Monday, December 3, 2012

The Royale Bintang Ice Skating Rink

Masa cuti semester yang lepas pada 14 November, saya bersama Fara, Qamarina Qistina dan Asyiqin pergi main ice skating dekat The Royale Bintang Ice Skating Rink. Selama ini hanya tahu dekat Sunway Pyramid je. Adik pun ada cakap hari tu pasal tempat ni masa pergi IKEA tempoh hari.


Kepada sesiapa yang tidak tahu mana letaknya tempat ice skating ni, tempat ini terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Terdapat hotel baru di The Curve iaitu The Royale Bintang Hotel, pintu masuk ke ice skating rink ni bersebelahan dengan pintu masuk ke hotel. Ini ada gambar sebagai petunjuk.


Pintu masuk ke Ice Skating Rink tu disebelah kanan. 

Setelah masuk anda akan nampak decoration di dalam penuh dengan gambar penguin. Saya suka penguin sebab comel. Pinggu pinggu~ 


Masa saya datang tempoh hari ada Promotion School Holiday :
Before 12PM - RM25
After 12PM - RM30


Tempat ini tak sebesar dekat Sunway Pyramid tapi berdekatan la bagi saya yang duduk dekat Selayang ni untuk ke sana daripada nak pergi ke Sunway Pyramid untuk bermain ice skating. Masa saya pergi ni saya bawa sendiri glove dan stokin. Glove yang dibeli masa di Sunway Pyramid boleh diguna pakai balik. Beli pun mahal kan jadi kita boleh simpan untuk kegunaan di masa hadapan. Jangan risau pasal kemudahan yang disediakan.

Kemudahan yang disediakan :
1) Locker
2) Tandas
3) Tempat jual makanan
5) Patung penguin untuk ice skating (berbayar)
4) Kelas belajar ice skating


Tempat ini dikira tertutup daripada dekat Sunway Pyramid tu. Jadi yang nampak hanyalah orang dalam tempat ice skating tersebut sahaja. Tentang patung penguin itu memang nampak comel. Mengikut ketinggian saya yang dalam lingkungan 147-150cm bawah paras pinggul. Terlupa nak tangkap gambar tapi kena pergi sendiri tengok macam mana rupa dia. Anda boleh sewa dekat kaunter.


Muka excited nak main ber-iceskating

Kalau main ice skating tak jatuh tu memang tak sah bagi yang tak berapa pro ataupun bagi yang first time. Tengah syok-syok bermain boleh pula hampir terlanggar budak yang berada di tepi, untuk mengelak daripada terlanggar dia tiba-tiba jatuh. Nasib la masa tu nak balik dah. Dah biasa, yang paling teruk pernah kena masa dekat Sunway Pyramid ialah jatuh dan terhantuk kepala dekat ice rink tu. Sakit dia memang sakit sampai tak terkata. Keras woo~

Dengan bantuan cardigan  terpaksa tutup punggung yang kebasahan sebab jatuh dekat ice rink.

Selepas penat ber-ice skating selama 3jam, kitorang pergi makan dekat IKEA. Tujuan ke IKEA adalah pergi makan Meatball IKEA. Saya first time nak merasa sebab tu excited sikit. Jadi karnivor sekejap satu hari tu makan daging je.

LUNCH :
Meatball : 10 ketul - RM10
Ayam 2 ketul. (tak ingat harga)
Air mineral Spritzer 500ml - RM1.00

Disebabkan lalu depan Baskin Robbin dan semua nak makan aiskrim jadi singgah sekejap. Disebabkan hari tu hari Rabu dan Pink Day, maka ada special dia. Beli 1 scoop dengan harga RM7.50, free 1 scoop kalau pakai satu badan pink, beg, dompet dan etc (tak ingat).

p/s : Masa nak balik tu, kawan ternampak Enot dekat situ. Sakit punggung terasa selepas sehari, masa keluar dengan kawan-kawan dekat Sunway Pyramid keeseokan harinya baru terasa sakit dia. Terasa sampai ke tulang.

0 comments: