Monday, August 19, 2013

Malam Raya Aidilfitri 2013

Hi,

Raya kali ini raya di Kedah. Berbuka puasa hari terakhir di rumah tok dan wan di Kampung Tupai, Sik, Kedah. Ketupat palas dan lemang pun dibuat sendiri di rumah tok dan wan.


Dalam pukul 9 lebih macam tu, balik Sungai Petani sebab ayah nak pergi Dataran Sungai Petani. Malam raya mestilah ada jual-jual untuk sesiapa yang nak beli disaat-saat terakhir. Sesak dan ramai giler orang masa tu. Nak beli makanan sebab lapar pun ramai orang padahal dua kali tambah makan masa berbuka tadi.

Bukan selalu dapat tangkap gambar dekat tiang jam dekat tengah2 dataran tu.

Tepat jam 12 tengah malam mulalah bunyi bunga api, mercun dan segala keturunan dia keluar. 

Nampak firework dekat belakang tu dan juga menara jam di Dataran Sungai Petani.

Sampai je rumah dah pukul 1 pagi lebih. Sampai rumah melantak lagi sambil-sambil tengok tv dan gosok baju kurung. 


Sekian.

0 comments: