Monday, August 19, 2013

Balik Kedah Berhari Raya.

Hi,

Isnin sebelum hari raya saya sekeluarga kecuali kakak balik Sungai Petani, Kedah. Kakak balik lambat sehari sebab lain kenderaan. Haha. Tapi sebelum tu, segala kuih muih kenalah disiapkan dahulu.

Pagi Isnin tu juga siapkan Nestle Cornflakes Madu, buat benda ni sekejap je. Nasib baik Tat Nenas dah siap bungkus semua dan semua tempahan dah selesai. Separuh dibawa balik Kedah, yang separuh tinggal rumah untuk orang datang rumah beraya.

Sekali makan tat nenas pasti nak lagi.
Tak rasa, maka tak tahu kesedapannya.

Maka malam itu berangkatlah balik Sungai Petani dan rumah di Nakhoda ditutup untuk dua minggu. Hohohoho balik kampung... Hohoho balik kampung.


Selasa (6 Ogos 2013)

Masa berpuasa di UiTM Perlis asyik kempunan nak makan roti jala dengan kuah kari ayam. Akhirnya second last puasa dapat juga roti jala. Beli barang-barang keperluan dekat Tesco sebelah Village Mall, dekat sini terlabur pula duit beli baju sehelai dua helai. Haha.

Jeng jeng jeng... Roti jala dan kuah kari ayam in the process...
Jangan merendahkan kemampuan diri ini. :)

Berkali-kali tambah makan roti jala ni. Sedap nyum nyum nyum. Hasil separuh menu berbuka puasa pada hari tersebut : 

- Masak lemak ketam (tak nampak pula)
- Kuah kari ayam dan kentang
- Ayam bakar
- Roti jala

Bye.

0 comments: