Sunday, May 11, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 1 ( Part 1 : Trick Eye Museum & Ice Museum)

Annyeonghaseyo.

Sambungan daripada Trip To South Korea - PROLOG

Day 1 (27 April 2014, Sunday)


Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh


Berlepas daripada LCCT (Low Cost Carrier Terminal), Sepang pada pukul 1.00 pagi menaiki Air Asia X D70506. Dalam flight tak boleh tidur. Pukul 3 terlelap sekejap lepas tu terjaga ada baby menangis, apabila dah senyap sambung balik. Pukul 5 lampu dah terbuka terang benderang. Masa untuk makan.

Deli Chicken Sandwich w/ tea.
(tak berapa sedap, roti dia tebal)

Muka pagi untuk makan.

HELLO KOREA (대한민국)

Incheon International Airport

Pada pukul 7:30 KST bersamaan pukul 6:30 waktu Malaysia, kami mendarat di Incheon International Airport, Seoul, Korea. 

 Sila lihat suhu 11-15 darjah celcius sahaja.


Turun dari kapal terbang semestinya tandas akan ditujui. Lepas tu tunggu train sampai nak pergi ke tempat immigration dan ambil bagasi. Semestinya tersangatlah besar airport dia.



Berhadapan pintu keluar bahagian arrival ada kaunter untuk rent handphone semasa berada di Korea. Masa ni tak jadi rent lepas tu beberapa hari kemudian rasa menyesal sebab tak rent handphone.

Disebabkan guesthouse kitorang dekat Hongdae berdekatan Hongik Univ Station, Line 2 dan barang pun banyak, kitorang naik teksi ke sana.

Harga tambang - 60,000 KRW satu teksi

Hostel KW Pencil (Pencil Hostel Hongdae 2)


Akhirnya sampai pun ke Pencil Hostel. Disebabkan waktu check-in belum lagi, kitorang tinggalkan bagasi dan keluar pergi jalan-jalan di Hongdae Street.


Trick Eye Museum & Ice Museum in Hongdae, Seoul

Trick Eye Museum & Ice Museum ini terletak di basement. Jadi anda kena menggunakan lif turun ke bawah. Nanti ada signboard dia dekat depan bangunan.

Harga tiket masuk - 15,000 KRW


Ice Museum ni tersangatlah sejuk. Nampak je dalam gambar relaks je padahal tangan dengan kaki dah mula membeku. -1 darjah celcius ke bawah suhu dalam tu. 


0 comments: