Wednesday, May 28, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Outfit Of The Day (OOTD)

Hello,

Apabila saya pergi bercuti sudah terbiasa pakai satu kasut sahaja. Kasut pilihan semestinya sneaker dan juga untuk kali ini pergi Korea selama 8 hari. Mula-mulanya nak pakai satu seluar je, lepas tu mak kata bawa la seluar lebih satu mana tahu basah ke kotor. Jadi hanya bawa dua seluar sahaja. Mak kata lagi, kalau pergi jalan-jalan mana ada orang basuh baju, sediakan plastik baju kotor. Tapi dekat guesthouse di Hongdae je la basuh baju dan stokin semua sebab ada mesin basuh dalam bilik.

DAY 1 


Long Sleeved T-Shirt - Giordano
Baseball Jacket - Supre
Jeans - G&H
Sneaker - Converse
Handbag - Mango Inspired from @themintshopee

DAY 2


Turtleneck Top - Mango

DAY 3


Sweatshirt - FOREVER 21

DAY 4


Sweatshirt - P&Co

DAY 5


Mickey Mouse Crop Sweater - StarlightShop15
Instagram : @starlightshop15
Blue Cotton Jeans - Radioactive

DAY 5 & 6


Yellow Green Cotton Cardigan - P&Co
Green Top - Hush Puppies

Memang baju yang sama digunakan untuk hari ke-6 dan ke-7. Hahaha. Sebab hari ke-6 tu, tak pergi mana-mana pun. Pagi tu jalan sekejap sebelum check out, then naik bas dari Seoul ke Busan selama 6 jam lebih. Sampai-sampai je tempat tidur dekat Busan terus tidur. Lagipun sana sejuk, peluh pun tak keluar.


DAY 8


Button Down Shirt - ROPE @ Brands Outlet

Sudah setengah bulan balik daripada Korea. Rindu Korea. Semoga kita akan berjumpa lagi Korea tak lama lagi. Akan pergi ke Korea lagi untuk shopping.

P/s: Entri ini dibuat awal tetapi di-schedule kan lambat. Mungkin masa ni tengah bercuti di Vietnam.

Monday, May 26, 2014

Percutian Ke Ho Chi Minh, Vietnam - Ho Chi Minh Aku Datang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dum dum dum dum...

Seperti tajuk di atas, saya akan bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 27-29 Mei 2014.
Cuti kerja beberapa hari, terima kasih sebab bagi cuti lagipun benda ni dah lama rancang.
Pergi dengan keluarga kecuali ayah dan beberapa keluarga makcik sebelah mak. Apa yang boleh saya cakapkan, kebanyakkannya yang pergi ialah perempuan/wanita. Tujuan utama ialah semestinya shopping.

Sebulan sudah balik dari Korea, terasa lagi rindu dekat Korea. Ada beberapa petanda mungkin akan ke Korea lagi atau kata petanda kena pergi Korea lagi. Hahaha. Jangan lupa melawat dan baca semua post saya semasa di Korea. Mungkin ada beberapa entry dalam scheduled (auto-publish) yang akan publish semasa saya berada di Vietnam.

See you next time. Bye.

Saturday, May 24, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 2 (Part 3 : SM TOWN Pop Up Store)

Continue from Day 2 (Part 2)

Hello,

What? Part 3? WELCOME TO SPECIAL EDITION ENTRY. :)

Sebenarnya, petang tu kitorang pergi Myeongdong ingat nak terus jalan-jalan sampai malam. Tapi tak jadi sebab nak balik guesthouse dulu selepas solat maghrib terus keluar naik subway. Cadangan nak pergi SM TOWN POP UP STORE dulu sebab takut dah tutup.

STAR AVENUE, LOTTE DEPARTMENT STORE, MYEONGDONG

Dekat sini adalah gambar-gambar artis mungkin model untuk department store tersebut. Lepas tu ada tempat tapak tangan artis-artis ataupun idol Korea. Sesiapa nak konon-konon pegang tapak tangan artis simpan buat kenangan bolehlah datang sini.



SM TOWN POP UP STORE, YOUNG PLAZA, MYEONGDONG

Punyalah pusing Lotte Department Store tu ingat dekat dalam tu, dah la pintu dah tutup semua orang dah keluar. Tanyalah dekat sorang staff dekat Star Avenue mana SM TOWN Pop Up Store maka jumpalah kami. Rupa-rupanya dekat je dengan exit subway tapi kitorang buat tawaf dekat Lotte Department Store tu.


SM TOWN Pop Up Store yang terbesar ni terletak di basement a.k.a underground ye. Gunalah eskalator yang ada. Saya bukan die-hard fan EXO tapi minat la juga. Sebab saya lebih kepada INFINITE (인피니트). Yelah kan Woolim Entertainment dah merge dengan SM C&C. Yang diorang pergi cari barang EXO, saya cari barang INFINITE. Terjumpalah album INFINITE tapi ragu-ragu nak beli ke tak. Akhirnya tak beli dah sampai Malaysia rasa menyesal tak beli. Padan muka.

 Akhirnya saya dah jumpa Mr. Park Chan Yeol. Gembiranya. :))))))

Masa pusing-pusing dekat ground floor, terjumpa kedai kecil kosmetik jenama Too Cool To School. Rasa terujalah sebab dekat kedai-kedai luar tak jumpa kedai dia. Dapatlah beli Crayon Lipstick yang berkenan di hati dengan harga 11,000 KRW (RM 35.20). Murah daripada Malaysia jadi tak rugi.

Jumpa booth Vans. Heol~ Kalau bawa duit lebih dah lama angkat satu kasut dekat situ. Apakan daya duit untuk shopping cukup-cukup. Takpe nanti pergi lagi. Kedai jual barangan LINE pun ada. Kedai Stylenanda tak jumpa pula, ramai sangat orang tak kuasa nak meronda lagi.

MYEONGDONG DI MALAM HARI

Di sini juga ada butik Forever 21, H&M, UNIQLO dan lain-lain lagi yang besar. Dipersilakan masuk dan bershopping disana. Yang paling penting DAISO dia yang best dah la logo warna merah putih, dalam dia besar rambang mata tengok barang rasa nak borong semuanya. Terdapatlah beberapa barang yang diborong di DAISO tanpa rasa rugi. Shopping lagi dekat Etude House, memang bershopping je cerita dia.


Kedai-kedai kecil kat tengah-tengah jalan ni mestilah dicuba baru rasa macam orang Korea sikit. Dahla hujan renyai-renyai sejuk pula tu, kalau dapat makan makanan pedas pun sedap juga. Kitorang beli tteokbokki dan fish cake dekat imo dan ahjussi ini. Rasanya berdekatan Nature Republic berdekatan UNIQLO.

 Tteokbokki yang jjang!

Sebelum ni pernah cerita yang orang Korea ni kalau jalan laju giler dan tak penat walaupun pakai kasut tinggi, apatah lagi nenek dan atuk yang dah berumur. Kalau setakat dari level B2 ke B1 jangan haraplah ada eskalator semuanya menggunakan tangga. Nenek yang dah tua tu pun gagah perkasa larat naik tangga.

Ini pula laluan untuk interchange dari Line sekian-sekian ke Line sekian-sekian. Ada yang jauh, ada yang dekat. Kalau macam ni sebab ada sambung dengan Line dari airport sebab tu ada eskalator mendatar macam tu.

Tak larat jalan dah.
Tengok orang depan tu, still jalan lagi.

Ini tinggi macam tiga ke empat tingkat baru ada eskalator.
Akhirnya boleh duduk sebab takde orang.

Jika naik eskalator, sila berdiri disebelah kanan jika tak mahu jalan dan bagi laluan disebelah kiri untuk orang lalu. Kecuali kalau hendak diri itu ditolak dahla diorang jalan laju giler.

P/s : Esok kerja pagi lagi. Mana yang sempat je terbuat kalau tak memang tak ada. (Scheduled post)

Dengan ini saya ingin menutup tirai. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bye.

Wednesday, May 14, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 2 ( Part 2 : Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square and Myeongdong)

Continue from Day 2 (Part 1)

FYI Bukchon Hanok Village, The National Folk Museum Of Korea, Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Square ni berada dalam kawasan yang sama. Jadi anda semua bolehlah pergi dalam satu hari hanya dengan berjalan kaki.

Hari kedua masih lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai daripada pagi sampai malam. Tapi itu semua tak menghalang untuk berjalan. Yela berada di Korea pun beberapa hari sahaja, hujan dia pun bukan la lebat macam dekat Malaysia. Cuaca dia masih lagi sejuk dan angin dia pun sejuk. Mengharapkan cahaya matahari keluar bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Kulit muka bibir tangan semua jangan cakaplah, kering ya amat.

Gyeongbokgung Palace/Northern Palace (경복궁)

Tiket Masuk :
ADULT - 3,000 KRW
CHILDREN - 1,500 KRW

Gyeongbokgung Palace merupakan istana diraja yang terletak di bahagian utara Seoul, South Korea.
Istana ini besar sangat sampaikan ada beberapa tempat tak pergi. Disebabkan besar sangat jadi tak ingat nama-nama tempat tinggal King dengan Queen dia semua.


Opening of Janggo
(Storage For Jar Containing Fermented Pastes and Sauces)
Seperti dalam K-Drama Jewel In The Palace a.k.a Dae Jang Geum

Ini pula Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall) daripada belakang.
Sangatlah besar dan tinggi!

Bahagian dalam Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall).

Ada seorang pakcik ni tunjuk dekat bahagian siling dekat tengah-tengah tu ada replika (maybe) NAGA EMAS.
Sampaikan pakcik ni tolong saya kedepan sikit bagi saya tengok. Biasalah orang kurang tinggi memang macam ni.

Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall)

Yeah, finally jumpa pun pintu besar untuk keluar.
Hahaha, actually kena jalan lagi lalu pintu tu baru jumpa Gwanghwamun Gate (광화문). Like I said kawasan ni tersangatlah luas.

Please say hello to this serious Gwanghwamun Royal Guard.
He's so tall OR maybe i'm not tall enough.

Gwanghwamun Gate (광화문)
The main and largest gate of Gyeongbokbung Palace.

Gwanghwamun Square (광화문광장)


Statue of King Sejong The Great of Joseon

Statue of Admiral Yi Sun Sin of Joseon Dynasty

Myeongdong (명동)

Kalau sebut Myeongdong sahaja mestilah terlintas dengan perkataan 'SHOPPING'. Inilah duniaku untuk memborong barang-barang kosmetik jenama dari Korea.


Nature Republic, Etude House, Missha, The Saem, Holika Holika, Skin Food, The Face Shop, Innisfree, Banila Co., Aritaum, Tony Moly dan macam-macam lagi. Pakaian dan kasut jenama daripada Korea pun ada dekat sini. Tak ketinggalan juga bangunan Uniqlo dekat sini sangatlah besar, tingkat atas dia ada cinema. Okay bayangkan kau nak pergi cinema dalam tu je kena masuk bangunan Uniqlo untuk naik lif ke atas. Awesome kan.  


Actually pernah tersilap naik lif sebab nak pergi tingkat 2 je ke bahagian baju wanita, lepas tu dalam lif takde butang tingkat 2. Tercengang sekejap sebab lif tu straight naik atas sampailah tempat cinema. Ada la beberapa budak sekolah turun dengan kitorang. Rupa-rupanya cuma pakai eskalator je pun nak naik tingkat 2. Memang bestla budak sekolah kat sini, dengan uniform sekolah pergi tengok cinema masuk ikut Uniqlo. Heol~

HOLLYS COFFEE, Myeongdong

Untuk pertama kalinya mencuba minum dekat kafe dekat sini. Kalau datang Korea bolehlah cuba minum di kedai-kedai kafe diorang kecuali Starbuck. Starbuck tu kira biasa-biasa je, diorang tak pandang sangat sebab kafe-kafe diorang lagi sedap lagi nikmat daripada Starbuck. Tak percaya? Cubalah korang nikmati sendiri. Ini pun info daripada kawan kepada kawan saya yang belajar dekat Korea yang bagitahu. Kalau tak silap ada satu kafe yang tak boleh minum. 


Iced Americano diorang dalam 3,500 KRW je. Murah sangat macam RM3.50 je tapi dalam duit Won, kalau diconvert Won ke Ringgit Malaysia memang mahal ler jadinya. Masalahnya sekarang ini dalam duit Won bagi diorang itu murah. Orang sini selalu minum coffee ataupun apa-apa yang berkaitan dengan dia.

I found Mr Lu Han (鹿晗) from EXO-M.
Hello Mr Lu, my name is Mei Ling.
Where can i find Mr Park Chan Yeol?

Mari berselfie sementara tunggu subway sampai.

Gue nak balik menghala ke arah ini.

Sebelum terlupa, tteokbokki dan fish cake dekat gerai kecil di Myeongdong memang sedap lagi pedas lagi nikmat apabila dimakan waktu sejuk dan hujan. *fuhh, hembus nafas* Tambah satu hari lagi penat berjalan, kaki lenguh ditambah dengan satu hari hujan. Dimana pula destinasi seterusnya? Nantikan. Oleh itu, saya mengundurkan diri. Semoga bertemu dientry akan datang.