Monday, May 26, 2014

Percutian Ke Ho Chi Minh, Vietnam - Ho Chi Minh Aku Datang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dum dum dum dum...

Seperti tajuk di atas, saya akan bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 27-29 Mei 2014.
Cuti kerja beberapa hari, terima kasih sebab bagi cuti lagipun benda ni dah lama rancang.
Pergi dengan keluarga kecuali ayah dan beberapa keluarga makcik sebelah mak. Apa yang boleh saya cakapkan, kebanyakkannya yang pergi ialah perempuan/wanita. Tujuan utama ialah semestinya shopping.

Sebulan sudah balik dari Korea, terasa lagi rindu dekat Korea. Ada beberapa petanda mungkin akan ke Korea lagi atau kata petanda kena pergi Korea lagi. Hahaha. Jangan lupa melawat dan baca semua post saya semasa di Korea. Mungkin ada beberapa entry dalam scheduled (auto-publish) yang akan publish semasa saya berada di Vietnam.

See you next time. Bye.

0 comments: