Monday, August 18, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 4 (Part 2 : 아이러브신당동(I Love Sindang-dong), Sindang-dong & Dongdaemun)

Continue from Day 4 (Part 1)

Kitorang berempat gerak dari Myeongdong naik subway ke Sindang-dong untuk jumpa kawan Naz dekat sana. Memang sepanjang duduk sana kitorang loyal dekat subway, bas tak pernah naik lagi.

Sindang-dong's Tteokbokki Alley

Sindang-dong's Tteokbokki Alley
Pic from : visitseoul.net

Sindang-dong terkenal dengan tteokbokki diorang jadi jangan lupa pergi makan dekat sana. Click link above for more information about Sindang-dong and restaurants at there.

I Love Sindang-dong (아이러브신당동)

Restoran yang kawan Naz bawakkan ni merupakan restoran tteokbokki yang terkenal dekat sana sampaikan artis-artis Korea pernah makan dekat sini. Tak percaya? Gambar sahaja boleh memberitahukan semuanya. Bagi yang Islam, boleh makan dekat sini tapi dumpling tu boleh pilih filling cheese ataupun sayur dan cakap tak nak ada daging. Senang cerita cakap vegetarian je.

Siap ada autograf lagi.

Hari itu ramai juga orang makan dekat situ walaupun tak crowded sangat. Kitorang duduk dekat depan berdekatan stage dan kaunter pekerja dia buat air rasanya. Air kosong sejuk akan diberikan kepada customer sebaik sahaja customer dah duduk, percuma sahaja. Kalau nak makan rabbokki dengan air kosong pun dah boleh jimat. Minum je air kosong sejuk tu banyak-banyak kali.

Motif ambil gambar di saja-saja nak candidi tetiba ada pula waiter laki yang menarik perhatian dekat belakang sebab dia yang ambilkan order tadi.

Kawan Naz yang tolong orderkan sebab diorang belajar dekat sini.
"Hello waiter, woot woot." Memang tengok je waiter ni masa ambil order.
*muka Naz terpaksa diblurkan atas sebab2 tertentu*

Sementara tunggu makanan sampai berselfie-selfie dan tangkap gambar dan berborak-borak semua. Lepas tu kawan Naz kata muka waiter tu bagi orang sana biasa-biasa saja. Mungkin kalau muka yang cute dan handsome semua macam Kim Soo Hyun. Lee Min Ho, Ahn Jae Hyun kot. Diorang cerita pasal belajar dekat University S. Apa yang lagi terpegun ialah pelajar sana buat matematik semuanya pakai congak je tak guna kalkulator walaupun soalan tu ada sqaure root semua. :O

Rabbokki.
Semua inti cheese.


Sambil makan sambil ada persembahan daripada musician. Bukan boy groups or girl groups okay tapi musician. Dia main gitar sambil nyanyi memang sedap sampai menjilat garfu.


Kenyang giler habaq hang sampaikan perut pun dah kedepan. Oleh itu marilah kita bayar dan beransur pulang. Sebelum itu, tangkap gambar jangan dilupakan bukan senang nak sampai sini. Memerlukan kudrat penat lelah untuk kumpul duit.

Hyun Bin dan Moon Geun Young (kot bawah tu) pun pernah makan sini.

Yoo Jae Suk pun pernah makan sini.


Apabila dah sampai luar jalan nak balik, kawan Naz kata jomlah makan benda-benda ringan macam pencuci mulut. Makan? Okay jom. Takpe saya ada perut kedua. Kebetulan pula ada accident apa ntah la dekat tepi jalan. Ahjumma ke halmeoni ntah bergaduh dengan seorang ahjussi ni. Bapak gerun tengok ahjumma tu gaduh siap bawa kayu ke besi ntah sambil mulut marah-marah mencarut kuat-kuat semua dekat ahjussi tu. Memang garang betul ahjumma tu, semua orang tengok.

Red Mango (레드 망고), Sindang-dong

Kedai dia sebelum pintu gerbang Sindang-dong Tteokbokki Alley. Betul-betul dekat persimpangan jalan. First time ni nak try Low-Fat Yogurt Ice Cream dekat Korea ni. Dah la malam tu sejuk lepas tu nak makan yogurt pula tapi kawan Naz dah biasa dengan cuaca sana siap kata malam tu panas.

Sementara tunggu kawan Naz order makanan, marilah bergambar.
*not our seat*

Sebab lukisan tu lawa dan tempat duduk tu la berdua je jadi tumpang duduk tempat siapa ntah dia letak beg dekat situ tapi orangnya takde. 

Interior inside this restaurant.

Homemade waffle, homemade yogurt, homemade chocolate scone (forgot the name)
*urrghhh terliur sudah, rasa nak makan pula*

Us.

Terima kasih kepada kawan Naz sebab belanja makan ni. :D

Last but not least, nak letak juga gambar dekat tepi lukisan tu sebab lawa.

Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Sindang-dong. Semoga kita akan bertemu lagi di masa akan datang.

I'm already here!

Lepas tu kitorang nak pergi Dongdaemun. Kawan Naz tak ikut sekali sebab rumah diorang dekat tempat lain. Naik subway sesama sampai satu tempat pertukaran kitorang berpisah. Terima kasih sebab bawa kitorang pergi tempat makan yang sedap.

Dongdaemun Night Market

Dongdaemun Market
dongdaemun03dongdaemun05

Destinasi terakhir kitorang ialah Dongdaemun. Nak tengok suasana Dongdaemun di malam hari. Naik subway keluar-keluar je dari exit subway nampak bangunan semuanya berderet berlampu semua. Toleh toleh kiri kanan ternampak pula Dongdaemun Gate seberang jalan. Sah betullah kita ada dekat Dongdaemun ni. 

Dongdaemun Gate (Heunginjimun Gate) (동대문 - 흥인지문)
East Main Gate.
Pic from : Google Image

Banyak shopping mall untuk membeli-belah, bangunan untuk wholesale pun sepanjang jalan. Memang penuh dan meriah la Dongdaemun di malam hari. Nampak Doota Shopping Mall tapi disebabkan dah malam malas pula nak ajak diorang masuk. Takut nanti terlepas subway, dah la kalau nak ambil teksi takut mahal pula nak cakap bahasa Korea memang tak tahu la. Jadi kitorang jalan-jalan dekat luar saja.


Nak apa dekat sini? Beg? Baju? Kasut? Cermin mata? Dompet? Semuanya ada. Stokin pun ada berlambak dekat sini.

Kitorang dekat Dongdaemun pun sekejap je dalam sejam juga lah sebab ambil subway terakhir. Memang penat habaq hang jalan dekat sini, Besarnya kemain. Habis makanan yang makan tadi terbakar kalorinya. Sampai Dongguk University Station, dalam perjalanan balik tu singgah 'WITH ME' convenience store dah alang-alang one way ke guesthouse. First time pula jumpa convenience store With Me ni. Masuk sebab nak beli telur, cakap dengan ahjussi tu guna isyarat tangan bahasa badan semua nasib dia faham selepas beberapa kali dia tunjuk benda lain. Telur ayam dekat bawah bahagian susu je pun. Hahahahaha. 

Go Korea Guesthouse ni tidur dekat lantai, yang seronoknya sebab boleh merasa baring atas floor heater lepas tu kat atas ada aircond. Aircond pasang pun 25 je sebab sejuk dia kemain lepas tu floor heater pasang berapa tak tahu esoknya bangun rasa belakang badan berpeluh basah je. Bangun-bangun rasa dekat toto tu panasnya tempat aku baring ni tapi takdelah panas sangat suam-suam gitu. Semua macam tu, hambik kau berpeluh semua belakang atas rasa sejuk je berselimut belakang badan basah. 

Sepanjang balik waktu malam dekat Korea ni tak pernah jumpa anjing liar satu pun yang ada hanyalah kucing, orang mabuk tu takde pula jumpa cuma dekat Hongdae pernah sekali siap dia muntah-muntah lagi tapi boleh lagi jalan yang penting tak pergi dekat dia. Masih ada lagi orang yang balik masa tu walaupun dah sunyi sepi. Rasa selamat gitu~~~

To be continued...

Friday, July 25, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 4 (Part 1 : Namdaemun Market & Go Korea Guesthouse, Dongdaemun)

30 April 2014

Pagi terakhir di Hongdae dan masa untuk berpindah ke guesthouse di Dongdaemun. Hari keempat yang sangat cerah lagi menggembirakan sebab dah matahari keluar daripada lindungan awan selepas beberapa hari hujan. Akhirnya bilik dapat pancaran matahari yang masuk ke dalam.


Pagi tu kitorang berempat packing siap-siap bagasi dan barang semua letak dekat bawah sebab nanti ayah dan mak Mira akan bawa barang-barang tu pergi ke guesthouse seterusnya menaiki teksi. Dah selesai semua sempat lagi tinggalkan mesej dekat board Hostel KW Pencil, Hongdae guna marker yang disediakan. 

Last selfie dihadapan hostel.

Selamat tinggal dan terima kasih dengan service yang disediakan. 

Hari terakhir berjalan di lorong kawasan perumahan di Hongdae.
P/S : Yang penting tiada anjing liar berkeliaran disini tak kira pagi ataupun tengah malam.

Destinasi seterusnya ialah shopping di Namdaemun Market di awal pagi sebab Namdaemun Market alang-alang dah dalam perjalanan kitorang ke Dongdaemun menaiki subway. Sesampai sahaja di Namdaemun Market walaupun masih pagi tapi sudah ramai orang dekat sini. Semua berpusu-pusu membeli belah dan mulalah rambang mata nampak kasut dan beg yang lawa-lawa.


Dekat sini kalau nak beli cenderahati untuk dibawa pulang boleh didapati disini. Nak tawar menawar kenalah pandai dan jangan tawar dahulu kalau tak nak beli barang tu betul-betul. Tanya harga je lepas dah tahu harga blah cepat-cepat jalan ke kedai lain. Kedai Nature Republic ada juga dekat sini, kedai dia dekat tepi antara 3 simpang jalan. Sampai dekat luar kedai barang-barang dia dijual dengan harga yang murah.

Disebabkan duit dah siap-siap bajet untuk kegunaan apa, t-shirt semua beli dekat sini dan terbeli dua pasang kasut juga. Hahahahaha. Peniaga-peniaga sini sesetengah boleh cakap bahasa Indonesia dan agak-agak kalau korang buat lawak dalam bahasa Malaysia yang bunyi tak baku sikit diorang tak faham. Ada satu kedai pakcik ni kitorang masuk beli cenderahati, dia cam kitorang dari Malaysia lepas tu dia cerita la dia dah lama duduk Indonesia dan balik Korea buka kedai berniaga. Agak lama jugalah dekat kedai uncle tu sambil borak-borak dan tawar menawar. Ada kadang-kadang kitorang melawak pun uncle tu tak respond pape dan dia buat kerja dia. Hahaha.

Masa waktu makan tengah hari diorang, peniaga-peniaga ini hanya duduk dekat kedai diorang je jaga kedai. Nanti ada imo dari kedai makan hantar dulang makanan dekat kedai dan lauk diorang semua sama siap satu set lagi. Kiranya nanti tuan kedai akan bayar dekat kedai makan tu la agaknya. Senang bukan tak payah tutup tutup kedai dan tolong antara satu sama lain.

 Sungnyemun Gate (Namdaemun Gate) (숭례문)

Dalam perjalanan ke Starbuck Cafe.

Kedai-kedai di Namdaemun Market.

Bagi penggemar-penggemar aksesori cincin, subang, gelang, pin tudung, brooch tudung, rantai dll. kalau nak beli borong bolehlah beli dekat bangunan yang berwarna hijau. Dekat dalam tu berlambak kedai-kedai kecil jual barang-barang tersebut. Kedai diorang ada nombor dan rapat antara satu sama lain. Terdapat 3 tingkat kalau tak silap dan banyak pintu masuk siap bernombor lagi pintu masuk dia. Subang, cincin, gelang, rantai dll. yang terdapat dalam K-Drama pun ada jual kat sini. BANGUNAN WARNA HIJAU YANG BESAR TU OKAY.

EXTRA INFORMATION/TIPS :
- Untuk mendapatkan voucher discount semasa anda berada di Korea dan juga voucher diskaun ke Lotte World boleh didapati di Information Centre di tengah-tengah Namdaemun Market.
- Mana nak jumpa Information Centre tu? Dia berada di tengah-tengah antara simpang empat kalau tak silap. Ada rak majalah voucher dekat luar dia. Kalau mata anda tajam anda akan jumpa. Ini pun hanis yang jumpa voucher tiket masuk Lotte World.
- Information Centre dia ada tanda seru warna biru dekat situ. Goodluck!


Selepas penat berjalan sampai lapar sebab dah masuk pukul 1 petang, kitorang pun beransur pulang ke guesthouse baru. Disebabkan laluan subway pun dah baru, sampai pintu exit pun dua tiga kali keluar masuk padahal tempat yang sama.

Turun dekat Dongkuk University Station. Wink wink wink pelajar-pelajar university~~~

That's my second guesthouse.
Ada 4 tingkat. Ada parking kereta. Ada tempat duduk-duduk dekat belakang. Ada ampaian setiap tingkat.
Bilik dekat tingkat empat (atas sekali), naik guna tangga tiada lif.

Sampai bilik semua beg kitorang dah ada dalam bilik. Ayah Mira dengan abang guesthouse tu tolong angkatkan beg kitorang yang berat tu. Huhuhu. Maaf. Actually bilik tu untuk tiga orang sahaja, tapi disebabkan kitorang ni 4 orang kawan jadi 4 orang la duduk dalam bilik tu. Mak dengan ayah Mira duduk berdua dekat bilik sebelah. Besar siap ada TV, aircond, sinki, tempat masak, peti ais, almari besar pula tu, dan tidur atas lantai yang berheater. 

Dah siap sembahyang semua, barang yang dibeli tadi pun dah siap belek semua siap cuba pakai kasut yang baru beli lagi. Perut dah kenyang diisi dengan makanan yang mak Mira masakkan. Dekat dalam bilik tu memang sudah disediakan periuk, senduk, pinggan dan cawan semua TAPI kalau orang Islam dia kasi pinggan, periuk, senduk yang khas punya jadi tiada masalah untuk tinggal disini. Nasib la mak Mira bagitahu yang pinggan lain disediakan untuk makan kalau tak memang pinggang yang kat atas rak tu ambil untuk makan nasi.


Kawasan yang mendamaikan dengan deretan pokok ditepi jalan walaupun panas tapi ada pokok yang boleh meredupkan kawasan. Ada convenient store ditepi jalan dalam perjalanan balik ke guesthouse dan banana uyu lagi~~~~~ 


Bukan pelanconglah kalau asyik duduk dalam bilik je. Kitorang seterusnya pergi Myeongdong untuk kali keberapa pun tak ingat la untuk shopping lagi sebab sorang tu nak pergi The SAEM sebab dia punya model G-Dragon. Malamnya pula nak pergi makan Tteokbokki di restoran 'I LOVE SINDANG-DONG (아이러브신당동)' yang terkenal dengan artis-artis makan kat sana bersama kawan Naz yang belajar dekat sini. Yoo Jae Suk, Hyun Bin dan ramai lagi artis pun pernah makan dekat situ.

Saturday, June 21, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 3 (Part 2 : Itaewon (이태원))

Continue from Day 3 (Part 1)

Setelah penat berjalan di Nami Island kami terus bertolak ke Itaweon untuk makan malam dan sembahyang di Seoul Central Mosque, Itaewon. Kelaur sahaja daripada exit subway nampak pelbagai bangsa dan foreigner dekat sini. Lagi banyak dari tempat-tempat yang pernah kami pergi sebelum ini. Kami sampai nak dekat-dekat waktu maghrib di sana. Membuat keputusan untuk makan dahulu baru pergi solat. Itaewon terkenal dengan tempat makan halal untuk orang Islam di Korea, terdapat pelbagai kedai halal disini.

MURREE MUSLIM FOOD


Restoran makanan Korea halal yang kami tujui. Kedai makan dekat sini kecil-kecil sahaja. Penatlah juga jalan kaki naik bukit cari kedai makan. Air kosong disediakan free untuk pelanggan minum sementara menunggu makanan sampai dan boleh refill sebanyak mungkin. Nasib baik ada air untuk diminum takdelah kehausan tekak kering masa tunggu makanan sampai. Salah satu kelebihan yang sisukai di Korea. :)

Muka-muka kepenatan dan menunggu makanan sampai. Ayah Mira pula takde dalam gambar.

Disebabkan kelaparan ambil keputusan untuk makan nasi, memula nak pesan ramyun sebab nak merasa ramyun dekat sini tapi tak jadi ambil nasi untuk recharge tenaga. Sebelum pergi Korea ni dekat rumah makan nasi masa makan tengah hari je ataupun sehari sekali dan malam tak makan nasi. Dua hari di Korea selera nak makan nasi tu sikit je dan kurang makan. Malam-malam selepas balik dari berjalan diorang semua melantak nasi tapi tak makan. Ada la sekali je makan nasi dengan ikan bilis sambal kering mak buat. Apabila sekali dah makan nasi hah terus selera bertambah asyik nak makan nasi je.

 Bibimbap (비빔밥) + Hot Green Tea
Side dish - Seaweed, Kimchi, Soybean Sprouts, Carrot + Fish Cake, Fried Anchovies

Bibimbap dia memang sedap terasa dia punya sesame oil dia  dan yang penting banyak sayur semuanya segar-segar lagi-lagi tauge dia besar-besar rangup. Memang vegetarian habis hari tu. Yang paling penting dapat merasa seaweed dan kimchi dekat Korea, seaweed yang diidamkan sebab selalu tengok dalam drama ataupun variety show diorang wrap seaweed dengan nasi. Side dish dapat satu set untuk satu meja.

Masa tengah makan dekat sini ada juga pelajar Malaysia yang belajar di sini makan dekat sini sekali. Jika korang datang ke Korea bolehlah datang ke Korea untuk makan di restoran halal di sini. Harga makanan yang saya makan tu 

SEOUL CENTRAL MOSQUE, ITAEWON

Anda memerlukan kaki yang kuat untuk mendaki bukit ke masjid ini sebabnya dia berada di atas bukit.


Sesampai dihadapan masjid keliru sekejap mana tempat sembahyang wanita. Tempat solat lelaki kena naik tangga tinggi masjid kalau wanita pula punyalah penat mencari ikut anak panah tempat ambil wuduk wanita. Sesampai sana je jumpa dah tempat ambil wuduk dia dekat belah belakang tapi tempat solatnya tak jumpa. Nak ambil wuduk tak dapat sebab banyak barang kena pegang. Cari punya cari akhirnya jumpa pintu masuk ke tempat solat wanita.

Buka kasut semua jumpa tangga naik punya naik rupa-rupanya dekat tingkat 3/4 sebab tangga tu straight terus ke tingkat paling atas. Kecik je tangga dia lampu dia pula yang jenis automatik bila detect orang baru terbuka. Memang nampak gelap je dekat atas tapi daki je tangga tu nanti cerah sendiri. Tempat solat wanita kecik je lepas tu kena duduk sorang-sorang dekat atas tu jaga barang sebab diorang pergi ambil wuduk dekat bawah. Dua kali kena naik tangga yang tinggi tu. Disarankan untuk ambil wuduk dahulu baru naik atas.


Masa dalam perjalanan balik tu singgak kedai runcit sebab nak makanan untuk dibuat makan esok dan ada Shin Ramyun Halal dijual tapi tak beli pun sebab nak save budget. Dekat kedai tepi jalan besar berdekatan dengan stesen subway ada orang jual aiskrim yang kalau terbalikkan tu aiskrim tu takkan jatuh. Mira, Naz dengan Hanis beli aiskrim tu lepas tu diorang semua tak nak ambil aiskrim tu sebab nanti orang tu main-main. Hahaha. Lepas tu suruh saya ambil pula, memang taklah nak ambilnya. Makan sikit je aiskrim tu sebab batuk dan tekak dah mula rasa bakal kena sakit tekak disebabkan cuaca yang kering tu.

Stesen subway Line 2 a.k.a Line Hijau di malam hari. Tempat tak ingat.
Boleh dikira dengan jari kerusi menunggu. Semuanya berdiri tunggu tren.

Cinta saya terhadap churros siap beli dua lagi dekat GS25.
Mentang-mentanglah GS25 dekat dengan hostel. Haha

Malam terakhir di Pencil Hostel, Hongdae sebab tu beli churros banyak-banyak. Ada kerusi dan meja lagi dekat convenience store dia. Balik bilik packing barang semua dan tidur.

EXCLUSIVE INFO :

Sambil-sambil tengok gambar yang diberi oleh Mira tetiba ternampak satu gambar rumah macam rumah untuk Eat Your Kimchi dan TalkToMeInKorean Coffee Shop wannabe yang terdapat dalam video di channel Youtube diorang.


Ini pula gambar yang diambil pada hari pertama sampai di Hongdae, Korea.

Gambar ini diambil masa tengah jalan-jalan di kawasan berdekatan dengan Pencil Guest House Hongdae menuju ke destinasi yang kami nak pergi. Macam mana boleh tak perasan rumah ni aritu?