Saturday, June 21, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 3 (Part 2 : Itaewon (이태원))

Continue from Day 3 (Part 1)

Setelah penat berjalan di Nami Island kami terus bertolak ke Itaweon untuk makan malam dan sembahyang di Seoul Central Mosque, Itaewon. Kelaur sahaja daripada exit subway nampak pelbagai bangsa dan foreigner dekat sini. Lagi banyak dari tempat-tempat yang pernah kami pergi sebelum ini. Kami sampai nak dekat-dekat waktu maghrib di sana. Membuat keputusan untuk makan dahulu baru pergi solat. Itaewon terkenal dengan tempat makan halal untuk orang Islam di Korea, terdapat pelbagai kedai halal disini.

MURREE MUSLIM FOOD


Restoran makanan Korea halal yang kami tujui. Kedai makan dekat sini kecil-kecil sahaja. Penatlah juga jalan kaki naik bukit cari kedai makan. Air kosong disediakan free untuk pelanggan minum sementara menunggu makanan sampai dan boleh refill sebanyak mungkin. Nasib baik ada air untuk diminum takdelah kehausan tekak kering masa tunggu makanan sampai. Salah satu kelebihan yang sisukai di Korea. :)

Muka-muka kepenatan dan menunggu makanan sampai. Ayah Mira pula takde dalam gambar.

Disebabkan kelaparan ambil keputusan untuk makan nasi, memula nak pesan ramyun sebab nak merasa ramyun dekat sini tapi tak jadi ambil nasi untuk recharge tenaga. Sebelum pergi Korea ni dekat rumah makan nasi masa makan tengah hari je ataupun sehari sekali dan malam tak makan nasi. Dua hari di Korea selera nak makan nasi tu sikit je dan kurang makan. Malam-malam selepas balik dari berjalan diorang semua melantak nasi tapi tak makan. Ada la sekali je makan nasi dengan ikan bilis sambal kering mak buat. Apabila sekali dah makan nasi hah terus selera bertambah asyik nak makan nasi je.

 Bibimbap (비빔밥) + Hot Green Tea
Side dish - Seaweed, Kimchi, Soybean Sprouts, Carrot + Fish Cake, Fried Anchovies

Bibimbap dia memang sedap terasa dia punya sesame oil dia  dan yang penting banyak sayur semuanya segar-segar lagi-lagi tauge dia besar-besar rangup. Memang vegetarian habis hari tu. Yang paling penting dapat merasa seaweed dan kimchi dekat Korea, seaweed yang diidamkan sebab selalu tengok dalam drama ataupun variety show diorang wrap seaweed dengan nasi. Side dish dapat satu set untuk satu meja.

Masa tengah makan dekat sini ada juga pelajar Malaysia yang belajar di sini makan dekat sini sekali. Jika korang datang ke Korea bolehlah datang ke Korea untuk makan di restoran halal di sini. Harga makanan yang saya makan tu 

SEOUL CENTRAL MOSQUE, ITAEWON

Anda memerlukan kaki yang kuat untuk mendaki bukit ke masjid ini sebabnya dia berada di atas bukit.


Sesampai dihadapan masjid keliru sekejap mana tempat sembahyang wanita. Tempat solat lelaki kena naik tangga tinggi masjid kalau wanita pula punyalah penat mencari ikut anak panah tempat ambil wuduk wanita. Sesampai sana je jumpa dah tempat ambil wuduk dia dekat belah belakang tapi tempat solatnya tak jumpa. Nak ambil wuduk tak dapat sebab banyak barang kena pegang. Cari punya cari akhirnya jumpa pintu masuk ke tempat solat wanita.

Buka kasut semua jumpa tangga naik punya naik rupa-rupanya dekat tingkat 3/4 sebab tangga tu straight terus ke tingkat paling atas. Kecik je tangga dia lampu dia pula yang jenis automatik bila detect orang baru terbuka. Memang nampak gelap je dekat atas tapi daki je tangga tu nanti cerah sendiri. Tempat solat wanita kecik je lepas tu kena duduk sorang-sorang dekat atas tu jaga barang sebab diorang pergi ambil wuduk dekat bawah. Dua kali kena naik tangga yang tinggi tu. Disarankan untuk ambil wuduk dahulu baru naik atas.


Masa dalam perjalanan balik tu singgak kedai runcit sebab nak makanan untuk dibuat makan esok dan ada Shin Ramyun Halal dijual tapi tak beli pun sebab nak save budget. Dekat kedai tepi jalan besar berdekatan dengan stesen subway ada orang jual aiskrim yang kalau terbalikkan tu aiskrim tu takkan jatuh. Mira, Naz dengan Hanis beli aiskrim tu lepas tu diorang semua tak nak ambil aiskrim tu sebab nanti orang tu main-main. Hahaha. Lepas tu suruh saya ambil pula, memang taklah nak ambilnya. Makan sikit je aiskrim tu sebab batuk dan tekak dah mula rasa bakal kena sakit tekak disebabkan cuaca yang kering tu.

Stesen subway Line 2 a.k.a Line Hijau di malam hari. Tempat tak ingat.
Boleh dikira dengan jari kerusi menunggu. Semuanya berdiri tunggu tren.

Cinta saya terhadap churros siap beli dua lagi dekat GS25.
Mentang-mentanglah GS25 dekat dengan hostel. Haha

Malam terakhir di Pencil Hostel, Hongdae sebab tu beli churros banyak-banyak. Ada kerusi dan meja lagi dekat convenience store dia. Balik bilik packing barang semua dan tidur.

EXCLUSIVE INFO :

Sambil-sambil tengok gambar yang diberi oleh Mira tetiba ternampak satu gambar rumah macam rumah untuk Eat Your Kimchi dan TalkToMeInKorean Coffee Shop wannabe yang terdapat dalam video di channel Youtube diorang.


Ini pula gambar yang diambil pada hari pertama sampai di Hongdae, Korea.

Gambar ini diambil masa tengah jalan-jalan di kawasan berdekatan dengan Pencil Guest House Hongdae menuju ke destinasi yang kami nak pergi. Macam mana boleh tak perasan rumah ni aritu?

Sunday, June 8, 2014

Trip To South Korea (대한민국) - Day 3 (Part 1 : Nami Island (남이섬 ))

Hello guys!

Sudah sebulan lebih rasanya meninggalkan Korea dan baru seminggu lebih meninggalkan Ho Chi Minh City, Vietnam. Hari ini pula baru free untuk update blog semenjak dah mula bekerja ni.


Day 3 (29 April 2014, Khamis)

Hari ketiga kitorang berada di Korea tempat yang dituju ialah Nami Island. Rancangan mula-mula hendak pergi Lotte World tapi disebabkan Lotte World lagi dekat dengan guesthouse kedua kitorang dekat dengan Go Korea Guesthouse, Dongdaemun jadi rancangan disusun kembali. Tengok ramalan cuaca dekat Nami Island akan hujan tapi tak mengapa sebab esok dah nak ke Dongdaemun jadi kita pergi yang dekat dulu.

Peristiwa yang lawak di pagi hari ialah kitorang sahaja yang bawa payung. Keluar dari hostel je sinaran matahari ada dan orang Korea yang nak pergi kerja semua berlenggang je tak bawa payung. Hahaha. Rasa diri ini sangat pelik disitu. Sesampai di subway sahaja tren betul2 dah terlepas tapi beberapa minit kemudian (rasanya tak sampai 3-4 minit pun) tak sempat nak duduk tren kemudiannya dah sampai. Sangat efficient la subway dia pada waktu pagi rakyat dia nak pergi kerja, sekolah dan sebagainya. Memang terbaik! Tak macam tren KTM dekat Malaysia kena tunggu 30 minit awal pagi-pagi dengan mata berat tak cukup tidur baru train jalan.

Masa dekat station Wangsimni pertukaran ke Jungang Line hendak pergi ke Mangu, nampak berduyun-duyun turun dari train nak pergi kerja. Jauh juga diorang tinggal nak pergi kerja. Kali ini train ni lambat sedikit daripada train bawah tanah. Pada hari itu juga ramai warga tua berpakaian serba lengkap macam nak pergi panjat bukit tunggu tren dekat situ. Dari Wangsimni ke Sangbong/Mangu (lupa) mengambil masa 13 minutes sahaja sejauh 5 stesen sebab jauh. Nasib dapat tempat duduk dalam tren tu bolehlah lelapkan mata sekejap.

Ini rasanya ialah Mangu Station takpun Sangbong Station (sebab masa ni tersalah naik train), Kyeongchun Line.
Yeah ada mesin air kopi dan air chocolate.
Apalagi mestilah cuba untuk alas perut.

Sesampai sahaja tren ingatkan takde orang tetapi tempat duduk penuh dengan warga tua diorang nak pergi Gapyeong Station untuk mendaki bukit. Jadi terpaksa la berdiri, seriously penuh gerabak dengan diorang. Whoa tua-tua pun still aktif, tabik spring la. Perjalanan ke Gapyeong mengambil masa lebih kurang 50 minit, 13 stesen. Berdiri je la selama 50 minit dalam tren tu.



Akhirnya sudah sampai Gapyeong Station. Masa nak keluar dari station tersebut nak cari teksi ada sorang pakcik Korea ni tegur tanya kitorang dari Malaysia ke. Pakcik tu pernah duduk Indonesia beberapa tahun, fasih cakap bahasa Melayu baku (Indonesia) lagi. Berborak la sekejap dengan pakcik tu. 

Tangkap gambar sekejap dekat seberang jalan dari stesen tersebut.

Mendung.

Menaiki teksi ke stesen feri ke Nami Island. Sekali naik dicharge 3,000 Won dan sampai dekat sana semuanya 3,300 Won satu teksi.

I'm here Nami Island.

Maafkan muka yang tak cukup tidur tu.

 Pose yang semestinya ada.
Thanks to Hanis (Photographer that day)

Steamed Red Bean Bun.
Tak sempat nak cuba masa balik tu sebab kena tunggu 10 minit.

 Tupai.

Masa ni hujan renyai-renyai dah mula turun nasib baik bawa payung. Beg sandang Hanis la jadi mangsa letak dua payung dekat belakang. Aktiviti nak berbasikal terpaksa ditangguh sampai hujan berhenti dan sementara itu minum kopi di BooXAFE. Terima kasih kepada kamera hijau saya yang baik disaat nak tangkap gambar.

Nami Library.
Di dalam Nami Library ni ada BooXAFE dan Prayer Room di tingkat dua.

Semenjak berada dekat Korea kerja singgah Coffe Shop diorang je memanjang.
Ada wifi free lagi. Online time!


Seriously masa tiga hari di Korea kulit muka kering giler walaupun dah pakai moisturizer Nivea pun tetap tak berkesan. Masa ni dah nekad nak pi beli Aloe Vera Soothing Gel 95% dekat the Saem sebab ada 95% of natural Aloe Vera from Jeju than Nature Republic. Jangan pelik jika ada lelaki Korea yang pakai lotion muka, lipbalm dan pelembap dekat muka diorang sebab dekat sini angin dia sejuk tapi kering. Dekat Malaysia kulit muka kombinasi berminyak dan kering, dekat Korea hambik yang kering bertambah kering yang berminyak pun jadi kering. Losyen dan lipbalm pula sentiasa ada dalam beg sebab dah la kulit kering bibir kering bertambah kering semua.

P/s : Disaat menaip entri ni baru tahu Holika Holika pun ada Aloe Vera Soothing Gel 99%. 99% pula tu. Heol~~~~

Hujan dah berhenti mari beraktiviti.

Aktiviti Pertama : Sky Bicycle 


Secara jujurnya saya seorang yang gayat. Masa tengah kayuh tu duduk berkepit dengan Hanis sambil cakap "Argh gayatnya. Takutnya." Hahaha. Ada keretapi lalu kat bawah siap lambai-lambai dengan orang dalam tu. Rasa nak pengsan. -.-'

Aktiviti Kedua : Berbasikal

credit : Mira's Instagram

*Ada lagi gambar dekat kamera Hanis tapi tak dapat lagi.*

"Alamak saya tersekat dekat pokok la"


Sebelum balik tunggu diorang solat dulu dekat surau di tingkat dua dalam Nami Library. Interior view inside of Nami Library.

Tiang belah kiri tu disusun menggunakan buku.


Jangan tanya ada tak tangkap gambar dekat statue Winter Sonata tu ke tak. Sebabnya memang ada tangkap gambar dekat sana tetapi menggunakan kamera Hanis. Gambar-gambar tersebut tak dapat lagi. 

Kedai cenderahati.

 Akhirnya ada pun gambar bersama keseluruhannya.

Oh mak angin dia kuat giler.

Masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada Nami Island. Selamat tinggal Nami Island! Jika ada umur yang panjang kita akan bertemu lagi.


Untuk ke Nami Island boleh naik dua benda untuk ke sana, satu ialah Bot dan kedua ialah Flying Fox laju terus ke Nami Island. Flying Fox tu lagi mahal daripada bot. Jika anda seorang yang ekstrem bolehlah cuba naik benda ni untuk ke Nami Island.

Sesampai je dekat perhentian bot yang mula-mula naik tu terus menuju ke convenient store sebab rasa dahaga. Dalam convenient store dia pun ada jual cenderahati juga daripada Naminara Republic. Dapat la beli satu helai T-shirt Naminara Republic dengan.....

Melon Uyu!


Naik teksi ke Gapyeong Station dan menuju ke Itaewon untuk makan malam. 

Please let me stay here. Please~~~