Wednesday, May 14, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 2 ( Part 2 : Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square and Myeongdong)

Continue from Day 2 (Part 1)

FYI Bukchon Hanok Village, The National Folk Museum Of Korea, Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Square ni berada dalam kawasan yang sama. Jadi anda semua bolehlah pergi dalam satu hari hanya dengan berjalan kaki.

Hari kedua masih lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai daripada pagi sampai malam. Tapi itu semua tak menghalang untuk berjalan. Yela berada di Korea pun beberapa hari sahaja, hujan dia pun bukan la lebat macam dekat Malaysia. Cuaca dia masih lagi sejuk dan angin dia pun sejuk. Mengharapkan cahaya matahari keluar bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Kulit muka bibir tangan semua jangan cakaplah, kering ya amat.

Gyeongbokgung Palace/Northern Palace (경복궁)

Tiket Masuk :
ADULT - 3,000 KRW
CHILDREN - 1,500 KRW

Gyeongbokgung Palace merupakan istana diraja yang terletak di bahagian utara Seoul, South Korea.
Istana ini besar sangat sampaikan ada beberapa tempat tak pergi. Disebabkan besar sangat jadi tak ingat nama-nama tempat tinggal King dengan Queen dia semua.


Opening of Janggo
(Storage For Jar Containing Fermented Pastes and Sauces)
Seperti dalam K-Drama Jewel In The Palace a.k.a Dae Jang Geum

Ini pula Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall) daripada belakang.
Sangatlah besar dan tinggi!

Bahagian dalam Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall).

Ada seorang pakcik ni tunjuk dekat bahagian siling dekat tengah-tengah tu ada replika (maybe) NAGA EMAS.
Sampaikan pakcik ni tolong saya kedepan sikit bagi saya tengok. Biasalah orang kurang tinggi memang macam ni.

Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall)

Yeah, finally jumpa pun pintu besar untuk keluar.
Hahaha, actually kena jalan lagi lalu pintu tu baru jumpa Gwanghwamun Gate (광화문). Like I said kawasan ni tersangatlah luas.

Please say hello to this serious Gwanghwamun Royal Guard.
He's so tall OR maybe i'm not tall enough.

Gwanghwamun Gate (광화문)
The main and largest gate of Gyeongbokbung Palace.

Gwanghwamun Square (광화문광장)


Statue of King Sejong The Great of Joseon

Statue of Admiral Yi Sun Sin of Joseon Dynasty

Myeongdong (명동)

Kalau sebut Myeongdong sahaja mestilah terlintas dengan perkataan 'SHOPPING'. Inilah duniaku untuk memborong barang-barang kosmetik jenama dari Korea.


Nature Republic, Etude House, Missha, The Saem, Holika Holika, Skin Food, The Face Shop, Innisfree, Banila Co., Aritaum, Tony Moly dan macam-macam lagi. Pakaian dan kasut jenama daripada Korea pun ada dekat sini. Tak ketinggalan juga bangunan Uniqlo dekat sini sangatlah besar, tingkat atas dia ada cinema. Okay bayangkan kau nak pergi cinema dalam tu je kena masuk bangunan Uniqlo untuk naik lif ke atas. Awesome kan.  


Actually pernah tersilap naik lif sebab nak pergi tingkat 2 je ke bahagian baju wanita, lepas tu dalam lif takde butang tingkat 2. Tercengang sekejap sebab lif tu straight naik atas sampailah tempat cinema. Ada la beberapa budak sekolah turun dengan kitorang. Rupa-rupanya cuma pakai eskalator je pun nak naik tingkat 2. Memang bestla budak sekolah kat sini, dengan uniform sekolah pergi tengok cinema masuk ikut Uniqlo. Heol~

HOLLYS COFFEE, Myeongdong

Untuk pertama kalinya mencuba minum dekat kafe dekat sini. Kalau datang Korea bolehlah cuba minum di kedai-kedai kafe diorang kecuali Starbuck. Starbuck tu kira biasa-biasa je, diorang tak pandang sangat sebab kafe-kafe diorang lagi sedap lagi nikmat daripada Starbuck. Tak percaya? Cubalah korang nikmati sendiri. Ini pun info daripada kawan kepada kawan saya yang belajar dekat Korea yang bagitahu. Kalau tak silap ada satu kafe yang tak boleh minum. 


Iced Americano diorang dalam 3,500 KRW je. Murah sangat macam RM3.50 je tapi dalam duit Won, kalau diconvert Won ke Ringgit Malaysia memang mahal ler jadinya. Masalahnya sekarang ini dalam duit Won bagi diorang itu murah. Orang sini selalu minum coffee ataupun apa-apa yang berkaitan dengan dia.

I found Mr Lu Han (鹿晗) from EXO-M.
Hello Mr Lu, my name is Mei Ling.
Where can i find Mr Park Chan Yeol?

Mari berselfie sementara tunggu subway sampai.

Gue nak balik menghala ke arah ini.

Sebelum terlupa, tteokbokki dan fish cake dekat gerai kecil di Myeongdong memang sedap lagi pedas lagi nikmat apabila dimakan waktu sejuk dan hujan. *fuhh, hembus nafas* Tambah satu hari lagi penat berjalan, kaki lenguh ditambah dengan satu hari hujan. Dimana pula destinasi seterusnya? Nantikan. Oleh itu, saya mengundurkan diri. Semoga bertemu dientry akan datang.


0 comments: