Wednesday, November 20, 2013

Mee Udang di Restoran Mee Udang Banjir, Kuala Selangor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka kata,

Petang ke Menara Condong, Teluk Intan apabila malam menjelma semestinya juadah apa untuk makan malam. Jadi kakak cadangkan pergi ke Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni sebab pernah masuk rancangan 'Jalan-Jalan Cari Makan TV3'. Ke udara pada 26 Januari 2013 yang lalu, awal tahun dan pengacaranya ialah Iqram Dinzly. Kedai ni betul-betul tepi jalan.

Plat JJCM ni bukan hasil gambar dari saya.

Restoran ini juga ada jual otak-otak dan tapai pulut. Tapai pulut dia dibalut dalam daun pisang dan ada juga dibalut dengan daun getah rasanya mak cakap aritu. Saya suka makan tapai pulut dari kecil dan tapai pulut dekat situ sedap dan manis.


Semua makan mee udang kecuali saya dan adik. Semestinya saya tak makan sebabnya saya tidak suka makan juadah mee kuning ni. Segala jenis juadah mee kuning tak makan kecuali spagetti dan mee segera. Hahaha.

Inilah semangkuk Mee Udang Banjir Biasa yang dipenuhi dengan udang.
/Mee Udang Banjir Special ada telur dan udang lebih/


Entri ini pun dah nak sampai ke penghujungnya. Bagi peminat-peminat mee udang di luar sana bolehlah datang sini menikmati Mee Udang Banjir ini. Selain itu, restoran ini juga menyediakan makanan yang berasaskan udang selain Mee Udang Banjir iaitu Nasi Goreng Udang, Kueytiaw Udang dan pelbagai lagi jenis makanan yang berunsurkan udang segar. 

Location : 
BATU 3 1/2 JALAN RAJA MUSA, 
KG BUKIT BELIMBING,
45000 Kuala Selangor
(berhadapan Masjid Daerah Kuala Selangor)


"It is during our darkest moment that we must focus to see the light."
- Aristotle Onassis

0 comments: