan kampung tanya orang itu ini. Mesej orang nak tanya jalan tapi orang tu lambat pula balas. Akhirnya, sampai pun kitorang walaupun sekali terlepas sebab tempat dia belah kiri tapi kitorang belah kanan sambil pecut laju konon jauh lagi tempat tu.

SELAMAT DATANG KE TOKONG ULAR!
Kami ialah penyambut tetamu di situ. Menyambut anda dengan senyuman.

Jadi inilah tempat yang Cik Lynda kita nak pergi dari dulu. Apa yang istimewanya Tokong Ular ini? Kenapa nama dia Tokong Ular? Dekat sana ada papan informasi tentang Tokong Ular, saya ada baca tapi tak ingat mohon faham orang yang ingatan lemah macam ini. Saya panggil Tokong Ular tapi nama dia Kuil Ular. Macam mana tu? Tokong Ular dan Kuil Ular ialah benda dan tempat yang sama. Okay, mari kita godek Mr.Google jap bagi sesiapa yang tak kesempatan nak sampai Tokong Ular ini.

Ini arah depan Tokong Ular.
Naik tangga je akan nampak terus tokong ini.
Tokong Ular (Cina Ringkas: 蛇庙; pinyin: Shé Miào) terletak di Sungai Kluang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia dan kemungkinannya satu-satunya kuil sebegini di dunia. Kuil ini dipenuhi asap colok dan pelbagai ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka. Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke tokong itu secara sendirinya.
Tokong ini dibina sekitar 1850 bagi memperingati Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang berpindah ke Pulau Pinang. Chor Soo Kong dilahirkan dengan nama keluarga Tan di China semasa zaman Dinasti Sung (960-1279). Dia amat serius mengenai pencapaian kerohanian dan ditahbiskan pada usia muda. Legenda menyatakan bahawa Chor Soo Kong, yang juga merupakan pengubat, memberi perlindungan kepada ular di hutan. Apabila dia mati pada usia 65 tahun selepas sepanjang hayat berbakti, dia diberikan gelaran terhormat Chor Soo, bererti tokoh sejarah yang dihormati secara berterusan oleh generasi berikutnya. Selepas kuil ini disiapkan, ular muncul dengan sendirinya. Kuil Ular pada asalnya diberi nama "Tokong Awan Putih - Temple of the Azure Cloud" sebagai penghormatan kepada keindahan langit Pulau Pinang.
sumber : Wikipedia 
Sumber lain (for English) : Penang Snake Temple 

Jangan segan silu menekan untuk menambah ilmu pengetahuan am. Tekanlah link-link yang ada untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Tokong Ular ataupun nama lain dia Penang Snake Temple.


Dekat kiri dan kanan tangga sebelum tempat tokong ini, ada kedai-kedai jual cenderamata dan cenderahati. Cenderamata dan cenderahati tu bukan sama ke? Okay, mohon diabaikan. Ada sesi tangkap gambar bersama ular-ular yang ada dekat dalam tu. Dalam mana? Kena masuk tokong tu ke baru nampak ular tu? Boleh masuk ke? Kau masuk tokong ke Farhana? BUKAN BUKAN DAN BUKAN! Apa yang bukan? Okay, masa saya kata dekat kawan-kawan saya yang saya tengok ular dekat dalam tu, diorang tanya kat mana masuk. Saya kata dekat belah kanan tokong tu ada tempat masuk dia tapi bukan masuk ikut pintu masuk tokong itu.

Ini pintu masuk tokong. Depan pintu masuk tempat diorang bakar colok. 
Kiri kanan pintu masuk tu ada patung singa ke harimau ntah.
Dalam tu tempat diorang sembahyang.

Ini saya tangkap dari luar. Dekat belah kanan pintu masuk ini ada lagi satu pintu masuk dekat tempat nak tengok ular dan loceng besar. Kalau nampak signboard tandas tu, jadi pintu masuk dia sebelum jalan ke tandas. Ada apa dalam tu? Loceng besar, pokok yang ada ular dalam itu dan lagi satu saya tak tahu nama dia. Jadi kalau tunjuk gambar baru tahu rupa dia macam mana. Silalah tengok gambar di bawah.

Ini barang sejarah Tokong Ular.

Lagi satu nak beritahu kepada sesiapa yang berani dan ingin tangkap gambar dengan ular, dalam itu ada orang yang tangkapkan gambar. Lepas tangkap tunggu beberapa minit nanti dia cuci gambar anda dan anda boleh dapat gambar tersebut. BAYARAN DIKENAKAN : RM30 (2 KEPING), RM15 (1 KEPING). Maaf kalau ada tersalah harga sebab saya dah lupa. Kalau salah boleh la tegur dan inform. 

Saya tak tangkap gambar pun, tapi Aida tangkap gambar siap dua ekor ular lagi. Saya pegang kulit ular tu je. Kulit dia keras dan lembik dan rasa apa ntah lagi, tak dapat nak luahkan. Saya takut ular lagi-lagi kalau binatang yang membelit ini.


Sampai disini sahaja untuk entri kali ini. Apa yang penting, gambar tuan badan kena ada dalam entri. Hahahaha. Hasta Luego! 

- to be continue -

Kepada yang terlepas entri sebelum ini :-
Pulau Pinang Aku Datang : Part 1, Part 2

0 comments: