Wednesday, February 13, 2013

New House at Bandar Puteri Jaya & Hill Park, Sungai Petani, Kedah

Hello semua!

Nampaknya berhabuk blog ni sebab dah lama tak update. Disebabkan tengah cuti seminggu sempena Chinese New Year jadi bolehlah update sekejap.

10 haribulan Februari yang lepas, mak dan ayah buat kenduri untuk rumah baru dekat Sungai Petani. Jadi cuti dekat Kedah dulu lepas tu baru balik Selangor.

Gambar tahun lepas punya. 

Ramai saudara datang, dah macam raya la pula. Dalam pukul 10-11 pagi ntah start bacaan doa dekat ruang tamu bawah. Selepas bacaan doa, tetamu dijemput makan dekat luar. Lauk-lauk semua Mak dan Mak Teh saya yang masak malam sebelum itu.

Udang Sambal, Masak Lemak Cili Api Daging Salai, Sayur Kacang Panjang, Ulam-ulaman, Smabal Belacan dan Sambal Belacan Tempoyak.

Dan minta maaf dekat Nadiah Muizz sebab tak dapat datang ke majlis perkahwinan abang dia dekat Dewan Seri Semarak pada hari yang sama. Tapi nanti kalau kau kahwin confirm aku datang dan kad jemputan mestilah bagi nanti. :D

Oh yeah, untuk pencuci mulut pula ialah agar-agar dan tapai. 
Tapai merupakan salah satu favourite saya. /Saya orang kampung/.

Agar-agar pula dibawa oleh Mak Ngah dan tapai pula Tok(nenek) saya yang buatkan. Sedap! Favourite dari kecil tahu. Tidak lupa juga buah limau mandarin sempena CNY ni. Tidak dilupa juga dua orang jiran Cina saya datang juga pada hari tersebut.

Saya, Kakak dan Adik

Sampai disini sahajalah update kali ini. Kekurangan idea sudah dan terima kasih kepada yang menghadirkan diri.

p/s : Daging salai yang dibakar malam sebelum di belakang rumah.

Sekian, terima kasih.

0 comments: