Sunday, December 9, 2012

Pulau Pinang Saya Datang!


Actually, dah balik daripada Pulau Pinang beberapa jam yang lepas apabila tuan blog sedang menaip entri ni. Dari Pulau Pinang ke Arau, Perlis mengambil masa selama 3 jam +-. Boleh balik KL tahu kalau dari P.Pinang tu tapi tak ikut kata nafsu semata-mata ni. Kelas lebih penting buat masa sekarang. Hajat dihati nak pi Pesta Penang 2012 tu.

Bertimbun pula entri nak kena buat. MAHA2012 yang lepas dengan bercuti-cuti Malaysia di Pulau Pinang. Walaupun esok kelas pukul10 pagi tapi... tapi... mata ni dah tak dapat nak tengok dengan betul. Besau kocik besau kocik jo ni nampak perkataan dokat screen laptop ni. Kepala otak pun dah suruh tuan dia pi rehat sana atas katil nun di kala cuaca malam yang sejuk baru lepas hujan.

Cerita dia semenjak berada di Arau sudah seminggu, baru hari ini dia nak turun hujan apabila malam dan sekejap. Jadi dipendekkan ceghita, marilah kita sama-sama pi tidoq. Penat baq hang berjalan ni, penat terasa apabila dah sampai bilik ataupun rumah. Tak caya? Kalau tak caya pi try g bercuti ke sesuatu tempat satu hari suntuk dari awal pagi sampai malam. Selepas tu cuba hang rasa diri hang tu penat ke tak penat.

Goodnight. See you again.

0 comments: