Monday, August 5, 2013

[REVIEW] Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask from Cathyjoy.com

Hi,

Hari ini saya nak buat review berkaitan Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask daripada Cathyjoy.com. Actually dah dapat lama mask ni tapi disebabkan berada di Arau dan barang pula dihantar ke rumah di Selangor jadi baru sekarang dapat buat review ini. Terima kasih kepada Cathyjoy sebab memberi peluang untuk membuat review dan maaf sebab mengambil masa untuk buat review ini.

Nak dekat-dekat raya ni mestilah semua nak kelihatan lawa dan menarik. Bukan setakat hari raya sahaja, pada hari-hari biasa juga mestilah kita hendak menjaga kulit muka kita. Selain mencuci, pakai toner dan melembapkan muka anda kita perlu ada extra care untuk muka kita seperti skrub muka dan memakai mask. Sekali-sekala tempek mask kat muka, at least muka anda dapat dirawat setelah terdedah dengan keadaan sekeliling yang kotor ini.

Kini kita dapat menjimatkan masa dan duit minyak kalau korang semua nak beli barang-barang penjagaan kosmetik ini. Sekarang semuanya dihujung jari anda, hanya tinggal nak click je. Jangan risau untuk membeli belah di Cathyjoy.com ini kerana barang dia semua 100% genuine original dari Korea.

About Cathyjoy :
Cathyjoy.com is established on 2012. We provide wide range of skincare and beauty make up products in Malaysia at best discounted price. Our products are guaranteed to be 100% genuine originally from Korea and our packaging products are exactly the same you found at the departmental stores. We provide fast and efficient delivery upon confirmed order while ensure the right products are delivered to customer doorstep. Feel free to contact our customer service if you have any queries. Cathyjoy wish every customer happy shopping with long lasting pretty and joy for whole day long !
Inilah mask yang akan direview sebentar lagi.

Sebelum pakai mask, saya selalu sejukkan dahulu mask ni di dalam peti sejuk. Lepas dah sejuk baru buka tempek kat muka. Sebelum tempek tu kenalah cuci muka daripada segala kotoran supaya essence tu mudah menyerap ke dalam kulit. 

Selepas ditempek. Masa untuk rehatkan minda.

Baring dan tunggu selama dua minit, selama dua minit tu bolehlah tutup mata ke, layan Twitter dekat handphone ke, layan Youtube ke.

Selepas 20minit buka mask tersebut TAPI essence yang ada dekat muka tu jangan terus lap, ratakan dan massage muka anda supaya essence yang ada di muka tersebut menyerap ke muka anda. Rasa dia sangat sejuk dan segar, kulit rasa lembap dan lembut. Tiada lagi masalah liang roma yang besar. Gunalah mask 3 kali seminggu untuk kesan yang lagi maksimum. 

Taraaa~ Selesai sudah bermask.

Bagi sesiapa yang liang roma dekat muak dia besar-besar dan ada blackhead tu boleh la try Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask sebab dia boleh mengecilkan dan mengetatkan liang roma anda. Ini diperbuat daripada Black Charcoal Mask Sheet, can controls excessive sebum and purifies the skin while leaving it moisturised. Sebelum make up pun boleh pakai mask.

Skin Type: All Skin Type
Key Features / Benefits :
  • Ingredients: LS 8865, Zinc PCA, Sea Grape extract, Camellia Sinensis Callus Culture Extract
  • Use for: Tightening pores / Blackhead
  • Effect: Controls excessive sebum , purifies the skin while leaving it moisturized, tightens open pores make your skin tighten.
  • With the synergy of LS 8865 and High-Definition Pixel solution, this special Rx. provides excellent firming effect while tightening open pores.

Harga mask ini berjumlah RM 10.50 daripada jumlah asal RM 11.90. Anda boleh beli di sini Beauty Clinic MEDIHEAL H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask. Cathyjoy juga mengadakan promosi-promosi yang menarik di laman web mereka - Cathyjoy.com dan juga boleh lihat di Facebook mereka - Cathyjoy Collection-Korean Skincare and Makeup. Segalanya anda boleh lihat di sana. 

0 comments: