Friday, April 25, 2014

Lakorn/Drama Full House (วุ่นนัก รักเต็มบ้าน) Thai Version

Sawatdee ka.

Siapa dekat sini minat ataupun suka tengok K-Drama 'Full House'? Saya saya *sambil lambai-lambai*. Hahaha
Tapi yang ni bukan untuk drama Korea tapi kali drama/lakorn Thai. Kiranya ini versi Thailand untuk drama terkenal dan popular K-Drama 'Full House'.


Cerita ni kebetulan tengok sebab masa pertengahan bulan Mac aritu balik rumah sebab study week selama seminggu. Lepas tu godek-godek Viki terjumpa pula drama ni. Cuba tengok, terus terpikat tak boleh berhenti tengok. Bermulalah ber-marathon drama ni dan nasib baik episod last dia sebelum kembali ke Arau balik. Sampaikan adik kata "Comelnya dia cakap (Thai)".

Cubalah anda-anda sekalian tengok. Menarik dan terdapat budaya Thailand dalam tu. Mike Pirath handsome. Aom Sucharat comel dan cantik.


Title: Full House / วุ่นนัก รักเต็มบ้าน / Woon nuk ruk tem barn
Also known as: 풀하우스 / Pool Ha-woo-seu
Duration: 20 Episodes
Genre: Romances/Comedy
Rating: PG-13
Air time: Saturday & Sunday
Broadcast network: Channel 8 (True Visions Channel)
Broadcast period: January 11, 2014 -- March 16, 2014

credit : Asian Fuse Wiki

Siapa pula pelakon-pelakon dia? Ini gambar pelakon wanita utama dan pelakon lelaki utama.


CAST :

Mike Pirath as Mike D.Angelo
Aom Suchara as Aom-Am
Utt Autasda as Guy
Jane Janesuda as Mintra

Teaser : 

credit : TrueVisionsOfficial


Dekat mana nak tengok? Siap yang ada English Subtitle lagi (terdapat 33 languages). Anda boleh tengok di Viki.com.



MV OST Full House Thai Ver. :


Mike D. Angelo ft Aom Sucharat - Oh Baby I (ENG & CHN SUB)
credit : LoveAomSushar
Translation : Click Here


Mike D. Angelo - ให้ฉันได้เป็นผู้ชายที่จะรักเธอ / Hai Chun Dai Bpen Poo Chai Tee Ja Ruk Tur 
(Let Me Be the Man Who Loves You)
credit : spicydisc
Translation : Click Here

Selamat menonton. Dijamin sangat best dan menarik. Suka dengan watak 'Guy' sebab dia tahu apa yang dia nak. Bersikap sebagai seorang lelaki yang matang. Tetap dengan keputusan dia bahawa 'Mintra' tu dia anggap sebagai adik dan tak lebih dari itu.
Terasa nak pergi melawat Thailand pula lepas ni. Mana tahu boleh jumpa Mike Pirath ataupun Aom Sucharat. Hohoho dalam mimpi sahaja nak jumpa diorang.

La kawn kaa. Kob khun kaa.

0 comments: