Wednesday, November 20, 2013

Mee Udang di Restoran Mee Udang Banjir, Kuala Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka kata,

Petang ke Menara Condong, Teluk Intan apabila malam menjelma semestinya juadah apa untuk makan malam. Jadi kakak cadangkan pergi ke Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni sebab pernah masuk rancangan 'Jalan-Jalan Cari Makan TV3'. Ke udara pada 26 Januari 2013 yang lalu, awal tahun dan pengacaranya ialah Iqram Dinzly. Kedai ni betul-betul tepi jalan.

Plat JJCM ni bukan hasil gambar dari saya.

Restoran ini juga ada jual otak-otak dan tapai pulut. Tapai pulut dia dibalut dalam daun pisang dan ada juga dibalut dengan daun getah rasanya mak cakap aritu. Saya suka makan tapai pulut dari kecil dan tapai pulut dekat situ sedap dan manis.


Semua makan mee udang kecuali saya dan adik. Semestinya saya tak makan sebabnya saya tidak suka makan juadah mee kuning ni. Segala jenis juadah mee kuning tak makan kecuali spagetti dan mee segera. Hahaha.

Inilah semangkuk Mee Udang Banjir Biasa yang dipenuhi dengan udang.
/Mee Udang Banjir Special ada telur dan udang lebih/


Entri ini pun dah nak sampai ke penghujungnya. Bagi peminat-peminat mee udang di luar sana bolehlah datang sini menikmati Mee Udang Banjir ini. Selain itu, restoran ini juga menyediakan makanan yang berasaskan udang selain Mee Udang Banjir iaitu Nasi Goreng Udang, Kueytiaw Udang dan pelbagai lagi jenis makanan yang berunsurkan udang segar. 

Location : 
BATU 3 1/2 JALAN RAJA MUSA, 
KG BUKIT BELIMBING,
45000 Kuala Selangor
(berhadapan Masjid Daerah Kuala Selangor)


"It is during our darkest moment that we must focus to see the light."
- Aristotle Onassis

Tuesday, November 19, 2013

Menara Condong, Teluk Intan, Perak (Leaning tower of Teluk Intan)

Assalamualaikum dan hai kepada semua,

Pada 2 Novermber 2013 (Sabtu) masa cuti Deepavali satu keluarga pergi ke Teluk Intan. Gerak pukul 9-10 pagi macam tu sebab ayah target pukul 12 tengah hari tu dah sampai ke simpang masuk ke Lumut. Sebabnya nak makan tengah hari dekat satu kedai makan ikan bakar tepi jalan dekat mana pun tak ingatlah. Tapi... ada tapinya jalan jem masa dekat highway so tak berkesempatan nak makan dekat kedai yang ayah cakapkan tu. Selepas makan tengah hari yang semestinya berasaskan nasi, sambung perjalanan ke Teluk Intan.

Inilah Menara Jam Condong, Teluk Intan.


Tangkap gambar dengan bangunan mestilah ada sebagai kenangan. Disebabkan hari cuti nak cari parking pun susah, jalan apatah lagi mestilah banyak kenderaan yang bergerak. Sebelum masuk tu, adalah kaunter untuk isi nama pelawat dekat buku.

Ini merupakan Ground Floor atau kata lain Tingkat Paling Bawah ataupun Tingkat 1. Dekat dinding tu ada gambar-gambar peristiwa dan pasal Menara Condong Teluk Intan ini. Dekat tengah-tengah ada lubang sebab kat bawah tu ada takungan air.


Inilah lubang takungan air kat bawah.

Tangga dia kecik je, muat sorang je lalu.

Tingkat dua ini bolehlah keluar tengok-tengok permandangan dari atas. Actually tingkat 3 boleh naik lagi tapi naik sekejap je sebabnya gayat. Huhuhuhu. 


Ini pula takal yang boleh turun naik. Betul ke namanya ntah. Ini dekat tingkat 3. Pintu tingkat 3 nak keluar ke luar tu berhadapan dengan dengan benda ni. Memang sempit la nak lalu tepi tu dan takut nak lalu sebab tak suka masa nak keluar masuk kena lalu tepi benda tu. Gayat gayat.


Puas dah jelajah dalam tu, tangkap gambar semua. Turun bawah jalan-jalan dekat sekeliling Menara Condong. Dekat dataran belakang Menara Condong ni ada khemah jual-jual benda, singgah lalu tengok sambil tunggu ayah dengan mak habis jalan-jalan.

For more information about Leaning Tower of Teluk Intan : Menara Condong Teluk Intan (Click Here)


Selain Menara Condong Teluk Intan ini, Teluk Intan juga terkenal dengan apa? Siapa tahu?




Dataran Udang Galah, Teluk Intan.

Jawapan sudah ada di dalam gambar di atas. Sampai di sini sahaja perjalanan ke Menara Condong. Untuk makan malam pula dimana? 

to be continue...

Wednesday, October 23, 2013

[CONCERT] 2013 Infinite (인피니트) 1st World Tour 'ONE GREAT STEP'

Assalamualaikum dan hai semua,
Pada hari Sabtu (19 Oktober 2013) yang lepas saya tidak melepaskan peluang pergi ke konsert INFINITE (인피니트) di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Untuk pertama kalinya INFINITE (인피니트) buat konsert di Malaysia, sabagai Inspirit ini peluang yang susah untuk didapati. Semenjak 2 tahun lebih berada di Perlis belajar, nasib baik konsert ini buat bulan Oktober sebab sudah cuti semester. 

My dreams come true.

Kalau boleh nak beli tiket VVIP, disebabkan terlambat beli tiket bahagian VVIP R3 atau L3 dah habis. Terpaksalah beli tiket VIP walaupun second floor tapi tak pe lah asalkan tengah. 

Disebabkan hari Sabtu tu hujan, gerak dari rumah pukul 5 naik KTM dan STAR LRT ke sana. Beratur dalam keadaan hujan nasib ada payung, pintu pula buka lambat. Habis basah kasut. Akhirnya lepas pun masuk dalam Stadium Negara tu.

View from my seat.


Sementara tunggu INFINITE keluar, MVs diorang ditayangkan dekat skrin kiri dan kanan. Selepas tu ada host lelaki daripada FlyFM rasanya sebagai pembuka acara.


Waktu ni baru teringat bawa kamera Samsung tu, barulah bila zoom gambar nampak jelas. Yela, kamera handphone murah je so tak jelas bila dizoom.

Pearl Metal Gold Ocean and MV Destiny Version A ditayangkan di skrin.

Tak lama lepas tu INFINITE keluar. Masa ni dah start menjerit2 semua. Hahaha. Semangat INSPIRIT. Security sangatlah strict sampaikan nak tangkap gambar pun curi-curi. Orang yang duduk dekat sebelah dengan belakang berapa kali kena tegur dengan diorang.


INFINITE gives teddy bear, paper crane w/autograph and paper aircraft w/autograph to fans


Akhirnya sudah sampai ke akhir masa. INFINITE bagi ucapan-ucapan terakhir dan ucapan terima kasih kepada fans. Walaupun sedih sebab dah nak habis tapi enjoy dan best sangat sangat sangat. Please come again to Malaysia, INFINITE! Ada lagi gambar masa diorang bow dekat fans tapi dekat dalam kamera dan Micro SD tak boleh buka dan copy gambar ke laptop. Sedih. :(

Farewell speech

Thanks to INFINITE for this concert! 
Again my dreams come true.
인피니트,대단히 감사합니다 - from Inspirit's Malaysia

131019 INFINITE ONE GREAT STEP IN MALAYSIA Timeline (Song List)

1. Destiny MV Ver. A
2. VCR Part 1
3. Destiny perf.
4. Tic Toc
5. Infinite's stripping silhouette
6. Paradise perf.
7. Talk Time - Introduce in Malay 
8. Wings perf.
9. Inception perf.
10. Talk Time - Hoya dance break, Namu and Sungjong become greasy =_=
11. Can U Smile perf.
12. Going To You perf.
13. VCR Part 2
14. YeolJong stage - 1/3 (DJ-ing) perf.
15. Infinite H - rapping I.N.F.I.N.I.T.E .....
16. Infinite H - Special Girl perf.
17. Inconvenient Truth MV
18. In The Summer perf.
19. I Like You perf. - throwing bear, paperplane and paper crane. selca time
20. Myungsoo stage - Love U Like U perf. - the bear fell down =_=
21. Woohyun stage - Beautiful perf. - propose Fans with flower, ring and hello kitty spectacle
22. Sunggyu stage - 60 Seconds perf.
23. Talk Time - Rapping I.N.F.I.N.I.T.E, Woohyun sing Special Girl and 60 Seconds, Dongwoo sing Beautiful
24. Special song - Rasa Sayang (Malaysian Folk Song) perf.
25. Mother perf. - Infinite's baby photo display on screen
26. I Miss You perf.
27. VCR Part 3
28. Nothing's Over perf.
29. Entrust perf. - Ribbons Project
30. Cover Girl perf.
31. Be Mine perf.
32. BTD perf.
33. Talk Time 
34. Man In Love perf.
35. The Chaser perf.
36. VCR Part 4
37. Come Back Again perf.
38. Hysterie perf.
39. Thanks To speech
40. With... perf - handbanners project

cr : Infinite-MY ( Malaysia First Infinite Fansite )

Monday, August 19, 2013

Malam Raya Aidilfitri 2013

Hi,

Raya kali ini raya di Kedah. Berbuka puasa hari terakhir di rumah tok dan wan di Kampung Tupai, Sik, Kedah. Ketupat palas dan lemang pun dibuat sendiri di rumah tok dan wan.


Dalam pukul 9 lebih macam tu, balik Sungai Petani sebab ayah nak pergi Dataran Sungai Petani. Malam raya mestilah ada jual-jual untuk sesiapa yang nak beli disaat-saat terakhir. Sesak dan ramai giler orang masa tu. Nak beli makanan sebab lapar pun ramai orang padahal dua kali tambah makan masa berbuka tadi.

Bukan selalu dapat tangkap gambar dekat tiang jam dekat tengah2 dataran tu.

Tepat jam 12 tengah malam mulalah bunyi bunga api, mercun dan segala keturunan dia keluar. 

Nampak firework dekat belakang tu dan juga menara jam di Dataran Sungai Petani.

Sampai je rumah dah pukul 1 pagi lebih. Sampai rumah melantak lagi sambil-sambil tengok tv dan gosok baju kurung. 


Sekian.

Balik Kedah Berhari Raya.

Hi,

Isnin sebelum hari raya saya sekeluarga kecuali kakak balik Sungai Petani, Kedah. Kakak balik lambat sehari sebab lain kenderaan. Haha. Tapi sebelum tu, segala kuih muih kenalah disiapkan dahulu.

Pagi Isnin tu juga siapkan Nestle Cornflakes Madu, buat benda ni sekejap je. Nasib baik Tat Nenas dah siap bungkus semua dan semua tempahan dah selesai. Separuh dibawa balik Kedah, yang separuh tinggal rumah untuk orang datang rumah beraya.

Sekali makan tat nenas pasti nak lagi.
Tak rasa, maka tak tahu kesedapannya.

Maka malam itu berangkatlah balik Sungai Petani dan rumah di Nakhoda ditutup untuk dua minggu. Hohohoho balik kampung... Hohoho balik kampung.


Selasa (6 Ogos 2013)

Masa berpuasa di UiTM Perlis asyik kempunan nak makan roti jala dengan kuah kari ayam. Akhirnya second last puasa dapat juga roti jala. Beli barang-barang keperluan dekat Tesco sebelah Village Mall, dekat sini terlabur pula duit beli baju sehelai dua helai. Haha.

Jeng jeng jeng... Roti jala dan kuah kari ayam in the process...
Jangan merendahkan kemampuan diri ini. :)

Berkali-kali tambah makan roti jala ni. Sedap nyum nyum nyum. Hasil separuh menu berbuka puasa pada hari tersebut : 

- Masak lemak ketam (tak nampak pula)
- Kuah kari ayam dan kentang
- Ayam bakar
- Roti jala

Bye.

Monday, August 5, 2013

[REVIEW] Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask from Cathyjoy.com

Hi,

Hari ini saya nak buat review berkaitan Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask daripada Cathyjoy.com. Actually dah dapat lama mask ni tapi disebabkan berada di Arau dan barang pula dihantar ke rumah di Selangor jadi baru sekarang dapat buat review ini. Terima kasih kepada Cathyjoy sebab memberi peluang untuk membuat review dan maaf sebab mengambil masa untuk buat review ini.

Nak dekat-dekat raya ni mestilah semua nak kelihatan lawa dan menarik. Bukan setakat hari raya sahaja, pada hari-hari biasa juga mestilah kita hendak menjaga kulit muka kita. Selain mencuci, pakai toner dan melembapkan muka anda kita perlu ada extra care untuk muka kita seperti skrub muka dan memakai mask. Sekali-sekala tempek mask kat muka, at least muka anda dapat dirawat setelah terdedah dengan keadaan sekeliling yang kotor ini.

Kini kita dapat menjimatkan masa dan duit minyak kalau korang semua nak beli barang-barang penjagaan kosmetik ini. Sekarang semuanya dihujung jari anda, hanya tinggal nak click je. Jangan risau untuk membeli belah di Cathyjoy.com ini kerana barang dia semua 100% genuine original dari Korea.

About Cathyjoy :
Cathyjoy.com is established on 2012. We provide wide range of skincare and beauty make up products in Malaysia at best discounted price. Our products are guaranteed to be 100% genuine originally from Korea and our packaging products are exactly the same you found at the departmental stores. We provide fast and efficient delivery upon confirmed order while ensure the right products are delivered to customer doorstep. Feel free to contact our customer service if you have any queries. Cathyjoy wish every customer happy shopping with long lasting pretty and joy for whole day long !
Inilah mask yang akan direview sebentar lagi.

Sebelum pakai mask, saya selalu sejukkan dahulu mask ni di dalam peti sejuk. Lepas dah sejuk baru buka tempek kat muka. Sebelum tempek tu kenalah cuci muka daripada segala kotoran supaya essence tu mudah menyerap ke dalam kulit. 

Selepas ditempek. Masa untuk rehatkan minda.

Baring dan tunggu selama dua minit, selama dua minit tu bolehlah tutup mata ke, layan Twitter dekat handphone ke, layan Youtube ke.

Selepas 20minit buka mask tersebut TAPI essence yang ada dekat muka tu jangan terus lap, ratakan dan massage muka anda supaya essence yang ada di muka tersebut menyerap ke muka anda. Rasa dia sangat sejuk dan segar, kulit rasa lembap dan lembut. Tiada lagi masalah liang roma yang besar. Gunalah mask 3 kali seminggu untuk kesan yang lagi maksimum. 

Taraaa~ Selesai sudah bermask.

Bagi sesiapa yang liang roma dekat muak dia besar-besar dan ada blackhead tu boleh la try Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask sebab dia boleh mengecilkan dan mengetatkan liang roma anda. Ini diperbuat daripada Black Charcoal Mask Sheet, can controls excessive sebum and purifies the skin while leaving it moisturised. Sebelum make up pun boleh pakai mask.

Skin Type: All Skin Type
Key Features / Benefits :
  • Ingredients: LS 8865, Zinc PCA, Sea Grape extract, Camellia Sinensis Callus Culture Extract
  • Use for: Tightening pores / Blackhead
  • Effect: Controls excessive sebum , purifies the skin while leaving it moisturized, tightens open pores make your skin tighten.
  • With the synergy of LS 8865 and High-Definition Pixel solution, this special Rx. provides excellent firming effect while tightening open pores.

Harga mask ini berjumlah RM 10.50 daripada jumlah asal RM 11.90. Anda boleh beli di sini Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask. Cathyjoy juga mengadakan promosi-promosi yang menarik di laman web mereka - Cathyjoy.com dan juga boleh lihat di Facebook mereka - Cathyjoy Collection-Korean Skincare and Makeup. Segalanya anda boleh lihat di sana.