Saturday, June 15, 2013

Intersession's Life : Long Weekend

Akhirnya dapat pun update selepas menggunakan mobile internet Celcom ni, nak harapkan broadband Celcom apa pun tak gerak.

5 Mei 2013, masa cuti pilihan raya kitorang keluar pergi tengok wayang dekat Jitra Mall. Sehari sebelum lagi dah survey nak tengok cerita apa, yang bestnya ada filem hantu dari Thailand. Apa lagi macam menarik untuk ditonton dan jerit-jerit.

Jadi pada malam 5 Mei (Ahad) tu semua sepakat nak tengok cerita Long Weekend. Izzaty mula-mula tak nak tengok tapi kitorang suruh dia tengok juga. Haha. Izzaty juga la yang paling takut dalam tu siap mengucap2 lagi. Nasib dalam tu ada dalam 10 orang je.

Me, Amalina, Alya, Nurul, Izzaty

Synopsis Long Weekend (Thongsook 13) :
Thongsook is a shy, nerdy, childlike teenager who's always harassed and made fun of by his friends since he was a boy. Luckily Thongsook has a best friend in Nam, a girl who's grown up with him and looks after him whenever she can. When Thongsook and Nam enter college, they hang out with a new group of friends: Boy, Jack, Beam and Pui. As usual, these new friends enjoy making fun of Thongsook, a fate that the young man has to endure with hardly a protest. But one long weekend during school break, these bullies will experience something so terrifying that will forever change their idea about Thongsook. The whole gang take a trip to a deserted island in the middle of a lake but Thongsook is not invited despite Nam's insistence. However, once they arrive at the island, Thongsook shows up mysteriously. The pleasant vacation turns horribly wrong on the second night - it is Friday the 13th, known as The Night of the Devouring Ghosts.

 Trailer : 

Wednesday, June 5, 2013

Talking Tom Singing

Setahun yang dulu suka sangat main Talking Tom sebab comel. Siap record lagi Tom tu nyanyi. Nak dengar tak Tom nyanyi? Saya kasi dia nyanyi lagu Jepun dengan Korea. Lagu Melayu tak jumpa pula mana disimpan.


Intersession's Life : Prolog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada akhir bulan April hingga hujung bulan Mei (22 April 2013 - 27 Mei 2013) saya telah membuat intersesi di UiTM Arau, Perlis. Dekat mana lagi nak buat kalau bukan dekat Arau, barang memang dah ada dekat sana dan keadaan sekeliling pun dah tahu.

Dapat tinggal dekat kolej Beringin dengan bayaran RM100. Mula-mula dapat rumah no.1 lepas tu apa ntah masalah dia kena tukar sebab kata nak bagi orang luar duduk rumah nombor 1-16. Terpaksa la sebelum balik habis sem 4 tukar rumah no.25. Tapi lepas dah mula masuk tu, ada je orang duduk dekat rumah no. 1-16 tu. Duduk seramai 6 orang, 5 orang semua sama sem dari course CS110 iaitu Alya, Nurul, Zaty, Tyqa dan saya. Lagi sorang kakak dari course BM114.

That's my bed.
Panas berpeluh habaq hang tidoq kat bawah tu.

Terdapat dua bilik, setiap satu bilik ada dua katil double decker. Tandas dan bilik air asing-asing berada di dalam rumah. Ruang depan ada sebuah meja besar boleh la lepak makan, lepak tengok movie ramai-ramai dan letak pinggan mangkuk. Bahagian tepi meja berbentuk L untuk 8 orang isi rumah tersebut. Rumah paling terbaik bak kata makcik tu.

Nasib dekat depan ada satu kipas pusing besar atas meja belajar dan satu kipas kecik macam kipas dinding tu. Dekat bilik tidur semua terdapat kipas kecik dekat atas siling tu. Paling panas bilik dekat belakang, bahang. Nasib bilik saya sejuk sikit. Nak tahu kipas kecik tu macam mana?

Ini contohnya. Ini asalnya ditangkap di bilik dekat Kolej Dahlia 2.
sumber : My Instagram

Saya sebilik dengan Nurul dan Alya di bilik depan. Bilik belakang, Zaty, Tiqa dan Kak Farah. Panasnya bilik tu tak macam dekat Dahlia 2 dulu sebab dekat sana dapat katil single. Sekarang dah dapat merasa duduk katil bawah double decker tu memang tak best. Baru sekarang nak merasa syukur la dapat katil single tu. Bayangkan masa tidoq tu berpeluh macam ayaq teghejun, basah dia tak taw la macam mana nak habaq. Sanggup masa mata lelap tu bangun pergi tukar baju lain. Nampak kehebatan bahang dan panasnya.


Antara kekurangan duduk rumah ni :

1) Kena bangun awal. Lagi-lagi kesemua enam orang ada kelas pukul8 pagi. Memang beratur la tunggu giliran. Dah la bilik ayaq satu je. Jenuh la hari-hari macam ni. Paling last mandi pun akan siap dalam 7.30 lebih macam tu, Nurul la paling awal bangun pada pukul 6.30 pagi ke 6.15 pagi. Belum lagi 8 orang lagi. Tobat wei tobat. Bersyukur lagi sekali duduk Dahlia 2 yang ada bilik air banyak tu.

2) Dalam bilik air ada kolam kecik yang kosong yang lubangnya terbuka. Motif ada kolam tersebut? Untuk menternak nyamuk rasanya. Dah la masa mandi, air shower tu mestilah terpecik masuk dalam kolam tu. Sabaq je la setiap minggu nak kena bersihkan air dalam tu sebab ada berlambak jentik-jentik dalam tu. Kalau dekat Beringin tu banyak nyamuk inilah salah satu puncanya.

3) Takde cermin dalam bilik. Hahaha. Sebagai perempuan dan wanita cermin sangat penting. Pagi-pagi nak bersiap bagai kena keluar ke depan. Dah la dengan rabunnya memang jenuh nak ke depan tu, lepas tu kena bawa barang-barang penjagaan muka ke depan bagai. Belum kira lagi masa nak pakai mask hitam Shiseido tu lagi. Kena dekatkan muka dekat cermin tu baru nampak. Kena jalan lagi.

4) Tangki air flush tandas tu lambat masuk. Tekanan air kurang ke? Rasanyalah. Dahsyat wei kalau semua duk sakit perut nak buang hajat besaq dalam rumah tu. Harapkan satu tandas tu je. Sekali flush kena tunggu dalam 10-15 minit air penuh dalam tangki tu. Cuba semua pakat tak tahan, jenuh nak menahan tunggu sorang-sorang lepas tu kena gap masa bagi tangki penuh lepas flush. Nanti ada yang tak boleh flush tahi terapung-apung. Malangnya orang selepas tu yang nak guna la. Riuh rendah rumah disebabkan hal ini.

5) Suis berkembar sebelah menyebelah selalu tak boleh guna serentak. Kalau sebelah tu dah guna, sebelah tu memang tak berfungi. Kena cari suis berkembar yang lain. Kalau ada 8 suis, bersamaan 4 kembar suis, maka hanya 4 suis sahaja yang boleh digunakan antara dua suis sebelah menyebelah tu. Sabar je la.

Itu sahaja buat entri kali ini. Nantikan entri yang seterusnya. Kita sudahi dengan sekeping gambar.

Rakan seperjuangan.
sumber : My Instagram

UNIQLO SOGO KL, New Launch.

Hai semua,

Sebelum itu tempek dulu gamabar sendiri selepas dah lama tak update.



Untuk pengetahuan anda semua, UNIQLO telah membuka cawangan terbarunya di SOGO KL. Ini merupakan outlet yang ke-10 telah dibuka di Malaysia. 

Here’s an awesome deal available exclusively at KL Sogo from 31 May to 6 June, Men’s & Women’s AIRism innerwear at RM24.90 (U.P.: RM39.90) and the Women’s Ultra Stretch Jeans at RM129.90 (U.P.: RM169.90).

Also don’t miss out on our Men’s and Women’s UT collections available at only RM39.90 (U.P.: RM59.90) at all UNIQLO stores. See you at UNIQLO KL Sogo tomorrow!

Apalagi marilah beramai-ramai pergi ke UNIQLO yang terletak di Tingkat 3. Dekat Tingkat 3 juga terdapat counter Paul Frank dan beberapa jenama lain. Selamat membeli belah. Akhirnya ada terdapat UNIQLO yang dekat seperti UNIQLO KLCC sekarang UNIQLO SOGO pula.

Photo: Are you ready for our new store opening in KL Sogo tomorrow? 
 
Here’s an awesome deal available exclusively at KL Sogo from 31 May to 6 June, Men’s & Women’s AIRism innerwear at RM24.90 (U.P.: RM39.90) and the Women’s Ultra Stretch Jeans at RM129.90 (U.P.: RM169.90).
 
Also don’t miss out on our Men’s and Women’s UT collections available at only RM39.90 (U.P.: RM59.90) at all UNIQLO stores. See you at UNIQLO KL Sogo tomorrow!
sumber : Uniqlo Malaysia

Kami pergi masa hari pertama dibuka iaitu pada 31 May 2013. Selepas puas jelajah Tingkat 3 pergi makan dekat foodcourt atas, macam-macam ada. Sudah tu, mak pergi tengok tempat jual pinggan mangkuk, dan barang-barang rumah dan elektronik. Teman mak pergi jalan-jalan di BUSANA. 


Sekarang selongkar beg apa yang dibeli tadi... taraaaa~~~~


Bajet pun sikit, maka barangnya pun sikit. Lain kali boleh pergi lagi. Dekat pun dekat. Bukan selalu dapat keluar macam ni semenjak dah duduk Arau ni. Sebulan masa semester break buat intersesi, orang lain dapat cuti 3 minggu (sebelum dan selepas intersesi) je tapi kitorang 4 minggu (1 minggu pertengahan intersesi). 

Jumpa lagi di post akan datang.