Monday, May 5, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - PROLOG

Assalamualaikum.
Hello Malaysia. Apa khabar semua?

Dengan ini tamatlah percutian di Korea selama 8 hari. I'm home. I miss chicken. Haha.

Entry kali ini tak panjang. Pendek dan ringkas sahaja. 

Tepat pada 10:30 malam semalam selamat mendarat di LCCT, Sepang. Keluar-keluar dari pintu kapal terbang dengan suhu 29 darjah celcius, dah mula terasa bahang dia. FYI, dekat sana suhu dekat sana 20 darjah celcius ke bawah untuk pagi manakala malam pula 15 darjah celcius. Ni pun tengok dekat Busan sebab ada tempat jam sekali suhu tu.

Dah la jenis kuat berpeluh lagi-lagi dekat muka dengan belakang badan. Basah baju dekat belakang dan muka pula terasa peluh ada. Please don't judge me. Saya tak suka sangat kalau berpeluh-peluh ni, nanti mulalah rasa tak senang badan dan mood pula mungkin menjadi tak berapa elok. Please beware. 


Ini adalah gambar keseluruhan barang yang dibeli di Seoul dan Busan, South Korea. Selamat menjamu mata anda. 

Dengan ini tamatlah entry kali ini. Kan dah cakap pendek je. 

InsyaAllah akan update pasal travel ini jika ada masa dan akan siapkan sebelum travel lagi satu pada pertengahan bulan nanti. 

Percutian ke Korea dari 27 April 2014 (Ahad)  hingga 4 Mei 2014 (Ahad). Selama 8 hari jadi akan ada lapan bahagian dan juga satu bahagian untuk Korea Haul dan satu lagi untuk guesthouse yang diduduki.

P/s : Selendang cotton untuk dijual. Yang belah kiri gambar di atas.
Yang 3 helai berplastik tersebut.


0 comments: