Friday, May 9, 2014

End Of Life As A Diploma Student

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Menaip dalam keadaan tak berapa sihat. Batuk, selsema dan demam sebab perubahan cuaca. Doktor kata tak boleh makan ayam. Like what? Ekspresi muka depan doktor tu tak tahu la macam mana tapi yang pasti terkejut tahap beruk dan tercenggang. I LOVE CHICKEN! :'( Tak boleh minum milo, teh dan nescafe/kopi. Takpe bertahan untuk sementara waktu.

Kembali kepada motif update blog ini. Bukan sebab nak update pasal pergi bercuti ke Korea. Nanti akan diupdate TAPI sebab keputusan final exam semester terakhir, iaitu semester 6. Oh yes, saya merupakan pelajar extend. Alhamdulillah.

Result keluar pada 9 Mei 2014 bersamaan hari Jumaat (iaitu hari ini). Actually lupa yang hari ni hari Jumaat, ingatkan hari Khamis. Disebabkan penat sangat kerja dan kerja wrapping hadiah dari petang sampai malam. Lebih 30 buah hadiah tanpa henti. Balik tu hadap laptop kejap, upload gambar dekat Dropbox sampaikan tertidur lentok atas kerusi. Batuk tanpa henti macam esok hari sudah tiada lagi bagi batuk ni.

Penangan ubat batuk pukul 11 baru bangun. Check email dekat handphone sambil berbaring beserta tahi mata (air mata meleleh sebelum lena sebab batuk tak henti2) dan email dari UiTM dah ada. Tengok result dari situ. Alhamdulillah tercapai target yang diinginkan.

Dengan ini maka tamatlah kehidupan saya sebagai pelajar diploma. Terima kasih kepada semua lecturer yang telah memberi ilmu dari Semester 1 hinggalah Semester 6 di UiTM Arau, Perlis. Tak lupa juga kepada semua rakan perjuangan, classmates, roomates dan groupmates. Hahahaha.

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan berkonvo minggu hadapan. Saya pada bulan Oktober atau November nanti.

Sampai disini sahaja coretan pada kali ini.

0 comments: