Sunday, April 6, 2014

Musim Bunga (Spring Season) di Perlis dan di bahagian utara Malaysia?

Sudah lama tak menulis menaip untuk blog ni. Hampir empat bulan rasanya. Sekarang dah habis belajar bolehlah sambung balik.

Sekarang musim bunga di negara 4 musim tapi di Malaysia juga terdapat musim bunga. Tak percaya? Di Instagram je ramai yang post gambar pokok bunga yang mekar berbunga di Utara seperti Kedah dan Perlis. Sebenarnya perkara ni sudah lama bagi saya, semenjak bulan Mei 2011 sampailah akhir bulan Mac 2014 yang lepas belajar di UiTM Arau, Perlis.

Seperti yang diketahui negeri Perlis ni negeri terpanas. Yelah, dah la dekat dengan Thailand yang beriklim monsun tropika. Panas dia memang panas litlit bahang semua ada. Kulit boleh jadi tan. Tak percaya? Silalah cuba belajar di Perlis ni. Memang berpeluh-peluh jalan kaki pergi balik kelas lagi-lagi kalau kelas mula tengah hari sampailah petang. Balik bilik sebab gap pukul 1-2 petang pun boleh basah dek peluh. Dulu masa mula-mula masuk setiap masa bawa payung, lepas setahun tu dah tak bawa payung sebab dah lali dengan keterikan cahaya matahari.

Dekat Perlis ni ada musim panas sampailah panas terik giler-giler, musim luruh sebab kering dan hujan tak turun berbulan-bulan, musim sejuk sebab hujan tak henti-henti, musim bunga apabila semua pokok yang kering takde bunga dan daun mula mengeluarkan semuanya. Sampaikan rumput pun jadi kuning coklat-coklat gitu.

Musim kemarau mula dari cuti Krismas sampailah bulan Mac kalau tak silap, hujan tak turun-turun panas je memanjang. Bermulah musim luruh di sini a.k.a Fall/Autumn season gitu. Daun semua luruh, pokok tinggal ranting je takde daun. Daun kering di atas tanah dan jalan sampaikan tak larat disapu dibiarkan begitu sahaja. Lepas tu boleh pula ada tempat menarik untuk menangkap gambar pada musim luruh di Perlis ni.



Lepas tu bila hujan dah mula turun mulalah untuk musim bunga pula. Pokok yang tinggal ranting mulalah mengeluarkan daun-daun diorang barulah nampak kehijauan. Ada satu pokok ni lawa sangat bunga ni, dekat depan Kolej Dahlia 2 (kolej perempuan) pokok tu berbunga. Lawa sangat. Kebetulan 3 sem berturut-turut duduk dekat bilik yang sama, bilik sebelah surau lepas tu menghadap jalan masuk hadapan pula tu. 

Musim bunga di UiTM Arau, Perlis.
Inilah pokok tu.
*Gambar ditangkap pada 18/3/2013*

Mula-mula bunga tu mekar memang lebat sangat, lawa je nampak warna purple. Kalau hujan mula turun, bunga tu akan gugur jatuh ke tanah dengan banyaknya.

Kampung saya pun ada musim bunga: 

Sik, Kedah
(Raya tahun 2011)

Rembau, Negeri Sembilan.
(5/4/2014)

Paling menarik separuh best separuh tak best ialah musim hujan di Perlis. Kita start dengan perkara yang best kalau musim hujan. Hujan akan turun tanpa henti dan sejuk sangat-sangat sampaikan tilam pun rasa sejuk, selimut sejuk dan bantal pun sejuk. Rasa nak tidur je sepanjang hari, lagi-lagi kalau ada kelas pagi rasa malas dia hanya tuan badan je tahu. Jarang juga kalau hujan ada kilat, petir, guruh semua tu. Kadang-kadang je ada. Rasa macam musim salji turun pula. Pernah la juga guna dua selimut sebab nak berselimut waktu malam, sejuk dia tak terkata.

Perkara yang tak best kalau musim hujan, hujan turun tak menentu. Contohnya, hujan akan turun seminggu tapi dalam satu hari waktu pagi korang nampak langit terang siap nampak matahari lagi. Tapi... ada tapi dia juga, bak kata pepatah "Di sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari". 

Semalam hujan sepanjang hari, tapi pagi bangun nak gi kelas korang punyalah basuh baju sebab nak sidai kat ampaian bawah sebab nampak cuaca terang elok je. Lepas tu dah pergi kelas, dalam perjalanan ke kelas tetiba hujan turun. Kalau renyai-renyai takpe tapi hujan lebat turun. Lepas tu korang dah sampai dalam kelas dengan baju basah, tetiba hujan dah berhenti. Perasaan masa tu Tuhan je tahu, dahla baju dekat ampaian bertambah basah baju lak basah masa nak pergi kelas. Punyalah bersiap lawa-lawa sebab nampak macam tak hujan, dengan tak bawa payungnya.

Jadi bila rasa musim hujan dah mula janganlah sidai baju dekat ampaian bawah/luar yang tak beratap. Nanti baju tak kering-kering dan berbau hapak. Yela, basah lepas tu kena matahari sekejap lepas tu kena hujan balik dengan lamanya lepas tu perkara tu berulang-ulang balik. Dan digalakkan bawa payung, sebab hujan dia tak menentu. Sekejap turun, lepas tu nanti berhenti, lepas tu hujan balik, lepas tu berhenti. Sesuka hati dia je nak turun bila tak kira masa. Mana tahu time korang tengah jalan sesedap berlenggang, hujan lebat turun boleh terus buka payung. Tak payah nak lari terkedek-kedek. *oppss, terlebih banyak lepas tu*


Rasa macam panjang sangat pula. See you next time. Peace out~

0 comments: