Saturday, April 19, 2014

Dubu Dubu Seoul Food, Sunway Pyramid, Selangor

Da jia hao!

Khamis yang lepas ber-JalanJalanCariMakan di Sunway Pyramid. Tempat yang diterjah adalah Dubu Dubu Seoul Food. Disebabkan seorang kawan ni teringin nak mencuba dan makan Toppokki (Rice Cake). Ini merupakan kali pertama mencuba makanan Korea ni.

Bersama Kim, Fanot dan Apple

Gerak dari KTM Batu Caves ke KTM Subang Jaya memakan masa selama 1 jam. Pagi tu keluar sempat minum air je. Makan buah betik sikit masa tunggu diorang ambil. Disebabkan nasi tidak dapat dipisahkan daripada diri ini (hantu nasi), kalau tak makan nasi sehari perut rasa lapar je setiap masa. Jadi untuk makan tengah hari di Dubu Dubu mestilah menu dia ada nasi.

Menu yang saya pilih ialah Chicken Soondubu Jigae Spicy bersama Peach Tea. 

Set Chicken Soondubu Jigae - RM 15.90
(Rice, Chicken Soondubu Jigae, 3 side dishes : Macaroni, Kimchi, Spinach)

Peach Tea - RM6.90

Walaupun Soondubu Jigae tu minta nak yang spicy punya, tapi rasa dia biasa je. Tak pedas pun ataupun lidah ni dah terbiasa makan makanan yang terlebih pedas. Tapi memang tak pedas sebab kalau pedas perut mesti dah mendidih kepedasan. Yang penting sup dia panas okay, panas sampai lidah melecur. Nasi habis separuh je sebab semenjak cuti ni nak kurangkan pengambilan nasi. Selalu makan nasi 3 senduk dekat Arau setiap kali makan. Apapun kenyang sampai balik rumah.

Farhana Kuasa Dua.
Lain mak ayah.

Muka budak kelaparan sampai lidah melecur dekat belakang tu.

Chicken Soondubu Jigae sedap! Harap dapat merasa makanan Korea dekat South Korea sendiri. Tempat yang asal selalu lagi sedap. Last but not least, saya nak memperkenalkan kuda saya. Kudaku gagah lagi putih.

Jadi inilah kuda saya, Whitty.
Sama macam kuda Legolas Greenleaf *hello handsome* dalam The Lord Of The Ring.

0 comments: