Saturday, December 5, 2015

151024 Day 2 - Bangkok, Thailand (Part 2)

Note : Report proposal untuk FYP sudah siap hantar, mock presentation pun sudah. Tunggu hari presentation pula lepas ni. Jadi kesini la jadinya.


Continue from..

Alert : Too many pictures in this post.


Hari kedua kitorang nak pergi bandar Bangkok, naik bas biasa dari Don Mueang ke Victory Monument, 30++ km macam tu sebab bas berhenti-henti dengan harga 18Baht seorang. Sesudah sampai Victory Monument turun bas ambil BTS (LRT kalau dekat Malaysia) pula ke stesen Siam, harga seorang sudah lupa. Naik ikut Sukhumvit Line (Green Lane) dari Victory Monument ke Siam.

BTS SkyTrain Route Map


Disekeliling stesen BTS Siam ada banyak shopping mall seperti Siam Paragon, Siam Centre, Central World Plaza, MBK Centre, The Platinum Fashion Mall,Pantip Plaza IT dll. Ada yang betul-betul sebelah stesen BTS dan ada yang kena jalan kaki kalau nak pergi.



Then, kitorang jalan kaki ke MBK Centre untuk makan tengah hari kat sana. Lalu jalan seberang (hadapan) dari Siam Centre. Terjumpa Watson besar jalan ke depan sikit jumpa lagi Watson.

Watson kedua.
Depan tu bangunan MBK Centre.

Berpeluh jugalah jalan kaki, panas dia kemain membahang. Jalan dalam 5 minit dah sampai MBK Centre. Masuk dalam bangunan baru rasa lega dapat aircond.


Yana Restaurant Halal Food, MBK Centre

Memula tak tahu nak makan apa, ingat nak beli roti je (acah-acah macam boleh tahan kalau tak makan nasi). Lepas tu adik cakap makan nasi la, nanti lama lagi nak makan pukul 10 malam lak tu. Kena ada tenaga. Okaylah, lepas tu gigih tanya Encik Google tu yang jalan kaki ke sana tu.

Nasi + Tomyam Campur + Telur Dadar + Air Mineral sekali Ais Batu
(for 2 pax)
Harga = Tak ingat

Makan sepuas-puasnya isi perut sepenuhnya sampai mana yang mampu. Selepas makan terus bergegas balik Don Mueang sebab nak singgah rumah dulu lepas tu nak keluar balik. Again jalan kaki balik ke stesen Siam.

Wayar yang banyak. 
Dekat Vietnam pun wayar macam ni juga tapi lagi banyak daripada yang ini.

 Kedai Innisfree bersebelahan stesen BTS Siam.


Selamat tinggal bandar Bangkok nanti saya datang lagi. 

Continue...

Sunday, November 15, 2015

151024 Day 2 - Bangkok, Thailand (Part 1)

Continue from...

24 October 2015 (Saturday)

First sekali sebelum tidur waktu malam mesti akan check Subuh pukul berapa dan matahari naik pukul berapa sebab takut terlajak tidur.


Hello sunshine,

Pagi tu alarm berbunyi pukul 7 pagi waktu Thailand lepas tu sambung tutup mata kejap, tetiba pintu rumah diketuk daripada luar. Baru teringat tuan rumah nak hantar hair dryer, seterika dengan plug extension pagi tu. Dah ambil barang semua baru la terfikir nak buka langsir, saja sebab adik malas sangat nak bangun time tu.

7:14 AM
Permandangan pada waktu pagi di luar tingkap rumah.

Bangunan besar panjang melintang tu lah IMPACT. 
Disebalik pokok belah kanan tu hotel Novotel.

Pagi tu baru nampak apa kat luar semua, dekat dengan IMPACT semua. Bangunan yang paling dekat dengan Condo Building bawah tu ada 7Eleven, Tesco Lotus, pasar, dan kedai makan. Boleh dikatakan dekat dengan semua kemudahan. 

I'm ready.

Keluar rumah pukul 8 lebih dan suasana kat luar sunyi je macam awal sangat je keluar tapi cahaya matahari dah memancar-mancar. First thing yang dicari waktu pagi ialah sarapan, jalan-jalan tengok ada mini supermarket tak yang berdekatan. Kedai-kedai makan ada dekat sepanjang bawah bangunan rumah sebelah luar dan anjing-anjing besar macam serigala pun ada. Sangat besar daripada anjing liar dekat kawasan rumah dekat Malaysia. 

Huh terlupa pula, dekat ground floor rumah dekat lif diorang ada peta kawasan Popular Condominium untuk guide dan tunjuk apa yang ada dekat kawasan sekeliling. Semestinya kena tangkap gambar supaya senang tak sesat nanti. 


Jalan kaki ke arah jalan raya tempat lalu lalang kenderaan terjumpa Popular Walk sebelah kiri, tengok belah kanan ternampak Mini Big C. Dekat rupanya dengan rumah peluh pun tak sempat nak keluar dah sampai.

Gambar waktu malam sebab takde gambar diambil waktu pagi.

Cakap je nak apa dalam ni, semua ada daripada barang dapur ke barang mandi semua ada. Nak nasi putih kosong pun ada, makanan dalam bekas lepas tu panaskan dalam microwave pun ada. Inilah syurga makanan hahahaha tapi tak beli pun. 

Babi Mild satu. Hahahahaha.

Beli roti berharga beberapa Baht dan air mineral satu berharga 7Baht. Jimat punya pasal sampai cari air mineral yang paling murah. Orang yang kena pegang duit la yang kena bayar dan cashier tu cakap apa ntah dalam Thai buat-buat tak dengar saja. 

Lori hantar air botol.

Popular Walk Muangthong Thani (โครงการ ป๊อปปูล่า วอล์ค)


Photo
Photo
-Pic from Google-

Masa jalan sepanjang Popular Walk ni sambil tunggu bas, kedai-kedai dia tak buka lagi. Kedai dekat sini buka pukul 10 pagi dan tutup pukul 9 malam takpun pukul 10 malam. Sambil tunggu bas dekat bus stop kebetulan dekat belakang ada kedai emas. Masuk dalam tanya nak pergi stesen BTS nak naik bas apa. Walaupun pekerja dalam tak reti cakap Bahasa Inggeris dan tak faham sebutan nama stesen yang saya cakap biasalah slang pelancong (sebab cara diorang sebut lain daripada apa yang ditulis), diorang tetap tolong sampailah selesai.

Pekerja-pekerja perempuan tu siap telefon kawan dia lagi guna telefon diorang, nasib kawan dia boleh cakap english. Lepas tu dapat air minuman 2 botol sekali untuk adik yang tunggu dekat luar. Dapat air free dua tak payah beli air dah nanti dan terima kasih kerana membantu.

Mana bas?

Naik bas nombor 11 (kalau tak silap), seorang 18 Baht. Stesen terakhir bas ialah Victory Monument (30 minit+++). Bas ni pusing-pusing ambil penumpang lepas tu lalu highway pergi ke bandar. Tiket bas ni macam tiket bas Metrobus yang jenis kertas koyak-koyak tu tapi kecik je.

Victory Monument, Bangkok, Thailand

 

Sudah sampai dekat stesen bas Victory Monument semua akan turun dan naik jejantas dekat tepi untuk melintas pergi stesen BTS. Jadi tengah2 bulatan tu takde apa dekat atas dia apatah lagi landasan MRT dia ada lengkungan separa bulatan. Bertawaf la separuh bulatan daripada stesen bas ke stesen MRT dia.

Victory Monument

Thursday, October 29, 2015

151023 Day 1 - Bangkok, Thailand

23 October 2015 (Friday)

Hari yang ditunggu-tunggu untuk berlepas ke Bangkok, Thailand. Sepatutnya pagi Jumaat tu ada kelas CSP tapi terlepas. Sebelum tu, hari Khamis tu berkira-kira samada nak pergi kelas ke tak Jumaat tu kalau tak nak balik Khamis petang tu tapi tak jadi nak ponteng. Apakan daya tak terjaga pula pagi Jumaat tu. Petang tu gerak ke KLIA 2 dari Melaka dan adik dari Shah Alam terus.

With my younger sister.

Maka bermulalah 3D2N oppss mungkin 2D2N di Bangkok sebab flight pukul 5:10 petang, naik Malindo Air. Dapat free baggage 20kg setiap sorang tapi bawa luggage kecik je kurang 10kg. Because too lazy to seret-seret bagasi.


Sambil tunggu makanan, sambil layan movie. Adik dengan movie LEGO dia. Saya pula layan 'My Old Classmate (同桌的妳)', 2014 Chinese drama-romance film. Cute sweet dan kelakar cerita. So yeah layan cerita Cina. 


Finally makanan sampai, giler tak kebulur tunggu makanan. Nasi lemak with chicken rendang dia sedap dan pedas. Makan masa nasi tengah panas dan sambal yang pedas, nikmatnya.

Kerja adik di saat dia kebosanan. Orang tengah syok tengok movie, dia bagitahu berapa lama lagi nak sampai.


Don Mueang International Airport (DMK), Thailand


Ini bukan dah malam tapi baru pukul 6.40 petang dekat Bangkok, Thailand. Masa dekat atas udara lagi pukul 6 (waktu Malaysia) a.k.a pukul 5 (waktu Thailand) langit makin gelap makin gelap, last-last dah macam pukul 10 malam waktu Malaysia. Betapa tersusunnya lampu jalan dekat kawasan perumahan diorang, it's nice to see something yang teratur. Lampu jalan raya warna oren dan lampu dekat kawasan perumahan warna putih. 


Alhamdulillah pukul 7 lebih waktu Thailand, akhirnya mendarat di tanah Bangkok, Thailand. Ni first time pergi jauh-jauh melebihi 1000km berdua dengan adik. Lepas ni boleh la pergi lagi. Masa beratur dekat kastam diorang pergi beratur lane international, apabila nak dekat dengan kaunter dia ternampak lane Asean sikit je. Kalau tak dah lepas dan tak payah tunggu lama-lama. Dengan penat nak cepat ambil teksi pergi ke rumah.

Keluar daripada pintu arrival selepas ambil bagasi semua, terus menuju ke kaunter TrueMove H untuk beli simkad sana sebab nak call tuan rumah tu nak bagitahu dah sampai airport. Beli prepaid SIM card TrueMove H 3G packages - 299 Baht untuk 7 hari (mobile data, prepaid untuk calling2 orang). Bagi je handphone dekat orang yang jaga kaunter beserta passport. Nanti diorang setting kan semua, bayar jumlah package yang kita ambil dan tunggu beberapa minit untuk guna.

TrueMove H - Package 299 Baht 

Sudah selesai dengan prepaid sim semua, terus cari teksi untuk pergi ke Condo Building dekat Muang Thong Thani. Disebabkan tak tahu cakap bahasa Thailand, tunjuk je alamat dekat uncle teksi tu. Bagitahu nombor building tu 'T eight' dia cakap 'T Pet?' dah biul apa pula la 'tipet' dia cakap ni siap tanya adik apa uncle ni cakap, Last-last call tuan rumah tu bagi cakap dekat uncle tu, selesai. Berborak-borak dengan uncle tu guna basic English dengan slang Thailand uncle tu. 

Uncle : "Where are you from?"
Me : "Malaysia"
Uncle : "And you, where are you from?"
Me : "Malaysia"
Uncle : "You also from Malaysia but you look like Chinese from China"
Me : "No lah, from Malaysia and she's my younger sister"
Uncle : "Owh, but you two look different."

Dah lama sikit tu baru sedar, memula uncle tu tanya dekat adik baru dia tanya dekat saya. Yang adik diam je. Sambung borak2 dengan uncle, uncle tu tanya datang Bangkok bercuti ke apa, first time ke, lepas tu dia recommend esok pergi Chatuchak Market sebab buka time weekend. Macam2 tempat lagi dia cakap tapi dah tak ingat. Uncle tu hantar sampailah depan pintu bangunan T8. 

Telefon tuan rumah, Kim cakap dah sampai dekat bawah. Dia datang jemput lagi dekat tempat kitorang turun tadi. Dah la gelap memang tak nampak la nombor bangunan sebelah apa, depan mata ni bangunan apa. Kim bawa kitorang naik rumah dan sistem lif dia pelik. Dah la tengah blank blank. Hahahahaha. Rumah dia not bad, okay. Sambung cerita pasal rumah di post yang lain nanti. 

Sampai rumah baru pukul 9 lebih, ajak adik keluar cari 7-Eleven tak pun mini mart punyalah malas. Dah la tengah lapar jalan sana sini. Dikatanya dah gelap ni, malas la keluar. Nasib la nasi lemak lagi separuh tak habis makan tadi. Kongsi makan dengan biskut gula adik bawa. 


Nota kaki :

Dengan bantuan bookmark dekat Google sebelum tidur, belek balik page Thai language terjumpa sebutan nombor dalam bahasa Thai. Nombor 8 dalam bahasa Thai ialah 'paet'. Tadi uncle tu cakap 'T pet T pet' tu rupanya nombor bangunan 'T8' rupanya.