Tuesday, November 19, 2013

Menara Condong, Teluk Intan, Perak (Leaning tower of Teluk Intan)

Assalamualaikum dan hai kepada semua,

Pada 2 Novermber 2013 (Sabtu) masa cuti Deepavali satu keluarga pergi ke Teluk Intan. Gerak pukul 9-10 pagi macam tu sebab ayah target pukul 12 tengah hari tu dah sampai ke simpang masuk ke Lumut. Sebabnya nak makan tengah hari dekat satu kedai makan ikan bakar tepi jalan dekat mana pun tak ingatlah. Tapi... ada tapinya jalan jem masa dekat highway so tak berkesempatan nak makan dekat kedai yang ayah cakapkan tu. Selepas makan tengah hari yang semestinya berasaskan nasi, sambung perjalanan ke Teluk Intan.

Inilah Menara Jam Condong, Teluk Intan.


Tangkap gambar dengan bangunan mestilah ada sebagai kenangan. Disebabkan hari cuti nak cari parking pun susah, jalan apatah lagi mestilah banyak kenderaan yang bergerak. Sebelum masuk tu, adalah kaunter untuk isi nama pelawat dekat buku.

Ini merupakan Ground Floor atau kata lain Tingkat Paling Bawah ataupun Tingkat 1. Dekat dinding tu ada gambar-gambar peristiwa dan pasal Menara Condong Teluk Intan ini. Dekat tengah-tengah ada lubang sebab kat bawah tu ada takungan air.


Inilah lubang takungan air kat bawah.

Tangga dia kecik je, muat sorang je lalu.

Tingkat dua ini bolehlah keluar tengok-tengok permandangan dari atas. Actually tingkat 3 boleh naik lagi tapi naik sekejap je sebabnya gayat. Huhuhuhu. 


Ini pula takal yang boleh turun naik. Betul ke namanya ntah. Ini dekat tingkat 3. Pintu tingkat 3 nak keluar ke luar tu berhadapan dengan dengan benda ni. Memang sempit la nak lalu tepi tu dan takut nak lalu sebab tak suka masa nak keluar masuk kena lalu tepi benda tu. Gayat gayat.


Puas dah jelajah dalam tu, tangkap gambar semua. Turun bawah jalan-jalan dekat sekeliling Menara Condong. Dekat dataran belakang Menara Condong ni ada khemah jual-jual benda, singgah lalu tengok sambil tunggu ayah dengan mak habis jalan-jalan.

For more information about Leaning Tower of Teluk Intan : Menara Condong Teluk Intan (Click Here)


Selain Menara Condong Teluk Intan ini, Teluk Intan juga terkenal dengan apa? Siapa tahu?




Dataran Udang Galah, Teluk Intan.

Jawapan sudah ada di dalam gambar di atas. Sampai di sini sahaja perjalanan ke Menara Condong. Untuk makan malam pula dimana? 

to be continue...

0 comments: